PASCA MUKTAMAR Get our latest posts by subscribing this site

Jawapan kepada isu yang dibangkitkan Tuan Ibrahim Man


Kpd: Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Dpd: Madah Pujangga

Jawapan kepada posting di dalam Facebook page Tuan sendiri:
Jangan melampau menghina tokoh-tokoh GHB. Kerana merekalah lah PAS dikenali umum.
Jangan melampau menghina tokoh- tokoh GHB. Kerana pada merekalah ahli-ahli parti melihat contoh golongan yg ditarbiyah berkorban dan memahami perjuangan Islam.

Jangan melampau menghinatokoh-tokoh GHB ini, kerana merekalah inilah PAS diberi sokongan bila bertanding dan memenangi di kerusi-kerusi yg PAS tidak pernah menangi.

Jangan melampau menghina tokoh-tokoh GHB

kerana ramai di antara mereka yg banyak berkorban masuk keluar penjara sedangkan golongan ustaz hanya bersilat dipentas ceramah dan menjual air liur serta menikmati elaun, gaji dan pencen.

Jangan melampau menghina tokoh GHB ini kerana bukanlah hak kepimpinan ulama mempersoalkan keikhlasan berjuang dan golongan ulama sendiri belum pernah diuji seperti yg telah mereka lalui
Jangan melampau menghina tokoh – tokoh GHB ini,

kerana ukhuwwah dan akhlak Islam tidak mengizinkan kita mencaci, mencerca dan memfitnah mereka kerana kita tidak tahu siapa lebih mulia di sisi Allah.

Jangan melampau menghina tokoh-tokoh GHB ini hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepada mereka.

Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa tokoh-tokoh GHB ini sama – sama menyumbang hasil jerik perit untuk menolong PAS sebelum ini tetapi kini

kamu mengelabah dgn kekuatan mereka. Ada di antara mereka telah berada di medan perjuangan ketika sebahagian pemimpin PAS masih di sekolah lagi.

Jangan melampau membenci tokoh – tokoh GHB ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap, akhlak dan keterbukaan serta kematangan kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.

Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. Jangan lupa hisab diri sendiri.

Surat terbuka buat Mat Sabu, Harapan Baru

Oleh Ong Ooi Heng

Saudara Mohamad  Sabu,

Terlebih dahulu, izinkan saya gunakan gelaran Mat Sabu untuk berinteraksi sepanjang surat terbuka ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin yang menjayakan pembentukan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kami di badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyanjung tinggi keazaman saudara dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan yang dapat membawa perubahan baru dalam konteks negara, masyarakat dan politik semasa Malaysia.

Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk menarik perhatian saudara dan pimpinan GHB supaya mempertimbangkan cadangan peribadi seorang penyelidik yang selama ini mengikuti secara dekat perkembangan politik dan ekonomi Malaysia termasuk dinamik PAS dan gerak-geri masyarakat madani.

Malaysia sedang bergelumang dengan skandal dan krisis yang membimbangkan segenap rakyat Malaysia dan pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan semasa secara dekat. Perkembangan semasa melibatkan dinamik politik, kewangan negara, tekanan hidup masyarakat secara umum dan ekonomi yang tidak menentu, telah mencorakkan topik perbualan rakyat pelbagai lapisan.

Dalam konteks semasa, 52 peratus rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU-13 pada 5 Mei 2013, merasa terkilan dengan perbezaan dan perkembangan sebelum dan selepas 5 Mei 2013.

Pertama sekali, rakyat-52 terkilan kerana setelah beberapa gerakan BERSIH dan gerakan massa lain berjaya diadakan, keputusan pada 5 Mei 2013 tidak membuahkan hasil yang sepenuhnya.

Rakyat terkilan

Kedua, rakyat terkilan kerana perkembangan Pakatan Rakyat khususnya masalah antara PAS dan DAP yang membawa kepada DAP mengumumkan kematian Pakatan Rakyat.

Ketiga, rakyat-52 terkilan kerana perkembangan semasa yang menghakis keyakinan rakyat terhadap tadbir urus negara khususnya kejatuhan nilai ringgit dan skandal 1MDB, tidak memperlihatkan tindakan segera diambil oleh pemimpin-pemimpin yang selama ini berbicara mengenai bagaimana tadbir urus negara yang baik harus mendahului "isu hudud".

Perkembangan isu 1MDB kini berada pada tahap di mana wujud beberapa persepsi. Salah satu persepsi melihat pihak yang membongkar dan pihak yang terlibat dengan isu 1MDB berkait rapat dengan rejim pemerintah. Maka isu 1MDB juga merupakan isu satu-satu parti yang memerintah selama ini, dan jika berjaya ditukar pemimpin parti berkaitan, maka dianggap selesai isu 1MDB.

Adakah saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB setuju dengan persepsi sedemikian? Apakah kita biarkan seorang individu bernama Tun Mahathir Mohamad menangani pembongkaran dan penyelesaian satu skandal besar dengan batasan-batasannya dalam konteks satu-satu parti pemerintah?

Jika tidak, maka saya dengan rendah dirinya mencadangkan, soal tadbir urus negara yang baik harus mendahului soal hudud wajar diterjemah dalam tindakan segera oleh saudara Mat Sabu dan GHB sebelum terlambat.

Saya ingin mencadangkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin GHB, supaya menjadikan gerakan massa menuntut pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri atau dibawa ke muka pengadilan sebagai keutamaan  semasa.

Rakyat perlu pengupayaan yang dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap perjuangan yang ingin membawa perubahan dan pembaharuan bermakna kepada negara.

Rakyat juga harus diyakinkan melalui tindakan masyarakat madani dan pemimpin-pemimpin yang sebelum ini mendapat mandat rakyat atas gabungan parti bernama Pakatan bahawa isu 1MDB bukan isu satu-satu parti dan penyelesaiannya hanya melibatkan individu tertentu.

Krisis Malaysia vs krisis PAS

Hal ini bermaksud, rakyat perlu diyakinkan dengan tindakan masyarakat madani dan pemimpin-pemimpin seperti saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB, bukan tindakan seorang individu bernama Tun Mahathir.

Selepas Aidilfitri, dipercayai masyarakat madani akan cuba membentuk gerakan massa yang dapat mengembalikan keyakinan rakyat. Di mana persiapan pemimpin-pemimpin seperti saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB pada saat-saat genting sedemikian?

Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun berada di penjara, beliau tetap memikirkan masa depan negara yang membimbangkan. Tanggal 14 Julai 2015, beliau telah membawa mesej penting berbunyi seperti di bawah:

"Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah. Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah."

Malaysia sedang dilanda krisis. Krisis ini lebih serius daripada krisis yang melanda PAS. Saya ingin menekankan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin GHB, supaya menjadikan gerakan massa berkenaan skandal 1MDB dan tuntutan pembaharuan berkenaan skandal 1MDB sebagai keutamaan semasa.

Menurut liputan berita, kumpulan progresif dalam PAS atau GHB mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Liputan berita juga mengatakan bahawa saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

Biarpun saya mendukung usaha saudara Mat Sabu dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan dalam bentuk berlainan, tetapi izinkan saya mengutarakan sedikit kelainan dari segi pendapat.

Saya berpendapat, realiti semasa menunjukkan, hasrat GHB mungkin tidak dapat memenuhi harapan semasa rakyat sepenuhnya. Sebelum GHB bergerak membentuk realiti baru, sewajarnya GHB bergerak memimpin gerakan massa mengenai tuntutan berkaitan skandal 1MDB dengan kadar segera selepas Adilfitri.

Sesungguhnya, dalam jelajah ke setiap negeri, saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB wajar menjadikan keutamaan menjelaskan kepada rakyat mengapa gerakan massa menuntut pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri atau dibawa ke muka pengadilan sebagai keutamaan utama, seterusnya mengemukakan tuntutan pembaharuan pasca skandal 1MDB.

Saya berpendapat, jelajah berkaitan gerakan massa berkenaan skandal 1MDB dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pemimpin-pemimpin GHB terus menerus berpegang kepada prinsip mengangkat isu tadbir urus negara dan mendahulukan isu kepedulian rakyat.

Hal ini bermaksud, biarpun tewas dalam pilihan raya parti PAS, pemimpin-pemimpin GHB tidak tersimpang daripada keutamaan selama ini yang menjadi harapan rakyat.

Malahan, sokongan yang ditunjukkan semasa gerakan massa yang dipimpin oleh pemimpin seperti saudara Mat Sabu dapat diterjemah sebagai kekuatan yang diperlihatkan dalam usaha GHB menunjangi perjuangan seterusnya.

Sesungguhnya, kekuatan begini bukan sahaja lebih bermakna dalam usaha mengisi kekuatan perjuangan bentuk baru, juga dapat mengelakkan tindakan diri daripada menghampakan rakyat ekoran keutamaan semasa yang tidak memenuhi tuntutan semasa.

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat berjuang.

ONG OOI HENG pengarah eksekutif  Kajian Politik

Desak muktamar PAS putus hubangan dengan Pakatan

Oleh Zolkharnain Abidin

Saya, Zolkharnain Abidin, ahli PAS no 333164, dengan ini mendesak supaya Muktamar PAS yang sedang berlangsung sekarang di Kuala Selangor memutuskan dengan jelas bahawa PAS keluar daripada PR.

Desakan ini untuk memudahkan PAS meneruskan agenda untuk memperkukuh hubungan dengan Umno demi mencapai tujuan tertegaknya kerajaan perpaduan.

Keputusan ini juga memudahkan ahli PAS untuk menentukan sikap untuk terus bersama PAS atau bersama rakyat yang mahukan perubahan politik bersama PR.


Keputusan ini juga penting untuk memastikan BN tumbang dalam PRU akan datang hasil kebangkitan rakyat bersama PR.

Jika PAS terus bersama PR tetapi dengan pendirian yang berbolak-balik, gerakan rakyat untuk menumbangkan BN sedikit terganggu.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Zaharudin Mohammad Letak Jawatan ?

Menarik penulisan yang dibuat oleh ahli majlis Syura ini berhubung status kedatangannya ke mesyuarat Pemuda PAS Malaysia yang hanya satu kali dalam sesi yang lepas.

 Alasannya beliau telah meletak jawatan. Tapi bilakah tarikh beliau meletak jawatan?

 Ya. Tarikhnya pada bulan mac tahun ini dan suratnya diemel pada bulan April. Apa punca letak jawatan? 

Puncanya kerana pihak Sekretariat meminta setiap exco menghantar laporan tahunan.

 Dalam mesyuarat pemuda PAS yang lepas, dilaporkan Ketua pemuda telah membangkitkan isu perletakan jawatan beliau ini tapi dibantah oleh Saudara Kamaruzaman yang mengatakan tidak logik untuk letak jawatan sedangkan muktamar hanya tinggal sebulan sahaja lagi. 

Jesteru permohonan Ustaz Zaharudin ini ditolak. Berhubung ketidak hadiran beliau ini bukanlah sesuatu yang baharu. 

Tahun lepas kehadirannya ke mesyuarat Harian Pemuda PAS Malaysia sewaktu beliau memegang amanah sebagai ketua penerangan juga satu kali sahaja dari 8 atau 9 kali.

Bahkan tarikh mesyuarat dilaporkan dibuat mengikut tarikh kelapangan beliau. Pun tak hadir. 

Sehingga saudara Ketua Pemuda terpaksa membuat rombakan dan menggantikan dengan ketua penerangan yang baharu.

 Beliau diberikan amanah sebagai ketua lajnah Pendidikan agar beliau tidak terlalu terbeban dan dapat fokus. 

Ternyata ia adalah masalah sikap dan bukannya posisi yang dipegang.

 Pernah satu ketika Ustaz Zaharudin menghebahkan dalam group ARC bahawa beliau tak dapat sertai konvoi ke Temerloh dari awal kerana ada mesyuarat Pemuda PAS Malaysia namun hakikatnya mesyuarat itupun beliau tidak hadir. 

Kesimpulannya, ianya adalah masalah sikap. Hanya mahu jawatan tetapi tidak mampu memberi komitmen dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberi.... 

Budak ARC yang tahu cerita Puchong.

Surat Terbuka Kepada YAB Dato Seri Abdul Hadi Awang

SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG,

Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) merangkap Timbalan Ketua Ulama Dunia.

Salam hormat dan maaf didahulukan di atas ketibaan surat terbuka ini kepada Dato' menjelang ketibaan muktamar yang akan datang minggu hadapan. Sesungguhnya, saya menulis surat ini dengan panjang lebar bukanlah disebabkan memperoleh apa jua faedah yang mendatangkan keuntungan kepada diri ini,tetapi anggaplah kehadiran coretan kecil ini adalah mewakili jiwa dan luahan hati seorang anak muda yang menginginkan perubahan tampuk kekuasaan. Serta anggaplah ini sebagai teguran dan peringatan seorang rakyat yang memberi undi dan amanah kepada parti Dato untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Dato Haji Hadi,

Secara suka atau tidak,pemilihan parti PAS kali ini mengundang perhatian yang luar biasa umum baik ahli parti mahupun pemerhati luar berbanding muktamar sebelum-sebelum ini.Muktamar kali ini bakal menyaksikan dua blok berlainan fikrah (meski sejemaah) bertembung bagi menduduki kerusi kepimpinan kali ini.Semenjak dua tahun lepas, kempen -kempen memecah belahkan PAS berjalan dengan wujudnya suara-suara yang meletakkan PAS kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menyokong kepemimpinan ulama dan kumpulan progresif yang di gelar erdogan.Hari ke hari, kempen ini semakin kotor dan jijik dengan pelbagai fitnah,gelaran,caci maki di tembak bersimpang siur ke arah individu-individu yang di rasakan tidak mengikuti fikrah yang dikira sama sesebuah kumpulan itu.

Ya Dato Seri,

Ingin saya lontarkan persoalan, inikah akhlak yang di anjur sabda Nabi SAW dalam islam?.Yang bersongkok,yang berkopiah,yang berserban,berjubah hatta bertudung litup sekalipun seakan hilang apabila caci maki,ungkapan kafir mengkafir terbit daripada mulut-mulut yang mengaku membawa nama islam dan akhlak islam ini.

Sayugia diingatkan,PAS membawa islam pada namanya.Jika ada tindak tanduk yang tercela seperti ponteng sidang parlimen, mengkafir sesama islam,memuja manusia hingga digelar wali adakah itu bukan sahaja memburukkan nama PAS malahan angkara islam itu sendiri turut terpalit kotor angkara kebebalan umat yang saban hari melaung kamilah yang membawa perjuangan islam?.

Sukacita saya ingatkan pada Dato dan seluruh parti PAS dan perwakilan,

Pada 2008 yang lalu telah terjadinya satu tahaluf siyasi di antara parti PAS,DAP, dan PKR atas jalinan kerjasama dinamakan Pakatan Rakyat khusus bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional.Hasil jalinan kesepakatan itu, lima buah negeri berjaya kita tawan termasuklah parlimen tempat saya mengundi iaitu Parlimen Padang Serai yang sebelumnya dikuasai Barisan Nasional sekian lama.

Namun,mengecewakan apabila selepas sahaja pilihanraya tamat terdapatnya beberapa individu daripada PAS (Dato saya kira lebih maklum siapa individu ini) yang telah berjumpa secara senyap dengan Yang Dipertuan Agung bagi membincangkan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO atas nama melayu dan islam. Sekali lagi,agama menjadi retorik politik demi kuasa. Perkara ini hanya terdedah beberapa tahun selepas itu. Selain itu,ekoran prestasi buruk (pergolakan dalaman) dan sikap bebalisme segelintir pimpinan Pas menyaksikan PRU13 pada 2013 menyaksikan Kedah kembali terlepas daripada dakapan Pakatan Rakyat.

Oh ya,sebelum saya terlupa suka juga saya mengingatkan konflik kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mungkin tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya pengkhianat kepada Nizar ketika itu?.Siapa pula yang mengeluarkan kenyataan "Sultan betul,Nizar salah!" Hanya semata-mata Nizar mengikuti prinsip tahaluf siyasi menjaga hubungan bersama DAP walhal perbuatan Sultan Perak ketika itu menyalahi perlembagaan?.Hanya kerana sultan itu melayu dan DAP itu cina?.Tepuk dada tanya hati wahai Dato' Seri.

Dan selepas PRU13, azan kerajaan perpaduan kembali dikumandangkan.Bersama pakej kali ini adalah hukum hudud yang di katakan telah dipersetujui UMNO dalam DUN Kelantan.Malahan menambahkan drama diperlihatkan tangisan wakil ADUN UMNO yang begitu beremosi menyokong hudud.Mungkin Dato dan seluruh ahli PAS terlupa,syaitan juga boleh membaca quran!.

Kata Dato' soal ikhlas atau tidak itu hak mereka.Wahai Dato, sudah lupakah siapa pemerintah negara ini?.UMNO jika mereka betul ikhlas inginkan hudud sebagai kerajaan sudah tentulah mudah dan tiada masalah bagi mereka melaksanakannya.Tetapi tidak!.Hudud hanya dijadikan sentimen mereka untuk memperoleh undi melayu. Malangnya Dato tidak nampak soal itu.Kegelojohan Dato untuk melaksanakan hudud secepat mungkin membuatkan Dato buta pada realiti depan mata. Apa Dato sudah lupa bagaimana suatu ketika dulu UMNO pernah mengajak PAS bergabung dan apabila berasa punya kekuatan kembali,PAS ditendang keluar gabungan seperti anjing hina?.

Dato',

Tiadalah niat di hati saya untuk memperolokkan hukum hudud yang saya maklun termaktub dalam al quran tetapi Dato lebih fakih dan arif hukumnya mengenai syarat-syarat yang harus diminimumkan jika pelaksanaan hudud ingin digubal.Ekonomi harus di utamakan kerana kebanyakan masalah sosial dan jenayah dimulai dengan bermasalahnya ekonomi.Itu lah ucapan Dato beberapa tahun lalu. Tidak apa,saya ingatkan kembali.

Menyentuh mengenai kumpulan yang di gelar erdogan dan jebon dalam parti PAS, saya kira itu adalah kempen yang paling hina dan menjijikkan daripada kumpulan yang mengaku pendokong ulama dalam PAS. Apa kesalahan dan justifikasi hingga membenarkan sesetengah pro ulama dalam PAS menjadi "Tuhan" dalam menghukum ahli sejemaah?.Hanya di sebabkan mereka terus teguh pada deklarasi dan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat?.Hanya di sebabkan mereka tidak ingin tunduk kepada kehendak sesetengah golongan yang mahukan kerjasama dengan UMNO supaya hudud dapat di laksana?.Alangkah kejinya sikap sedemikian.

Tegas saya tekankan pada Dato' Seri bahawa deklarasi dan tahaluf siyasi itu adalah sesuatu yang Dato' sendiri persetujui pada 2008 yang lalu. Atas kerjasama itu, ketiga parti bersetuju untuk bersama-sama mencari kekuatan dan kepercayaan rakyat bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional.Jadi apa dosa mereka sekiranya mereka kekal memegang amanah kepada tahaluf siyasi yang dipersetujui itu?. Kepada kumpulan pro ulama PAS, jika dengan UMNO yang terang-terang menolak kerajaan islam, yang memperlekehkan ajaran islam,yang merasuah,menyeleweng kamu boleh bersuara lunak dan merdu, di mana tingkat maruah kamu yang sanggup berlaku biadap dengan rakan sejemaah malah ada yang perjuangannya dalam parti jauh lebih lama.Semasa kamu masih menetek mereka ini sudah ada yang merasa penjara?.

Hanya disebab mereka bersama kafir seperti DAP dan PKR berbanding memilih bersama UMNO yang islam dan melayu?.Orang kafir,jika mereka enggan menerima harus difahami kerana mereka tidak tahu maka seharusnya tanggungjawab kamu untuk menceritakkannya.Tetapi bagaimana dengan yang mengaku melayu lagi islam sudah puluhan tahun memerintah, puluhan tahun punya peluang untuk menegakkan agama Allah tetapi secara tiba-tiba saat ingin mati kelemasan baru melaung "kami mahu hukum Tuhan!"

Dato' Seri Haji Hadi,

Umum sedia maklum dengan anggapan dan gelaran yang diberi ahli PAS bahawasanya Dato dianggap bapa dalam jemaah.Tetapi ingin saya lontarkan kritikan keras ini, sedayus apakah seorang bapa yang tergamak membiarkan "anak-anaknya" bercakaran sesama sendiri?.Selemah manakah seorang bapa yang hanya menikus saat "anak-anaknya" makin hilang islam dalam diri?.Apa benar ini sifat nyata seorang yang diakui sebagai bapa?.Tidak berusaha meleraikan,mendamaikan, malah seakan suka dengan kekacauan yang berlaku?.

Dato' Seri,

Sebagai anak muda yang tidak berparti dan hanya memberi pandangan di dasarkan kepada keinginan untuk melihat Pakatan Rakyat berhasil menumbangkan Barisan Nasional, sekali lagi ingin saya ingatkan, kami mengundi PAS bukan kerana kami menerima PAS tetapi kami mengundi PAS untuk menjadi platform dalam Pakatan Rakyat bagi mengalahkan rejim. Kami tiada apa kerugian sekiranya matlamat kerajaan perpaduan akhirnya menjadi nyata, tetapi ingin kami beri amaran, jangan khianati amanah rakyat yang mengundi PAS untuk menjatuhkan BN. Dan sekiranya itu terjadi, maka janganlah PAS kesal jika rakyat menolak gabungan PAS-UMNO walaupun gabungan itu atas nama islam?.Yang batil tidak akan pernah bersama dalam kebaikan. Saya maklum kefakihan Dato yang melebihi saya dalam soal hukum amanah dan janji ini.

Akhir kata, saya menyedari dan memaklumi kesan daripada kritikan saya terhadap Dato ini.Tetapi ikhlas saya katakan, kritikan ini tidak langsung menyentuh kedudukan dan ilmu agama Dato sebagai ulama tetapi saya mengkritik atas batang tubuh Dato sebagai ahli politik semata. Dua skop berbeza inilah yang gagal difahami majoriti ahli PAS dengan kata mengkritik Dato bererti mengkritik ulama dan mengkritik ulama bererti menghina pewaris nabi.

Dua skop berbeza yang saya berharap semua ahli PAS berlapang dada dalam membaca surat terbuka ini dan sama-sama mengambil ibrah daripada segala kemelut yang berlaku agama kembali kepada perjuangan dan akhlak islam yang sebenar.Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS dan semoga Allah melindungi jemaah ini daripada "tangan-tangan" yang menghancurkannya dari dalam.
Sekian,terima kasih.

SITI AISHAH,
Ustazah Kafa.

Arahan komander mesti jelas dan tidak boleh celaru

Oleh Pakcik Lah Rts 

"Saya perhatikan.

Di antara punca kecelaruan ahli PAS sekarang... Tidak dapat fokus kepada musuh sebenar (UMNO)... kerana PKR dan DAP juga kadang dituduh musuh oleh komander...

Dalam peperangan sebenar... Musuh mesti jelas... Arahan komander pada setiap misi juga mesti jelas... Dan tidak boleh celaru misi...

Bila komander pun tak tau siapa musuh..

Nak perang macammana????

Prebet khejanya pun bercelaru hala senjata kesana sini.... Nak tembak tak tau hat mana...
Saya salute kepada Mohamad Sabu.

Dalam menggunakan strategi perang sebenar... Mat Sabu kekal... Fokus pada musuh sebenar... UMNO/BN pemerintah jahat dan menyeleweng sejak sekian lama
.
Pakcik Lah Rts
Taukeh Restoran Kesinai Riverside
Berdekatan Hospital Lama Alor Setar (Lepas sedikit Kuil Hindu dan Stadium Darulaman)

Kasihanilah kami wahai pemimpin Pakatan

Oleh Mohd Sofi Abdul Wahab 

Saya sebagai ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengharapkan semua parti komponen PR dan pimpinannya bersabar dan kasihanilah rakyat Malaysia, Oleh itu di bawah ini saya nukilkan harapan saya kepada mereka.

PR adalah harapan rakyat, jangan kecewakan kami dengan perpecahan Pakatan Rakyat yang jelas mendapat kepercayaan rakyat lebih dari BN pada PRU 13

Hentikan segala serangan sesama sendiri. Jangan bazirkan masa menghentam rakan PR yang lain kerana musuh kita sebenarnya adalah Umno/BN yang sedang menekan rakyat dengan dasar zalim dan tidak memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Cari jalan untuk berbaik-baik bukannya mencari jalan untuk semakin renggang dan seterusnya berpecah. Semua pihak mesti berlapang dada, lupakan kisah lama, duduk semeja dan berbincang.

Ingatlah kepercayaan rakyat kepada PR semakin terhakis dengan sikap pimpinan PR yang tidak matang bergaduh dan bergeser di dalam media tanpa menunjukkan tanda untuk reda

Masa masih belum terlambat untuk menjernihkan suasana. Maaf bermaaf-maafan, berjiwa besar, mengakui kelemahan diri dan seterusnya memacu perjuangan dengan menghalakan segala tenaga, idea dan sumber untuk menumbangkan Umno/BN.

Renung dan kenanglah jasa Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Allahyarham Datuk Seri  Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pimpinan DAP yang ada sekarang yang merintis jalan dan denai memberi sinar baru kepada rakyat Malaysia yang sekian lama ditindas dan dihimpit oleh sistem pentadbiran BN.

Jangan mensia-siakan harapan dan jasa pimpinan terdahulu dan sekarang yang berjaya membawa PR ke tahap yang hebat seperti semasa PRU 12 dan PRU 13.

Cuba selami kesusahan dan penderitaan rakyat yang amat dahagakan kepimpinan alternatif kepada kepimpinan BN yang korup, menyeleweng, rasuah, tidak amanah, boros dan sebagainya.

Apakah kita mahu membiarkan BN terus memerintah negara hanya kerana nafsu politik amarah dan tidak matang kita.

Mana janji kita yang sentiasa komited untuk hormat menghormati di antara satu sama lain,bersetuju untuk tidak bersetuju dan komited untuk membentuk Malaysia baru dengan sistem keadilan, telus dan berkebajikan.

Berjiwa besar, maaf memaafi, insaf kelemahan diri masing-masing dan berlapang dada dengan semua kesalahan dan kesilapan lalu. Jika masing-masing ikhlas untuk berjuang kerana Allah, keadilan,
rakyat dan demokrasi maka mari sama-sama kita melangkah gagah melupakan persengketaan dan berjuang bersama menumbangkan BN bagi menyelamatkan rakyat dan negara.

* Mohd Sofi Abdul Wahab ialah yang dipertua PAS Bukit Katil.

Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik

Oleh Awang Malaya

Kalau mahu menilai kehebatan PAS, maka lihatlah keputusan pilihan raya umum 1978, 1982, 1986
dan 1995…..

PRU 1990 susah nak kira kekuatan sebenar PAS kerana bergabung dengan Parti Semangat 46, dan hasil gabungan itu memberi keuntungan yang sangat besar kepada PAS khususnya di Kelantan….

Manakala PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, sokongan terhadap PAS banyak dibantu oleh rakan dalam Pakatan iaitu PKR dan DAP terutamanya di pantai barat.

Sejak PAS bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Barisan Nasional dalam tahun 1977, Pilihan raya Umum 1978 ialah pilihan raya pertama di mana PAS bertanding sendirian.

Bertanding sendirian

Keputusan PRU 1978, di Kelantan, PAS hanya menang 2 dari 36 Dun yang dipertandingkan, manakala untuk parlimen, PAS menang 2 daripada 10 kerusi.

Di Terengganu, BN menyapu bersih semua kerusi Dun dan parlimen yang dipertandingkan.
Di Kedah, PAS menang 7 daripada 26 Dun, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen.
Di Pulau Pinang, PAS menang 1 daripada 26 kerusi Dun dan 1 daripada 9 kerusi parlimen.
Hanya itulah saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1978…. Maknanya, di parlimen, wakil rakyat PAS hanya 3 orang sahaja, iaitu 2 dari Kelantan dan 1 dari Pulau Pinang.

Paling malang

Pilihan raya umum 1982….. Di Kelantan, PAS menang 10/32 DUN, manakala untuk parlimen, PAS menang 4/12 kerusi di Kelantan…

Di Terengganu, PAS menang 5/28 kerusi DUN, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen… Dun yang dimenangi oleh PAS ialah Rhu Rendang (Haji Abdul Hadi Awang), Batu Buruk (Wan Mutalib Embong), Wakaf Mempelam (Mustafa Ali), Manir (Harun Taib) dan Teluk Pasu (Abu Bakar Chik).

Di Kedah, PAS menang 2/26 kerusi Dun, dan menang 1/13 kerusi parlimen.
Di Perlis, PAS menang 1/12 kerusi DUN sahaja.

Hanya itu saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1982…. Di parlimen, PAS hanya ada 5 orang wakil rakyat, iaitu 4 dari Kelantan dan 1 dari Kedah.

Pilihan Raya Umum 1986, PAS menang 10/39 DUN di Kelantan, 2/32 DUN Terengganu, menang 3/28 DUN di Kedah dan 1/12 DUN di Perlis, di Parlimen hanya 1/13 kerusi parlimen negeri Kelantan iaitu di Pangkalan Chepa yang diwakili oleh Allahyarham Hj. Nik Abdullah Arshad, bapa kepada Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang… Itulah satu-satunya kerusi PAS di parlimen pada waktu itu.

Kerjasama APU

Pada Pilihan Raya Umum 1990 PAS dapat memerintah Kelantan hasil kerjasama dengan Semangat 46 di mana PAS menang semua 24 kerusi, Semangat 46 menang semua 13 kerusi, Berjasa dan Hamim masing-masing menang 1 kerusi dan BN kalah di semua 39 DUN. Di peringkat parlimen PAS menang kesemua 6 kerusi dan 7 kerusi di raih oleh Semangat 46…. BN kalah di semua kerusi parlimen.

Di Terengganu PAS menang 1 kerusi Parlimen dan satu oleh Semangat 46 dan di DUN Terengganu PAS hanya menang 3/32. Sementara itu di Kedah kemerosotan PAS amat ketara kerana hanya memenangi 1 DUN sahaja.

Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan kemenangan di Kelantan dengan memenangi 24 kerusi, 12 kerusi oleh Semangat 46 dan BN berjaya merampas 7 kerusi DUN dari 41 yang dipertandingkan. Peringkat Parlimen PAS menang 6 kerusi sementara Semangat 46 menang 6 dari 8 kerusi yang bertanding, iaitu kalah di Peringat dan Jeli.

Di Terengganu PAS masih mengekalkan satu kemenangan di Parlimen Marang.

Barisan Alternatif

Pilihan Raya Umum 1999 merupakan lonjakan pengaruh PAS di seluruh negara ekoran perpecahan UMNO apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. PAS Kelantan meningkatkan kemenangan kepada 41/43 DUN. Pilihan raya kali ini PAS bekerjasama melalui Barisan Alternatif (BA) iaitu melibatkan DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM. Di Kelantan Keadilan tidak bertanding di DUN dan hanya bertanding 3 Parlimen dengan memenangi kesemuanya sementara PAS bertanding 11 Parlimen tetapi tewas 1 iaitu di Gua Musang.

Kejayaan pilihan raya atas nama BA juga membolehkan PAS memerintah Terengganu apabila memenangi 28/32 kerusi DUN dan kesemua 8 Parlimen yang mana Parlimen Kemaman di wakili oleh Keadilan. Bagi negeri-negeri lain kerjasama BA telah berjaya memenangi 8 DUN di Pahang ( 6 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan ), di Selangor 6 DUN (4 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan), di Kedah 12 DUN PAS dan 8 Parlimen PAS, di Perak 4 DUN (2 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan) serta 3 Parlimen ( 2 PAS, 1 DAP ), di Pulau Pinang 2 DUN (1 PAS, 1 DAP) dan satu Parlimen,di Perlis 4 DUN PAS.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 BA hanya disertai oleh dua Parti Politik iaitu PAS dan PKR kerana DAP telah menarik diri dari BA. Pertukaran kepimpinan BN dari Dr Mahathir kepada Abdulah Ahmad Badawi mewujudkan senario baru iaitu pengundi ingin melihat perubahan selepas era Dr Mahathir.

Suasana ini meninggalkan kesan kepada BA dengan jatuhnya kerajaan PAS Terengganu yang hanya memenangi 4/32 DUN, di Kelantan 23/21 dan memenangi 6 kerusi Parlimen, di Pulau Pinang hanya memenangi 1 DUN. Di Perlis juga 1 DUN, di Kedah 5/36 dan peringkat Parlimen hanya 1/15.

Namun PAS mencatat sejarah baru apabila kali pertama memenangi 1 DUN di Johor di DUN Senggarang yang di wakili oleh Dr. Ramli bin Mat Kari yang menang tanpa bertanding. Bagi negeri-negeri lain yang pernah meraih kemenangan pada pilihan raya 1999 kecundang untuk mendapat sebarang kerusi sama ada PAS atau pun Parti Keadilan Rakyat.

Pakatan Rakyat

Tsunami politik telah melanda Malaysia dalam pilihan raya umum ke 12, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP telah berjaya memerintah 5 negeri, mengekalkan Kelantan, membentuk kerajaan di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang disamping itu menafikan majoreti 2/3 di Dewan Rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 11 kali pilihan raya umum diadakan. Gabungan Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Dewan Rakyat daripada 222 yang di pertandingkan 11/15 di Kedah, 12/14 di Kelantan, 1/8 di Terangganu, 11/13 di Pulau Pinang, 11/24 di Perak, 2/14 di Pahang, 10/11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3/8 di Negeri Sembilan, 1/6 di Melaka, 1/26 di Johor, 1/25 di Sabah dan 1/31 di Serawak.

Sementara itu sebanyak 197 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi milik Pakatan Rakyat daripada 505 yang dipertandingkan dengan pecahan PAS 84, DAP 73, PKR 40. Suasana ini memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya menghantar wakil ke dalam semua Dewan Undangan Negeri sepertimana pecahan berikut, 2/15 di Perlis, 22/36 di Kedah, 39/45 di Kelantan, 8/32 di Terengganu, 29/40 di Pulau Pinang, 31/59 di Perak, 4/42 di Pahang, 36/56 di Selangor, 15/36 di Negeri Sembilan, 5/28 di Melaka, 6/56 di Johor, 1/60 di Sabah.

Pasca Pakatan

Begitulah kehebatan PAS…. Orang yang kata PAS boleh berjuang sendiri dan tak perlu bergabung dengan parti lain, jentera pilihanraya PAS paling hebat dalam dunia, PAS boleh hidup sendiri, itu semua kenyataan dari orang yang baca sejarah…..

Wakil Rakyat PAS yang mendabik dada kononnya kemenangannya dalam pilihanraya adalah kerana kekuatan PAS, bukan kerana pertolongan dari PKR dan DAP, itu kenyataan yang bongkak, angkuh, dan bodo-sombong.

Haji Hadi dan lebai-lebai yang semazhab dengannya hanya seronok menjadi pembangkang, dan tidak pernah bersedia untuk jadi pemerintah, manakala kuncu-kuncu di peringkat bawah pula hanya seronok menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja…

Seronok sokong pembangkang ni… Lebih-lebih lagi pembangkang yang pakai jaket ulamak Islam…. Sokong parti pemerintah tak seronok….

Apatah lagi jika kemenangan itu hasil gabungan dengan orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim dan parti kapir seperti DAP…. PAS tak mahu…. PAS tidak gila kuasa… PAS tak mahu jadi pemerintah….

Ulamak PAS tidak bersedia…. Tok lebai PAS cuma mahu glamour sebagai tokoh pembangkang sahaja…. Sebahagian penyokong PAS dari jalur UG  hanya mahu menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja… Haji Hadi ialah seorang agamawan, tetapi dia bukan seorang negarawan.
Saya mengundi dalam pilihanraya dengan harapan untuk memilih samada mengekalkan kerajaan atau menukarkannya….

Saya bukan mengundi sekadar untuk memilih wakil rakyat pembangkang yang sedap ceramah. Saya akan mengundi parti yang diketuai oleh orang diyakini mampu menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri jika partinya menang pilihanraya.

Ibarat ” lembu dok dalam kandang doh tapi lior”

Oleh Rosli Allani Abdul

Nilaikan sendiri .

1)Imam tak dapat diwarisi.

2)Pemuda jangan hanya mengejar jawatan dan gaji lumayan

Isu ceramah Pakatan Rakyat anjuran PAS Kota Bharu di Padang Perdana Kota Bharu pada 10 Mei lepas, yang kehadirannya memenuhi padang dan lebih 5x ganda Program Solat hajat dan Ceramah Saman Hudud dan GST anjuran DUP Kelantan di tempat yang sama, begitu menjadi fokus sehari dua ini. Dan mungkin akan diheret dan ditarikan dengan melodi Islam itu Hudud dan Hudud itu Islam hingga ke pintu Muktamar PAS Pusat awal bulan hadapan.

Saya telah menjangkakannya. Apabila ada pandangan daripada jentera penerangan PAS KB yang meminta saya secara khusus memberitahu saudara Lim Kit Siang supaya tidak bercakap soal hudud, maka saya mengatakan bahawa ahli politik seperti beliau yang telah lebih separuh abad bermandi keringat dengan asakan lawan dan seteru politik beliau khususnya dari BN, termasuk dua kali menjadi tahanan ISA dengan masa tidak kurang 3tahun tempoh pemenjaraannya, beliau lebih arif dengan rentak tari politik semasa. Dan kami yakin, asasnya tetap sama iaitu perkukuh Pakatan dan Hancurkan Barisan.

1) Penegasan oleh Tuan Haji Mohamd Sabu, Timbalan Presiden PAS bahawa Agenda Perlaksaaan syariat Islam tetap menjadi agenda PAS diterima sebagai "Bersetuju untuk tidak bersetuju"di pentas politik yang kami sediakan dan itulah yang seharusnya berlaku di dalam kerukunan Meyuarat PR. Lim Kit Siang tidak memakai baju "Kami Tolak Hudud" sebagaimana sebahagian kita perlu memakai baju "Kami Menyokong TH Presiden dan MSU" sebagai penegasan kepada pndangan rasmi DAP itu, yang asasnta kerana percanggahan dengan Perlembagaan. yang pasti sekali ada ruang untuk diskusi dan toleransi.

2) Saya tidak terkejut dengan respon beberapa pimpinan muda dan juga bekas tahanan ISA yang barangkali terlalu sekejap dicelup dengan mandian seratus bunga oleh sang penguasa ISA, maka nada mereka adalah tiadak lain selain mendambakan wangian yang berterusan menjirus segenap tubuh mereka oleh Sang Pemerintah yang mencandukan mereka dengan agenda hudud dan perpaduan.

3) Ustaz Ahmad Fadhli yang hampir dilantik sebagai Senator, barangkali lupa ‘mainan orang tua” Kelantan yang menyebabkan beliau mengangkapkan kata’ MB Kelantan mungkir/tidak pegang janji’ di hadapan saya.

4)Ustaz Nik Abduh yang pada awalnya menjadi kawan baik saya, namun ungkapan beliau pada tahun 2007 yang mengatakan “Husam upah orang gojoh (Tumbuk) ana” di hadapan seorang lagi sahabat, Ropein Hassan serta mengajak saya untuk merasai keenakan kari Kepala Ikan Restoren Ratha di Raub, hingga beliau menyebut “ kalau ana berjalan dengan pemuda Pengkalan Chepa, ana tak singgah restoren ni, takut jatuh thiqah (keyakinan/kepercayaan) mereka” telah menjarakkan kami kerana saya juga ada prinsip saya.

5) Cukuplah saya katakan, di kalangan sebahagian ahli Pas ini bermuka muka itu perkara biasa, mengadu domba itu menjalar ke segenap tubuh tanpa merasai bias bias pada tubuh dan hubbuddunya/ kecintaan pada dunia itu menghasilkan’ dunia ana yang punya’ seumpama ombak yang telah menghempas pantai menghasilkan buih buihan dan bunyi yang mengganggu keharmonian pantai yang tenang. Barangkali peringatan Rasulullah berkenaan Wahn itu terpakai untuk orang yang mendengar kuliah sahaja. Bukan kepada penerima sampul dan habuan yang diterma untuk ke sekian kalinya.Itu cerita lama. Dulu budaya sampul, sekarang budaya terima wang berkotak pula menjadi impian dan harapan. Kita negeri memerintah.

6) Mengapa tidak mengambil langkah berdialog dan program penerangan secara berkala? Sejauh mana kita mengambil langkah mengurus perbezaan ini secara tertutup? Saya ibaratkan seperti ungkapan seorang anak pimpinan bahawa” lembu dok dalam kandang doh tapi lior” yang akhirnya beliau tidak jadi berkahwin dengan anak seorang lagi pimpinan kerana dirasakan tidak mampu untuk mengurus perbezaan yang ada. Bezanya, berusaha atau tidak.

7) Ketetapan Muktamar sejak dari Mukatamr di Ipoh 2009 yang memutuskan untuk PAS segenap peringkat memperkukuhkan Tahaluf Siyasi ini nampaknya menjadi agenda terakhir dalam kesibukan para pimpinan dan penceramah kita.

8) Bila PAS Kota Bharu mengambil initiatif ini dengan harapan tiada ungkapan perpisahan menjadi agenda utama perwakilan perwakilan selain daripada agenda pemilihan pada tahun ini, maka ianya satu hasrat murni untuk tujuan penegasan akan keperluan pengukuhan itu, kerana nada kita dalam PRk PRk yang baru lepas yang kelihatan’ lari tune’ nya, terhenjut henjut enjin kereta kerana Piston2 yang tidak bergerak seiringan, hampir pasti melarikan penumpang penumpang, bahkan lembu lembu yang berkeliaran di tepi jalan dek terkejut dengan lompatan demi lompatan itu.

9) Kami bersedia berdialog dan bersemuka dengan sesiapa saja yang berasa terhina, namun jangan lah komen komen liar seperti anak derhaka yang menghiasi ruang maya ini mengotorkan jari jemari anugerah Ilahi dan merosakkan tautan hati yang sebelum ini bertaut di atas kalimah dan kekuatan yang selamanya tidak akan terobek, kecuali bila meletakkan kepentingan diri di hadapan.
Ayuh Perbetulkan, Bersama Kita Rapatkan Saf demi Islam dan Perjuangan
Rosli Allani Abdul

PAS nak ke mana ... ?

Oleh Md Zulaimi

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan keputusan PRU13 pd 2008 cukup memberi tamparan
hebat kpd UBN. Anwar berjaya merapatkan Pas dan Dap...dua parti yg berbeza dasar perjuangan dan inilah yg menakutkan UMNO. Sekali lagi Anwar dipalitkan isu moral sexual bertimpa2 dgn tujuan utk menghalang kemaraan PR tp pru13 pada tahun 2013 hampir2 UBN tetsungkur dgn undi popular labih rendah dr PR.

Namun UBN memiliki jentera penyelidik yg kuat dan mereka tetap mencari jalan untuk pecahkan PR...mereka mendapat point paling kuat utk pecahkan PR selepas dilihat Pas mulai goyah selepas isu MB Selangor iaitu hudud.

Tidakkah kita terfikir kenapa tiba2 UMNO minat dgn hudud di Kelantan dan berjanji akan beri sokongan. Jamil Khair telah diberi petanan utk bagi tuba pada Pas maka wujudlah jawatankuasa bersama kelantan dan pusat. Kenapa Terengganu diketepikan sdgkan Tetengganu tlh diluluskan dalam sidang DUN?

Buta dan pekakkah kita mainan UMNO tersebut?

Akhirnya UMNO berjaya menyamarakkan api semangat hudud dlm beberapa kerat ulamak Pas dan perang pun bermula bukan setakat dgn PKR dgn UMNO malah dgn beberapa pemimpin Pas yg nampak tidak berapa setuju dgn cara kita bawa hudud.

Label munafik, jebon dan mcm2 lagi yg tak sepatutnya dituju sama2 ahli jamaah sdh jadi ratib malah isu hudud ini telah dijadikan bullet utk menyingkirkan kumpulan prograsif.

Jarum UMNO sdh berjaya tapi apakah hudud berjaya?

UMNO sdh tunjuk wajah sebenarnya bila private bill yg dibawa ole Presiden Pas dilengahkan oleh UMNO dan gagal dibawa dlm sidang lepas.

Satu lagi...apa yg nak dibaea adalah untuk pinda akta yg bersangkutan rotan yg dibolehkan sehingga 100 rotan...ini berkaitan hukuman rotan, bagaimana kesalahan mencuri yg hukumanya potong tangan?

Tgk cara UMNO main, akhirnya Pas akan jadi lebai malang. Saya yakin UMNO hanya tunggu selangkah lagi iaitu slps muktamar dan kita tidak terkejut dgn isu hudud shj perwakilan akan putuskan kekuar dari PR tambahan lg TGNA sdh tiada lagi sbb hanya suara TGNA saja blh halang srmua ini. Sebaik shj muktamar putuskan keluar PR atas aladan PKR dan DAP tolak hudud maka Pas akan tinggal bersendirian...UMNO akan tarik balik tgn yg dihulur sbb itulah UMNO yg TGNA sampai mati tak percaya pada UMNO...

Pas nak.kemana selepas itu?

Sama2.kita pejam mata dan pakat bayang apa akan berlaku selepas ini. Apakah selepas muktamar nanti Pas keluar PR dan sedikit rombakan dlm pentadbiran negeri Selangor dan Penang?
 Dan Pas berwajah baru selepas bulan Jun nanti akan berjaya meraih sokongan rakyat? Wassalam.

Ahmad Awang turut bersama rakyat bantah GST

Melihat kesediaan Ahmad Awang untuk sama-sama berarak bersama puluhan ribu rakyat membantah perlaksanaan cukai GST semalam, teringat saya kepada komitmen sama arwah Fadzil Mohd Noor yang jarang mis menyertai tunjuk perasaan membantah sesuatu isu.

Peristiwa paling terlekat dalam mata saya ialah perarakan besar-besaran di Kesas Highway, di mana arwah mengepali rally berkenaan dan beliau sendiri disembur gas pemedih mata.





 Apakah Ahmad Awang akan mempusakai keberanian dan komitmen tinggi Allahyarham?

 Syabas kepada Ahmad dan para pemimpin lain yang berkolobrasi dengan rakyat. Horas.

Wassalam Mso.

Perbezaan ketara antara Ust Fadzil dan Hj Hadi

Oleh alhusseyn51

Antara dua orang Presiden PAS yang pernah menerajui PAS, ada perbezaan yang sangat ketara antara
keduanya! PAS tidak pernah mengalami kemelut dalaman yang sebagaimana hari ini dibawah Hj Hadi. PAS begitu dihormati ketika era kepimpinan Almarhum Fadzil Noor.

Sebelum ini kedudukan presiden tidak pernah dicabar oleh sesiapa pun. Tapi kenapa kali ini kedudukan Hj Hadi sebagai presiden telah mula ada yang mencabarnya? Ini adalah kerana sudah ada yang merasakan PAS perlukan perubahan.

Mereka merasakan Hj Hadi ada banyak kelemahan walaupun ada suara yang cuba mengagungkannya sebagai olamak taraf donia!

Bukti kelemahan yang ada pada pucuk pimpinan ialah lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah parti hingga keadaan semakin kalut seolah-olah PAS tidak ada mekanisma untuk menyelesaikan masalahnya sendiri.

Macam mana mahu menyelesaikan masalah ummah dan negara kalau begini keadaan kita? Ternyata PAS memerlukan perubahan di peringkat kepimpinan parti kalau mahu PAS terus berada di persada politik tanah air.

Kenapa setiap kali ada PRU atau PRK, PAS sering menimbulkan angkara yang seolah-olah mahu mensabotaj rakan sendiri dan sebaliknya menguntungkan Umno?

Kita kini sedang berhadapan dengan dua PRK- Parlimen Rompin dan Permatang Pauh.

Kita tidak gaduh apa-apa pun di Rompin tetapi bukan main kecuh kita sesama sendiri di Permatang Pauh.
Adakah ini kerana PKR yang menjadi calon di Permatang Pauh?

Ada pendapat mengatakan, kalau Yusni Mat Piah yang menjadi calon di Permatang Pauh, tentu kerja-kerja berjalan licin dan lancar tidak ribut-ribut begini.

Ketika saya terbaca status seorang sahabat blogger, secara spontan ianya mengingatkan kita semua perihal peristiwa sewaktu PRU-13 yang baru lalu; dimana telah berlaku pertandingan 3 penjuru di beberapa kawasan.

Bagaimana ini boleh berlaku kalau bukan oleh angkara Tuang Presiden! Atas restu presiden, dimana beliau sendiri telah mengeluarkan watikah untok melantik calon bidan terjun, bukan melalui Setiausaha PAS Pusat sebagaimana yang lazimnya.

Sahabat saya, Cenangau Daunkari menulis berikut :

Ketegasan dan aura Allahyarham Ust Fadzil sebagai Presiden PAS. Aku ingat lagi masa PRU1999, DUN Kuala Kurau berlaku pertandingan 3 penjuru bila 'bakal calon bebas' tiba2 dapat watikah sebagai calon PAS.
Jentera Pilihanraya buat keputusan sebulat suara Dan berkeras tak benarkan calon tarik diri walaupun keputusan Majlis Pimpinan Barisan Alternatif calon utk kerusi tu milik Parti Keadilan Nasional.
Tapi bila Presiden PAS sendiri telefon markaz dan bercakap sendiri dengan Pengarah Bilik Gerakan dan dengan tegas arahkan calon PAS tarik diri, pengarah bilik gerakan yang cukup keras pun jadi kelu, terpaksa akur dan panggil mesyuarat Jentera Pilihanraya untuk buat keputusan calon PAS Dun Kuala Kurau tarik diri.
Bila allahyarham Ust Fadzil sendiri yang bagi arahan direct ada yang berani nak sanggah?

http://alhusseyn51.blogspot.com

Tertarik Dengan Sikap Ustaz Ahmad Awang

Oleh Ahli Perihatin 

Saya mula tertarik dengan sikap Ustaz Ahmad Awang adalah bagaimana dia menanggani krisis di N
egeri Perak dulu. Kalau bukan kerana dia awal awal lagi PAS sudah menjadi sebahagian dari UMNO-BARU. Ketika itu sudah pasti nama PAS akan berubah kepada PAS-BARU.

Kenyataan Dato' bahawa krisis dalam PAS kini bukan kecil tetapi semakin membara ada lah benar. Kalau benar PAS masih berlandaskan Al-Qur'an dan Al-Hadis sudah pasti perbuatan mencetak buku dan "T"-shirt untuk memburuk kan sebahagian para pemimpin tidak akan berlaku.

Sebelum ini semasa muktamar di Negeri Johor perbuatan 50 orang pemuda yang bertindak keluar dari dewan semasa saudara Mat Sabu sedang berucap merupakan satu tindakan yang biadab.

Begitu juga dengan perbuatan menghinzir buta seorang peserta yang membaca "DOA LAKNAT" yang di tuju khas kepada para pemimpin yang tidak berkenan di hati nya juga merupakan satu perbuat yang "SIAL dan MALANG" buat PAS.

Tambahan bila presiden sendiri tidak meneggur atau di ambil apa apa tindakan. Yang terbaru, kekalahan Ir Nizar ada lah kerana surat layang yang tak di ketahui siapa penulis nya kerana "TAK BERANI" menyata kan nama nya.

Perbuatan bomoh melayu berkehendak kan agar TUANG Presiden yang ada sekarang agar di kekal kan membawa maksud yang tersirat.

Sebagai kaki internet aku mendapat banyak maklumat mengapa Negeri Terengganu dan Kedah tersungkur. Untuk tidak menguris perasaan se seorang aku tinggalkan kepada para pembaca untuk merumuskan nya.

Dek kerana itu aku sudah tidak aktif lagi dalam sebarang aktiviti PAS yang aku ceburi sejak dari tahun 1982 dan mungkin mencari jalan keluar selepas keputusan muktamar di umum kan nanti.

My Blog List

Blog Archive

.