Oleh SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan
dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar
berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam
mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu.
Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am
Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk
Mustafa Ali.
"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi
pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden
yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil
saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.
"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya
usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu
dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika
ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun usul itu telah diarahkan
untuk dilulus tanpa dibahaskan, muktamar masih mempunyai kuasa untuk
mengubah keputusan itu.
"Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian
perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat
begitu kerana kuasa muktamar kuat.
"Mereka boleh cadangkan kepada pengerusi tetap dan kalau majoriti
bangun sokong, saya percaya usul itu boleh dibahaskan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, Pas tidak perlu mengadakan satu muktamar khas untuk membincangkan semula usul berkenaan.
"Bagi saya muktamar khas tidak perlu kalau itu sudah diputuskan.
Sepatutnya semua pihak harus peka pada hari muktamar," katanya.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment