Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.
Pemimpin
progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini
mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja
mereka pergi akan menerima sambutan hangat.
Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang.
Pemimpin yang ditampilkan setakat ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid
Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta. Mat Sabu menjadi tumpuan utama.
Ceramah
beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu
orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS
yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak
mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik
tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.
Perkara
yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar
dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin
mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman
rejim Mahathir.
Mulai
5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan,
Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur
untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa
100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran
penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.
Dalam
setiap destinasi ceramah Anwar, pendengar bertambah dan penyokong yang
menentang Mahathir semakin padu. Akhirnya gelombang itu diterjemahkan ke
peti undi pada pilihan raya umum 1999. Umno ditolak Melayu. Barisan
Alternatif mendapat 60 peratus sokongan Melayu.
Gelombang
yang mengiringi Mat Sabu kelihatan hampir sama hebat seperti mengiringi
Anwar. Ceramah kedua di Kota Bharu 15 Jun lalu dihadiri oleh ribuan
penyokong dan rakyat biasa yang ingin tahu perkembangan politik PAS.
Tidak
mustahil jelajah Mat Sabu ke seluruh Semenanjung akan menghimpunkan
gelombang politik yang lebih besar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan
gambar hadirin yang menghadiri ceramah Naib Presiden PAS Ustaz Idris
Ahmad di Seremban beberapa hari sebelum itu. Hanya 30 orang.
Berbeza
dengan Umno pada 1998 yang mempunyai polis untuk menyekat kemaraan
Anwar yang dikhuatiri mencetus revolusi seperti di Indonesia, PAS tidak
mempunyai polis dan penjara untuk menyekat Mat Sabu.
Tidak
dapat ditolak kemungkinan dalam sebulan dua daripada sekarang akan
berlaku revolusi dalam PAS. Pimpinan ulama yang berkonspirasi menyingkir
puak profesional tentu tidak menjangkakan Mat Sabu akan melancarkan
siri jelajah. Mereka juga terkejut begitu ramai ahli PAS yang tidak
walak mendengar ceramah bekas presiden parti itu.
Kini,
segalanya sudah terlambat. Mat Sabu akan mencetuskan apa yang
dicetuskan Anwar 17 tahun lalu. Ketika itu PAS menumpang gelombang
tersebut untuk meraih populariti. Hari ini, Pakatan Rakyat boleh
menumpang gelombang profesional PAS untuk menerangkan isu-isu semasa.
Gelombang
penolakan terhadap puak ulama PAS ini akan menjadi gelombang besar
menolak BN.
Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.
Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.
0 comments:
Post a Comment