PASCA MUKTAMAR Get our latest posts by subscribing this site

Jadual Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Msia

MASA   ATURCARA
PENDAFTARAN  
10:00 pg – 01.00 ptg : Pendaftaran Perwakilan dan Pemerhati
PERASMIAN MUKTAMAR (2/6/2015 - SELASA)  
02.00 - 02.30 ptg : Ketibaan Perwakilan, Tetamu dan Pemerhati 
02.30 - 02.50 ptg Ketibaan Perasmi
  : Perbarisan Jabatan Amal
  Nyanyian Lagu Amal dan Semarak Perjuangan
02.50 - 03.00 ptg Ketibaan Perasmi
  Perbarisan Jabatan Amal
  Nyanyian Lagu Amal dan Semarak Perjuangan
02.50 - 03.00 ptg Perarakan Masuk Perasmi Muktamar ke dalam Dewan Auditorium
  Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS
03.00 - 03.15 ptg Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
  Bacaan Ayat Suci Al-Qur’an
03.15 - 03.20 ptg Ucapan Aluan Pengarah Muktamar 
03.20 - 03.50 ptg Ucaptama Ketua Pemuda
03.50 - 04.35 ptg Ucapan Perasmian 
    Oleh : TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU, Timbalan Presiden PAS
04.35 - 05.00 ptg Tayangan Montaj/Multimedia
  Penyampaian Anugerah-anugerah
05.00 - 05.30 ptg Sesi Bergambar
  Jamuan 
  Sidang Media
     
MUKTAMAR PENUH (2/6/2015 - SELASA)  
08.15 – 08.30 mlm Aluan Pengerusi Tetap
08.30 – 08.40 mlm Membentang dan Mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ke-55
08.40 – 10.00 mlm Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2014 
10.00 - 11.45 mlm Taklimat oleh Wakil Jawatankuasa Pemilihan Parti
   Tangguh Agenda Muktamar
     
MUKTAMAR PENUH (3/6/2015 – RABU)  
08.30 – 08.45 pg Aluan Pengerusi Tetap 
09.00 – 12.00 tghr Perbahasan dan Penerimaan Ucaptama Ketua Pemuda
  Proses Pemilihan mengikut Negeri
12.00 tghr – 01.00 ptg Penggulungan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja / Pengarah Jabatan
01.00 – 02.30 ptg Rehat / Makan Tengahari / Solat Zuhur
02.30 - 03.30 ptg [Sambung] Penggulungan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja / Pengarah Jabatan*
03.30 – 05.30 ptg Perbahasan Usul-usul
05.30 – 05.40 ptg Memilih 20 orang Wakil ke Muktamar Tahunan PAS kali ke-61
05.40 – 06.00 ptg Ucapan Penangguhan Perwakilan
06.00 – 06.30 ptg Ucapan Penangguhan Ketua Pemuda
*Tertakluk kepada sebarang perubahan
Nota : Pengumuman keputusan pemilihan akan dilakukan sebaik sahaja proses pengiraan selesai.

Ustaz Ahmad Awang Paling Sesuai Cabar Haji Hadi

Oleh Abdul Rahman Abdul Talib

Sekalipun Husam Musa mendapat pencalonan yang lebih tinggi daripada Ust Ahmad Awang, namun jika hendak bertanding jawatan Presiden, pada pendapat GB, maka Ustadz Ahmad Awanglah orang yang paling sesuai untuk mencabar Haji Hadi.

Ini berdasarkan faktor kedudukan dan latarbelakang Ustadz Ahmad Awang sendiri sebagai seorang ulama yang disegani di dalam dan diluarnegara. Beliau pernah memegang jawatan Presiden Peratuan Ulama SeMalaysia. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Perak dan pernah menjadi Naib Presiden PAS serta ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

Di peringkat antarabangsa beliau pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad, dan menjadi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia.

Pada tahun lepas, Ust Ahmad Awangg juga adalah perwakilan Malaysia ke Perhimpunan Kesatuan Ulama Sedunia bersama-sama Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Haji Abdul Hadi Awang.

Juga tidak timbul persoalan persepsi mereka yang tidak mengundi Haji Hadi sebagai anti-ulama kerana yang bertanding itu juga seseorang yang berstatus ulama.

Ahmad Awang sedia timbang lawan TG Hadi

K
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang sedia menimbangkan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS selepas mendapat pencalonan yang cukup bagi jawatan itu.

Namun, beliau masih enggan membuat keputusan waktu ini kerana katanya masa masih panjang dan tidak perlu terburu-buru.

"Kita lihat juga berapa calon yang lain. Ini kerana, yang banyak mendapat pencalonan sekarang ialah Datuk Husam (Musa)," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu.

Katanya, pencalonan yang banyak untuk melawan penyandang jawatan ini membayangkan kecenderungan ahli PAS membuat perubahan di pucuk pimpinan parti.

"Kita lihat kecenderungan hendakkan perubahan pucuk pimpinan sudah jelas," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Namun, bagi beliau, pemimpin yang perlu naik ialah yang lebih muda dan jelas dalam perjuangan dan bukan semestinya ulama.

Ahmad kini melepasi syarat minima dua pencalonan dengan pencalonan terbaru dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan pada Sabtu, selepas mendapat yang pertama dari Parit Sulong sebelum ini.

Sebelum ini, Husam juga layak bertanding. Beliau kini mendapat pencalonan 8 kawasan dari seluruh negara. Semalam, beliau mendapat satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

Menjelang muktamar ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan di seluruh negara apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung iaitu Kota Baru, Kelantan tidak mencalonkannya sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

Namun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini.

Sehingga kini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatannya.

PAS berpecah gara-gara Facebook hantu, kata Mujahid

Dua bulan lagi menuju Muktamar PAS ke-61 yang dianggap paling panas, antara punca PAS
berpecah kini mula disedari dengan terdedahnya satu persatu hala tuju laman-laman Facebook 'hantu' tanpa nama yang menyerang dan melaga-lagakan pimpinan PAS.

"Saya yakin, musuh PAS adalah di sebalik mereka ini," kata AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, salah seorang yang menjadi mangsa serangan laman Facebook hantu ini.

Mula-mulanya El-Haraki, lepas itu Tuc Tok Usin Ceroi dan kini Keli Laut. Kesemuanya laman Facebook yang tidak diketahui siapa pemiliknya, tetapi sangat aktif menyerang dan melaga-lagakan pimpinan PAS dari Pusat, negeri dan kini ke peringkat kawasan menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini.


Akaun Facebook Keli Laut membuat posting minggu lalu kononnya berlaku kekecohan menjelang mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS kawasan Selayang. Modus operandi laman ini sama saja seperti El-Haraki dan Tuc Tok Usin Ceroi, iaitu akaun tanpa dikenali tuannya dan menyerang sebahagian pemimpin PAS yang tidak disukai mereka.

Laman ini menyerang dengan jelas Ketua Pemuda PAS Selayang Fauzan Mazlan serta adik beradiknya yang aktif dalam PAS di samping menyerang Yang di-Pertua PAS Selayang Zaidy Talib yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

"AGM Dewan Pemuda PAS Selayang:: Panas panas panas!!!!! Menggunakan YB Zaidi untuk mempengaruhi Pengerusi JK Pemilihan negeri untuk membolehkan orang tak layak bertanding untuk bertanding," tulis Keli Laut dalam laman Facebooknya.

Sehingga kini sekurang-kurangnya 10 posting dibuat Keli Laut berhubung apa yang berlaku dalam PAS Selayang.

Sebelum ini, El-Haraki menyerang Mujahid dan lain-lain rakannya, termasuk Datuk Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan lain-lain lagi dengan berselindung sebagai penyokong kepimpinan ulama.

Tuc Tok Usin Ceroi pula melabelkan kesemua pemimpin ini sebagai 'jebon' dengan satu alasan sahaja, iaitu kononnya mereka tidak bersama menyokong kepimpinan ulama yang diketuai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang terkini Mohamad Sabu, timbalan presiden dan Datuk Mustafa Ali, setiausaha agung PAS menjadi sasaran Tuc Tok Usin Ceroi.

Bagi Mujahid, kalau El Haraki berperanan di peringkat nasional, Tok Usin di peringkat negeri, kini Keli Laut bermain di peringkat kawasan yang menjelaskan siapakah sebenarnya orang di belakang laman-laman hantu ini, kata Mujahid kepada The Malaysian Insider.

"Bagi saya, ini kerja musuh. Perpecahan dalam PAS sekarang bukan semata-mata kerana perbezaan pendapat termasuk isu hudud, kerana kita sudah lama berbeza pendapat dalam banyak isu tetapi tidak pernah berpecah.

"Tetapi suasana kemusnahan ini pasti ada tangan-tangan lain yang ambil kesempatan," kata Mujahid  mengulas isu ini.

PAS mengalami krisis yang paling teruk dalam sejarahnya hatta dikatakan lebih teruk dari 1982 apabila presidennya Tan Sri Asri Muda terpaksa mengundurkan diri.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberi respon secara bertulis kepada pemilik akaun Facebook Tuc Tok Usin Ceroi dan meminta orang di sebalik akaun ini untuk datang ke depan jika dia benar-benar serius dalam dakwaannya terhadap Mohamad Sabu.

"Jawatankuasa Siasatan mengalu-alukan kesudian Tuc Usin Ceroi untuk tampil memberi kenyataan aduan terhadap audio klip yang disebarkan di Facebooknya dan tuduhan terhadap Timbalan Presiden PAS.

"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa menunggu kedatangan Tuc Usin Ceroi ke Pejabat Agong PAS secepat mungkin.

"Beliau boleh menghubungi saya secara terus atau Khairul Faizi, selaku Penolong Setiausaha Agung dan setiausaha jawatankuasa siasatan untuk menentukan masa beliau yang sesuai untuk menghadirkan diri," kata Mustafa dalam kenyataan yang ditujukan kepada Tuc Usin Ceroi itu.

Sebelum ini, Tok Usin mendedahkan satu rakaman audio kononnya ia suara Mohamad Sabu yang sedang merancang strategi untuk menjatuhkan Hadi.

Namun jawatankuasa siasatan yang diketuai Mustafa dikatakan tidak mahu membuat sebarang siasatan mengenainya melainkan ada aduan rasmi atau pemilik akaun laman Facebook itu sedia ke hadapan dengan berjumpa beliau atau penolongnya, Khairul Faizi.

Melihat kepada semua senario ini, Mujahid berpendapat mangsa sebenar permainan laman-laman Facebook hantu ini adalah ahli PAS yang tidak tahu apa-apa tetapi terpengaruh dengannya kerana mereka ini berselindung di belakang pemimpin PAS dan kepimpinan ulama.

"Yang menjadi mangsa adalah ahli PAS yang jujur dan ikhlas kerana mereka pertaruhkan ulama termasuk nama presiden sendiri.

"Ia cukup bahaya dan mereka menjadi mangsa kepada 'keyboard warior' ini sedangkan orang di belakang mereka sebenarnya pelaksana kepada tuan-tuan mereka yang mahukan PAS berpecah," kata Mujahid. – 5 April, 2015.

Muktamar PAS Ke-61 Di Kuala Selangor

KUALA LUMPUR 9 Feb – Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 tahun ini dijadualkan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada Jun depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beberapa lokasi lain turut dipertimbangkan untuk penganjuran muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat.

“Muktamar dijangka berlangsung selama tiga hari manakala beberapa hari lagi akan diperuntukkan untuk pemilihan,” katanya.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

My Blog List

Blog Archive

.