Oleh Fathi Aris Omar
Musuh kita, kalaulah boleh kita anggap "musuh",
bukanlah kerajaan, Umno, orang politik, agamawan, hiburan, Pakatan
Rakyat, Isma, media atau Perkasa.
Musuh kita itu, yang
sebenar-benarnya, kebodohan, pembodohan dan kejahilan.Tidak kisahlah
dari mana sumber pembodohan itu, kita harus menentangnya.
Tetapi
jika kebodohan dan kejahilan itu datang dari dalam diri sendiri, maka
kita harus berani berdepan! Jangan cuba mengelak dan lari.
Kebodohan dan kejahilan selalunya bersarang di dalam diri dan inilah musuh utama kita.
Sementara pembodohan yang dipaksakan ke atas kita, sama ada sengaja atau tidak, juga musuh yang wajib diperangi.
Tetapi kita tidak boleh memerangi pembodohan kalaulah kita sendiri dibelenggu kebodohan.
Memang ada kemungkinan besar kerajaan, Umno, orang politik, agamawan,
hiburan, Pakatan Rakyat, Isma, media atau Perkasa menyebarkan kebodohan
dan pembodohan.
Tetapi mereka ini semua hanyalah lambang atau
isyarat kebodohan dan pembodohan yang lebih lebar dalam masyarakat,
termasuk diri kita sendiri.
Diri kita yang bodoh, yang bersetuju
dengan pembodohan, atau diri kita yang tidak sanggup berdepan,
membongkar projek pembodohan itu.
Tidak ada lagi makhluk yang
paling tidak berguna selain orang-orang baik dan pandai tetapi berdiam
diri, rela membiarkan keburukan berkembang di sekelilingnya.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment