PASCA MUKTAMAR Get our latest posts by subscribing this site

GHB Bukan Parti Serpihan PAS - Asmuni

Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah satu parti baru dan bukan parti serpihan PAS yang ditubuhkan individu kecewa dengan kekalahan pemilihan parti PAS.

Penyelaras Sementara, GHB Perak, Asmuni Awi menegaskan GHB adalah satu parti politik baru yang diwujudkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Pembangkang dengan tujuan meneruskan agenda Pakatan sebelum ini.

Menurut beliau GHB mempunyai visi yang berlainan dan bertujuan untuk mewujudkan sebuah pakatan pembangkang yang baharu selepas PAS menamatkan hubungannya dengan DAP.

“Kita mempunyai visi kita tersendiri, di mana atas kegagalan Pakatan Rakyat (PR) ekoran kemelut DAP dan PAS, kita melihat perlunya parti politik Islam baharu untuk memenuhi salah satu kekosongan di dalam PR.

“Kalau nak cakap GHB merupakan ahli PAS yang kecewa itu tidak benar, saya merupakan pengerusi pemilihan PAS tetapi memilih untuk meninggalkan PAS. Saya ambil keputusan memilih GHB, ada juga beberapa ahli PAS berjawatan memilih GHB,” katanya ketika ditemui Peraknews pada Jumaat di Ipoh.

Tambah beliau, penubuhan GHB turut mengambil pandangan beberapa pihak termasuk parti politik lain yang bersependapat perlunya diwujdukan parti politik Islam baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat sebelum ini.

Justeru itu, kata beliau dakwaan GHB hanya akan menjadi kuda tunggangan terbaru DAP dalam pentas politik negara adalah tidak berasas.

“Visi GHB adalah untuk ke pangkal perjuangan PAS iaitu menjadi sebuah parti insklusif dan parti yang boleh diterima masyrakat bukan Islam supaya kita dapat kembangkan dakwah Islamiah dan bukan berjauhan dengan mereka.

“Buat masa ini parti yang saya (PAS) sertai lebih 20 tahun lalu sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal. Apa sekalipun tomahan yang dilemparkan kita tak kisah, kita hanya akan menfokuskan kepada visi yang ditetapkan,” ujarnya.

Asmuni yang juga merupakan bekas Bendahari PAS Pusat turut mempersoalkan tindakan beberapa kepimpinan PAS baru-baru ini yang tidak jemu menghentam parti GHB.

“Itu yang kita kesalkan sepatutnya selepas mereka berjaya menyingkirkan orang-orang yang mereka tidak kehendaki, sepatutnya mereka bergembira.

“Dahulu diistilahkan sebagai “Babi Hutan”, “Semak Samun” dan “Sekular” sudah tidak ada lagi di dalam PAS jadi apa yang mereka hendak bimbangkan? Biarkan kami teruskan agenda kami dan mereka boleh teruskan agenda mereka,” tegasnya.

GHB: Pimpinan perlu bertemu, dengar luahan

Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki mengharapkan agar pimpinan
tertinggi dapat mengadakan pertemuan dengan pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang kini masih merupakan ahli parti itu.

Menurutnya, para pimpinan hendaklah bertemu dan berdialog dengan mereka agar dapat mendengar luahan dan sisi pandang daripada mulut mereka sendiri. Kata beliau, pertemuan secara mahabbah adalah kaedah terbaik untuk menyelesai permasalahan dan mencari jalan penyelesaian berbanding tindakan terus menyerang antara satu sama lain.

 "Kami berharap pimpinan dapat bertemu dengan pimpinan GHB yang bukan asing bagi PAS, mereka adalah bekas-bekas pimpinan tertinggi parti Islam ini.

 "Tindakan melabel mereka-mereka itu dengan pelbagai gelaran negatif termasuklah pengkhianat, petualang, munafiq dan sebagainya bukanlah satu langkah bijak untuk mendamaikan," katanya kepadah Harakah 20 Julai lalu. 

Mohd Misbahul menjelaskan, pimpinan PAS yang menyertai GHB tetap sahabat yang mungkin agak kecewa dengan situasi berlaku di dalam parti itu ketika ini, ia perlu dimuhasabahkan oleh semua pihak. Ujarnya, semua pimpinan yang telah lama 'bergelumang' di dalam PAS itu perlu diberikan peranan untuk menguatkan parti, bukan hanya seorang dua sahaja.

 "Mereka tetap sahabat kita semua yang agak kecewa dengan situasi yang berlaku, mereka hanya kurang sabar untuk tumbangkan Umno-BN.

 "Semua ahli hendaklah bersabar dan berdoa agar pimpinan utama PAS mengambil langkah yang bijak bagi mengatasi isu ini," jelasnya lagi.

 Sekiranya sememangnya mana-mana itu tidak diperlukan di dalam PAS dan boleh menimbulkan masalah kepada parti, beliau menyarankan agar mereka dibiarkan untuk menentukan jalan lain mengikut matlamat dan cita-cita politik masing-masing. 

Tambahnya, ahli dan pendokong yang kekal di dalam PAS diharap dapat terus istiqamah di dalam perjuangan dan berusaha untuk tidak bersama-sama terbabit dalam konflik yang melanda.

G18 'samurai' baharu Pakatan Rakyat

ALOR SETAR - Parti baharu yang bakal ditubuhkan hasil cetusan idea gabungan Pasma dan kumpulan bekas pimpinan Pas, G18 diibaratkan sebagai samurai baharu kepada politik pembangkang.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, istilah itu diberikan kerana pemimpin berkenaan mempunyai semangat ‘kamikaze’ iaitu sanggup mati dalam Pas, asalkan hidup bersama PR.

“Penubuhan parti baru memang diperlukan pada masa ini. Pas semestinya tidak berapa gemar kelompok yang tewas terus popular dalam parti itu.

“Jadi penubuhan parti baru hasil gabungan Pasma dan G18 cukup relevan dan platform bagi mereka terus aktif mewarnai demokrasi Malaysia,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu membolehkan kumpulan yang tewas tidak terus pencen dan boleh melontar pandangan termasuk kritikan bernas terhadap Pas.

“Pas harus berlapang dada kerana saya yakin Pasma dan G18 mampu memberi impak besar kepada politik pembangkang dan negara.

“DAP dan PKR harus beri bantuan khas kepada penubuhan parti baru itu jika benar kelompok itu membawa harapan baru kepada politik pembangkang,” katanya.

Beliau turut meramalkan, penubuhan parti baharu memberi kelebihan terhadap usaha liberalisasi politik negara.

“Saya melihat kehilangan Mat Sabu (bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu) dan rakannya yang saya gelar samurai dalam Pas sebelum ini beri kesan besar kepada Pas.

“Apatah lagi sikap mereka ini berani melontarkan isu sering menarik perhatian umum pada Pas bagi mempopularkan parti itu kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Md Shukri berkata, kehilangan G18 dalam Pas akan menyebabkan parti itu kembali konservatif dan stereotaip -Sinar Harian

PAS Perak Pasti `tidak Lena Tidur'

OLEH: JOHARI JAAFAR (Bekas Wartawan Harakah)

IPOH: Kemunculan parti baru yang dijangka selepas Aidil Fitri ini diramalkan akan menggegarkan politik di negeri Perak, sekaligus PAS di negeri ini dilihat akan terkesan dengan dengan kelahiran parti baru ini.

Gelombang gerakan harapan baru ini telah disambut oleh rakyat di negeri ini dengan menyokong Gerakan Harapan Baru apabila satu majlis perjumpaan diadakan di sini pada 1 Julai lalu yang dihadiri oleh wakil wakil dari seluruh kawasan di negeri ini.

Turut hadir dan memberikan ucapan Bekas Exco Kerajaan Pakatan Perak, yang juga Naib Pengerusi Gerakan Harapan Baru Negeri Perak ,Haji Mohd Zainududin Yusuf.

Hadir sama memberikan ucapan seorang lagi Naib Pengerusi GHB Negeri Perak, yang juga mantan Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Dato' Abdul Malik.

`Orang kuat' Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Encik Nelli Raja turut juga berkonsi pandangan dan akan bersama dengan gerakan tersebut.

Bekas Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Negeri Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin (Rahim Cheng).turut serta beberapa orang peguam yang sebelum ini aktif dalam PAS di negeri ini.

Perjumpaan pada 1 Julai lalu adalah pertemuan yang kedua kali bagi Geeakan Harapan Baru peringkat negeri ini.

Beberapa lagi pertemuan dan dialog dipercayai akan dilakukan sebelum kemunculan parti baru selepas Aidil Fitri ini.

Bekas ADUN Lubuk Merbau, Zainudin Yusuf berharap kewujudan wadah baru ini akan mendapat sokongan rakyat, kerana itu gerakan penerangan kepada masyarakat umum perlu bermula dari sekarang.

Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru peringkat negeri ini telahpun diwujudkan dan disusun yang melibatkan wakil -wakil dari 24 kawasan di negeri ini.

Beberapa program telah pun disusun untuk menyemarakan lagi gelombang politik negeri ini.

Tokoh tokoh politik yang berpengaruh dijangka akan turut bersama wadah baru ini dan ini pastinya memberikan `pukulan hebat' kepada PAS Perak.

Antaranya ialah Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaludin, Bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak Asmuni Awi, Mantan Setiausaha Pakatan Rakyat yang juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Tambun, Dr Khairuddin Dato Malik, Haji Zainuddin Yusuf, bekas Exco Agama kerajaan Pakatan Rakyat.

Kehadiran Nelli Raja selaku Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak dengan memberikan sokongan kepada parti baru yang akan muncul nanti sudah cukup memberikan tamparan kuat kepada PAS.

Dalam ucapannya beliau mencadangkan agar parti baru ini membuka keahlian kepada bukan Islam, dan bukannya dalam bentuk sayap dewan penyokong parti sahaja.

Dewan Penyokong PAS Perak sebelum ini berperanan cukup memberangsangkan dalam memberikan kemenangan kepada calon calon PAS dalam pilihanraya umum.

Sokongan diberikan Nelli sebagai Ketua Himpunan Penyokong PAS Perak setidak tidaknya langkah PAS Perak pastinya `tempang' untuk menghadapi pilighanraya umum ke 14 akan datang.

Dr Khairudin Dato Abdul Malik dalam ucapannya menggesa jawatan yang dibentuk di seluruh kawasan agar berusaha menarik seramai mungkin ahli ahli PAS masyarakat umum menyertai parti baru yang akan muncul sedikit masa lagi.

"Kita tidak bermusuh dengan PAS dan ahli ahlinya, apa yang kita sampaikan perlunya mereka bersama kita dalam perjuangan baru bermula dan parti baru yang akan wujud selepas hari raya Aidil Firti nanti," ujar beliau.

Rakyat negeri ini termasuk ahli- ahli PAS perlu mendapat penerangan yang jelas mengenai hala tuju parti baru agar mereka juga merasakan perlunya mereka terlibat sama mendokong hasrat Pakatan Rakyat.

PAS tidak seharusnya mendendangan `lagu lama' dengan menyatakan parti baru akan terkubur saperti mana parti HAMIM dan Berjasa kerana suasana politik masa kini dan mendatang tidak saperti dulu.

Saperti yang diucapkan oleh Dr Khairudin, parti baru bersama Pakatan Baru akan kembali menerajui Perak pada pilianraya umum ini, bukanlah satu angan angan kosong yang tidak berpijak dibumi nyata.

Ianya ada kebenarannya tambahan pula gelombang rakyat untuk meletakkan Umno dan BN ke`liang lahat' kian kuat PAS Perak pastinya akan mengalami `mimpi ngeri' dalam pilihanraya umum akan datang.

Rakyat negara ini khususnya warga negeri Perak akan menyaksikan parti mana yang `tenggelam. dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.

PAS tidak dapat diselamatkan lagi

OLEH ANISAH SHUKRY

Apabila Muktamar Tahunan meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, ketidakadilan keputusan itu menyebabkan anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil, 38, mula bersuara.

Faiz, seorang peguam, pada hari itu mempersoalkan pengerusi muktamar tentang alasan PAS - parti yang disebut-sebut memperjuangkan idea Islam - menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting.

"Saya marah pada hari itu. Sebagai peguam dan anak yang dibesarkan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip Islam, saya tak dapat terima mereka menafikan hak asasi kami untuk bersuara.

"Jadi saya lawan mereka, mereka yang mendakwa berjuang melawan kerajaan yang menentang demokrasi, tetapi melakukan perkara yang sama," kata Faiz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini. Namun gesaannya tidak didengari, usul diluluskan dan selepas sebulan, seluruh negara menyaksikan parti terbesar Islam negara itu mula berantakan.
Bagi Faiz, muktamar baru-baru ini menandakan kematian visi PAS yang diilhamkan ayahandanya - daripada halangan bercakap terhadap perwakilan sehinggalah kepada kempen memburukkan sesama sendiri yang menyaksikan satu puak mengawal keseluruhan parti.

Ia membuka matanya kepada hakikat PAS sebagai sebuah parti inklusif yang berjaya memenangi sokongan dan penghormatan orang Islam dan bukan Islam - kini tidak dapat diselamatkan lagi.

Sebaliknya, PAS hanya merupakan bayang-bayang silam masa lampaunya yang gemilang, terkekang dalam retorik ucapan, dan jauh dari realiti politik dan keperluan rakyat, kata Faiz.

Dan ini dapat dirasai semua ahli PAS kerana barisan kepimpinan baharu pro konservatif mengambil alih parti menerusi cara yang tidak demokratik, katanya.

Ia termasuklah berkempen menerusi kuliah agama, memfitnah golongan progresif sebagai "liberal", "anti-hudud" dan "agen DAP"; mempunyai sokongan media milik Umno, dan mengedarkan 'cai' kepada perwakilan sebelum mengundi.

Namun semua kempen ini selama sebulan menyaksikan tiada satu perkara baru pun terbit dari barisan kepimpinan baru yang disanjung-sanjung selama ini, kata Faiz.

"Ia tiada hala tuju, idea segar dan kebanyakan cawangan tidak berfungsi - sama ada mereka memberontak atau hilang arah. Dan Pakatan Rakyat, PAS kini terumbang-ambing. Tiada siapa yang tahu situasi terkini parti."

Kecewa dengan wajah parti yang satu masa dahulu dipimpin ayahnya, Faiz kini menyangkutkan harapannya pada satu parti baru yang diusahakan kumpulan G18 - kumpulan pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan bulan lepas.

"PAS kini tidak dapat diselamatkan lagi. Kita perlukan parti baru bagi mengisi lompang yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Rakyat, dan menyelamatkan ahli-ahli PAS yang putus harap dengan parti.
"Ia akan menjadi parti buat pengundi yang menyokong prinsip-prinsip Islam, kerana kita sekarang tidak dapat berharap kepada pemimpin PAS melawan Umno.

"Ia akan menjadi berpaksikan prinsip-prinsip pentadbiran berasaskan Islam, tetapi tidak seperti PAS, ia berpijak di bumi nyata."

Beliau tidak merasakan meninggalkan PAS mengkhianati warisan ayahnya. Sebaliknya, PAS yang sebenarnya mengkhianati pemimpinnya yang terdahulu dan nama Islam, katanya.
Contohnya, ahli-ahli PAS kini menyebut-nyebut istilah Arab 'wala', yang bermaksud taat kepada pemimpin, bagi mengutuk pemimpin progresif yang kritikal terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tapi masa ayah saya, anda tak akan dengar pun istilah “wala” digunakan bagi merujuk kepada pemimpin kami. Semua orang boleh mengkritiknya, dan beliau sebaliknya perlu menjelaskan tindakannya kepada ahli."

Menurut Faiz istilah itu tiba-tiba popular tahun lalu bagi meraih sokongan di kalangan ahli bagi menyokong Hadi yang membangkang keputusan PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Menurutnya, ketaksuban pemimpin PAS dengan hudud kini terpesong, memandangkan perbincangan tentang undang-undang jenayah Islam itu sia-sia kerana rintangan perundangan dan sosial yang begitu banyak.

Menurut Faiz, PAS masuk perangkap Umno dengan memperjuangkan hudud sekali gus menjauhkan sekutunya DAP dan PKR, yang kedua-duanya mempunyai hak mengkritik cita-cita parti Islam itu.
"Semua ini agenda Umno selepas mereka hilang majoriti dua pertiga buat pertama kali pada tahun 2008. Mereka dapati menyasarkan PAS adalah strategi paling ampuh bagi memecahkan PR," kata Faiz.

Parti Islam baru ini kata Faiz tidak akan terlalu idealistik mahupun naif seperti PAS.

"Kita tidak akan hanya bercakap tentang prinsip-prinsip Islam tetapi membuktikannya. Parti baru ini akan realistik, berdaya saing, dan memperjuangkan hak rakyat.

"Ia juga akan benar-benar fokus kepada mengambil alih Putrajaya. Kerana tiada hunanya menjadi parti berasaskan Islam jika tiada kuasa berbuat apa-apa. Lebih baik jadi satu NGO Islam sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Faiz kurang berminat dengan kuasa dan mahu berada di belakang tabir pembentukan parti baru itu asalkan G18 terus memimpin berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Namun jika mereka tersasar, beliau juga tidak akan teragak-agak bersuara, seperti dilakukannya sebulan lalu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Harapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya

Kumpulan progresif dalam PAS - yang kini digelar Gerakan Harapan Baru - bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.

Hampir semua pemimpin progresif - kecuali Mazlan Aliman - gagal mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu.

Secara keseluruhan PAS kini dikuasai oleh kumpulan konservatif.

Mohamad berkata, mereka mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas Pakatan Rakyat dianggap terbukur dengan terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata perhimpunan itu adalah yang pertama daripada siri yang dirancang bermula selepas Aidilfitri nanti.

"Janji untuk membentuk gabungan baru adalah realiti, bukan angan-angan," katanya  ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Mohamad, mereka akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

"Kita juga akan jelaskan bagaimana bentuk gabungan itu nanti," katanya.

Faiz Fadzil: Kepimpinan PAS kini 'agak tertutup'

Sekalipun perjuangan PAS masih lagi berpaksikan kepada Islam, namun parti itu kini telah melencong daripada landasan yang dibina oleh bekas presiden Allahyarham Datuk Fadzil Nor.

Faiz Fadzil -anak kelima tokoh PAS yang meninggal dunia pada 2002-  berkata sikap terbuka yang dijunjung oleh ayahandanya membuahkan hasil apabila meletakkan parti itu dalam politik arus perdana negara.

"Sekarang PAS mundur, tertutup dan saya percaya beliau tak gembira kerana (dalam) kenyataannya dan ucapan muktamarnya, memang dia menekan PAS harus terbuka.

"Beliau menekan PAS perlu tahaluf dengan parti politik lain sebab PAS tidak akan memang jika berjuang sendiri.

"Ini tidak meletakkan PAS berjuang di luar orbit Islam tetapi jangan sempitkan Islam kepada hanya hudud hukum," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.

Faiz, 38, berkata strategi yang dilaksanakan oleh PAS sekarang, susulan kemenangan kumpulan konservatif sebagai pemimpin parti, membawa PAS mundur seperti yang berlaku pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Beliau yang juga seorang peguam berkata kepimpinan PAS sekarang dilihat "agak tertutup" dan hanya memfokuskan isu agama tanpa melihat kepada kepentingan bersifat terbuka kepada semua kaum dan realiti masyarakat majmuk.

Bagaimanapun Faiz - berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa - berkata sebelum ini PAS dicop sebagai parti kampung tetapi sejak lewat 1980-an, berlaku anjakan strategi lebih terbuka dengan kemasukan profesional, seterusnya mengadakan tahaluf siyasi dengan parti lain sehingga membentuk kerajaan.

Khalid tegur PAS jangan jadi eksklusif

Oleh Malaysiakini

PAS akan dilihat sebagai parti teokratik dan autokratik jika terus menjadi eksklusif dengan merekrut anggota dari kalangan yang berkelulusan pengajian Islam, tegas MP Shah Alam Khalid Samad.

Dalam tulisan terbaru di blognya hari ini, Khalid berkata pemimpin dari kumpulan profesional memberi amaran berhubung kecenderungan  sikap eksklusif yang semakin meningkat, yang menolak ahli yang bukan ulama.

Beliau berkata perkara tersebut bercanggah dengan ajaran dan sikap yang ditunjukkan oleh bekas mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menekankan kerjasama antara ulama dan profesional dalam parti.

Khalid menegaskan sikap tersebut akan menyebabkan masyarakat menjauhkan diri daripada PAS.

Akibatnya, PAS akan gagal dalam tugasnya sebagai sebuah parti politik, yang seharusnya bersikap terbuka dan bertindak adil kepada semua pihak, katanya.

"Sedangkan bukan itu kehendak Islam atau pun kehendak PAS itu sendiri," katanya sambil menambah parti itu sepatutnya mengambil ahli tanpa mengira latarbelakang kelulusan agama.

Beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata kebenaran ucapan seseorang sepatutnya berdasarkan perbahasan berbanding statusnya sebagai ustaz.

Menurutnya lagi, sikap inklusif yang membuka pintu kepada individu yang tidak berkelulusan pengajian Islam, sepatutnya dijunjung dalam parti.

'Tindak tanduk pemimpin PAS malukan Islam'

Oleh Zikri Kamarulzaman

Kepimpinan PAS sekarang tidak mewakili sebuah parti politik Islam yang sebenar, dan juga kadang kala memalukan agama itu, dakwa bekas seorang pemimpin parti itu

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata perkara tersebut disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin-pemimpin parti.

"Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah tanduk yang tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar.

"Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam," katanya.

Dr Hatta berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam parti, tetapi beliau tidak melihat sebarang usaha serius untuk membetulkan keadaan.

"Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama," kata bekas pengarah pilihan raya PAS pusat.

Sementara itu, diminta mengulas bagaimana PAS dikatakan memalukan Islam, MP Shah Alam Khalid Samad memberi contoh antara lain keputusan PAS bertanding di Kota Damasara yang menjadi kerusi PKR sejak pilihan raya umum 2008.

Pengerusi PSM Nasir Hashim sepatutnya mempertahankan kerusi DUN bagi penggal kedua atas tiket PKR, namun PAS meletakkan calon menjadikan pertandingan enam penjuru dan akhirnya dimenangi BN.

"Nasir adalah ADUN dan tidak ada rungutan terhadap beliau sejak lima tahun kemudian tiba-tiba pada 2013, PAS letak calonnya sendiri dan tidak memberi penjelasan sebabnya, di samping mengkritik sosialisme, dan begitu dan begini," katanya kepada Malaysiakini.

Langkah itu telah dilabel sebagai pengkhianatan PAS, dan menyebabkan parti itu dikritik hebat.

Parti baharu harus mula dengan orang Islam sahaja

Susulan heboh diperkatakan sebuah parti politik baharu mungkin dibentuk oleh pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mempertimbangkan isu itu, mengatakan parti tersebut mesti "hanya untuk orang Islam sahaja" pada peringkat awalnya.
Ini kerana, kata bekas menteri Umno itu, ia akan menjadi satu-satunya peluang untuk parti baharu berkenaan mencabar PAS.

"Ketika ini pun mereka tidak berserban dan berkopiah dalam pakaian harian mereka; ini akan mencacatkan mereka; jadi, jika hendak dibawa orang bukan Islam menyertai parti baru itu, ia hanya akan menambah masalah," tulisnya di blognya hari ini.


"Ia akan menjadi satu lagi PKR dan satu bencana kepada Mat Sabu dan rakan-rakannya," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

Ketika ini, spekulasi meluas yang pemimpin progresif dalam PAS - digelar G18 - yang kalah pada pemilihan parti Islam itu awal bulan ini, mungkin menubuhkan sebuah parti baharu selepas Hari Raya ini, bersama parti serpihan, Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa).

PasMa sendiri sebelum itu mengisytiharkan ia akan membentuk sebuah parti baharu dengan G18 bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi.

Perkara itu semakin mendapat perhatian apabila sebahagian daripada pemimpin G18 itu berbuka puasa dengan pemimpin PKR dan DAP awal minggu ini.

PR diisytiharkan berakhir selepas PAS meluluskan resolusi memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamarnya yang menyaksikan jawatan tertinggi parti disapu bersih golongan konservatif.
Parti Islam itu bagaimanapun menegaskan, ia akan kekal bersama PR, walaupun DAP dan PKR mengisytiharkan pakatan mereka itu kini tidak lagi berfungsi secara rasmi.

Zaid berkata, parti baharu itu akan menjadi parti masa depan jika ia boleh menjadi wajah "intelektual Islam", bukan seperti versi sekarang yang membawa pendekatan "holier-than-thou" (merasakan diri lebih baik dari orang lain).

Ia juga harus berupaya memperjuangkan keadilan untuk semua dan boleh menawarkan kepada orang Melayu, Islam politik yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.

"Ini bagaimanapun, bukan mudah untuk dicapai, kerana kita tidak mempunyai tradisi intelektual, dan umat Islam di sini hanya tahu Islam sebagai yang halal dan yang haram. Semuanya mengenai hukuman. Sebab itulah ulama mendesak mahukan hudud dan undang-undang jenayah yang lain.

"Kumpulan baru itu mesti, sebaliknya, cuba menonjolkan kepada umum idea yang berbeza mengenai Islam, yang bersifat baik dan memaafkan," katanya.

Pada masa sama, Zaid berkata, parti baharu itu perlu bersedia menghadapi tuduhan yang ia tidak lebih sekadar sayap DAP, menyatakan ia perkara yang serius dan ia akan bermasalah mendapatkan sokongan masyarakat Melayu jika ia dilihat seperti anak tumpang DAP.

Beliau juga berkata, parti itu mesti berdikari dari segi kewangan dan intelektual, serta mempunyai ideologi yang kuat.

Ia memerlukan satu pelan ekonomi yang menyokong golongan miskin dan memperjuangkan hak mereka di kelas bawahan, kerana itulah yang dikehendaki Islam, kata Zaid.

"Objektif ini tidak sukar dicapai kerana parti baharu itu akan mempunyai beberapa pemimpin Melayu-Islam terbaik yang ada hari ini, ramai antaranya ahli politik yang tahan lasak dan mempunyai kekuatan yang unik," katanya, yang menamakan pemimpin progresif PAS sebagai contoh.

"Bersama, mereka boleh memberi Umno dan ulama PAS saingan dan tentangan yang kuat pada bila-bila masa," katanya.

Lebih penting lagi, beliau berkata, parti itu akan menjadi ujian dan peluang kepada orang Melayu untuk menentukan bentuk masa depan yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri dan negara.
Katanya, jika mereka memilih Umno, mereka akan terpaksa hidup dalam keadaan tadbir urus yang lemah, salah guna kuasa dan skandal kewangan yang tidak berkesudahan.

Sebaliknya, jika orang Melayu memilih PAS, ia mungkin akan mewujudkan lebih ramai mereka yang ingin menjadi pejuang Taliban, kata Zaid, sambil menambah ia bukan sahaja akan digambarkan melalui pakaian mereka, tetapi juga cara mereka berfikir.

Mereka ini, katanya, akan bercakap mengenai Tuhan setiap hari, tetapi tidak akan berbuat apa-apa yang berbentuk ketuhanan dalam tindakan dan perbuatan mereka- M/Inisder

Parti Islam baru yang inklusif dan jujur dalam bekerjasama

KUALA LUMPUR: Kewujudan parti Islam baru bagi menggantikan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat dirasakan mempunyai masa depan yang lebih luas.

Ini kerana sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif maka parti baru itu mungkin lebih disenangi oleh setiap rakyat.

Bercakap tentang perkara berkenaan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjelaskan mana-mana parti Islam asas perjuangan adalah sama tidak mengira parti itu baru atau lama.

“Setiap parti Islam dasarnya adalah memartabatkan agama dan matlamatnya adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat dalam pemerintahan nilai-nilai Islam serta undang-undangnya menuju keredhaan Allah SWT.

“Cuma yang membezakan adalah pendekatan dan ini yang cuba dinafikan beberapa pimpinan di dalam PAS di mana mereka menuduh kami ini berfahaman sekular, tetapi yang membezakan antara kami dengan mereka adalah kaedah dan pendekatan yang kami berikan,” katanya ketika hadir di pejabat MySuara, semalam.

Menurut beliau, oleh sebab itu sebelum ini PAS dibawa ke arus perdana dengan wujudnya kerjasama dalam Pakatan Rakyat supaya parti itu selari perkembangannya dengan parti lain.

Katanya, sekiranya satu parti Islam baru mahu ditubuhkan, ia akan hanya wujud apabila selepas melihat PAS tidak lagi memainkan peranan seperti mana yang sepatutnya dalam aspek tersebut.

“Dalam aspek idealogi politik memang tiada beza antara parti baru ini dengan PAS, cuma perbezaannya adalah kami lebih inklusif dan berkerjasama dengan jujur dalam membentuk satu kerjasama yang mantap,” katanya.

Khalid berkata, parti baru yang bakal diwujudkan itu bergantung kepada ke mana arah tuju PAS selepas ini.

Sementara itu persoalan ‘survival’ parti baru itu Khalid menegaskan bahawa biar ditentukan oleh rakyat.

Is there space for a progressive Islamic party?

KUALA LUMPUR: The idea of forming a new moderate Islamic political party has certainly caught the attention of many political observers who obviously vary in the idea of projecting it.

While some observers predicted a better outcome for Malaysian politics as a whole, others described that the move would squander the opportunity for the Malays to regain their power.

The idea to establish such a moderate political party came from those defeated PAS members in their recent party polls. The likes of Mohamad Sabu, Dr Mujahid Yusof Rawa and Dr Dzulkefly Ahmad and others who have all lost to the hardliners in the Islamic party depicted the need to form a party that is not just exclusive for the Muslims – but for all citizens.

But what do ordinary Malaysian citizens think about the idea? Would it benefit the multiracial society in the country or would it just be another political party that merely replaces PAS?

Berita Daily speaks to a number of ordinary people for their feedback.

“Yes, I do support any intention of forming a moderate Islamic party. A new Islamic party is needed to replace both PAS and Umno. I do not support race-based or religion-based party but if a moderate Islamic party is being formed by the likes of Mat Sabu and Dr Mujahid, surely this so called new party will defend the fundamental rights of all Malaysians.

“Umno from the very beginning is a racist party and sadly, PAS who once said that the party is for all, is now heading that way,” said Mandeep Singh, an active member of Kelab Bangsar Utama – a non governmental organisation.

Asked on how he wanted the new progressive party to function, Mandeep who is also an electoral observer, explained that although the party would be headed by Islamists, the party should move away from race and religion based politics.

The 29-year-old Selangorian added that the committee members of the party should start engaging with civil society organisations such as Sisters In Islam (SIS) and Bersih – an effort that was never done by PAS.

“They should sit and discuss with civil rights groups so that they could listen to everyone's opinion. The new party should not only speak about one race or religion, but must represent Malaysians,” Mandeep said.

For Muhammad Anas Danial Ismail, a new progressive party is needed as the discourse of Islamism in the country has been too polarised by Umno and PAS.

He described that at the moment there is no other alternative for the discourse of Islamism, saying that the conservatives in PAS were no different from those in other right-wing groups such as Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

“As a Malay Muslim, I would say that it is needed because the discourse of Islamism has been dominated by Umno and PAS and there is no other alternative. The conservatives in PAS is similar to those in Isma or in Umno. An alternative voice is needed,” he said when contacted.

Adding further, he explained that the new party must learn how to interact with society in general while saying that it must represent a more inclusive view of Islamism.

“Those in the new party must not act in a 'holier than thou' approach and they must be relevant to the society. They must know how to interact with the society and must be more inclusive in their views,” he said.

Tool to secure power

Agreeing with Anas, Muhammad Nazreen Jaafar said it was timely for the country to adopt such an approach, stating that the trend of Islamic conservatism where religion has become a thought control and has become a tool to secure power of interest.

Citing the example of Indonesia, Nazreen who is a former aide to PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail, said that perhaps with the creation of a new progressive Islamic political party, Malaysians could learn from the emergence of various Islamic parties in Indonesia that had led to form a political maturity in the public sphere.

“The advent of Islamic parties in Malaysia would lead into vibrant discussion on the position of Islam in our country. Moreover, we can learn from Indonesia during 90s where the emergence of Islamic parties such as PPP, PKS, PKB and others were able to bring political maturity into our political landscape,” he stated.

Meanwhile, according to Zoe Randhawa, any new party must work towards a secular democracy in order to unite the nation.

While not suggesting the new party to abandon its Islamic rhetoric, the former student at London School of Economics said that the party must also respect the diversity and various beliefs in the society.

“The only way forward is to work towards a secular democracy and that is the only way to unite a multiracial, multi-ethnic society like Malaysia.

“I am not suggesting that they get rid of their Islamic rhetoric but they have to respect that Malaysia is a secular state with multi-ethnicity. The agree to disagree policy being practised by the opposition is making them hard to unite as a front.

“For me, the idea of coalition in politics, should be removed,” Zoe said.

However, for University of Malaya Student Council vice president 2, Kalaivaanan Murty, the idea of progressivism must lead to the idea of significant paradigm shift while rejecting the idea of giving an old book a new cover.

“If the question points out to the idea of replacing an old political party with the new one then I would contend that it shouldn't. Why do you want to give an old book a new cover. Progressivism if one really connotes to idea of it, leads to the idea of significant paradigm shift. One must be able to perceive matters through the eyes of fair comments and principles.

“If one perceives to be preaching for progressive Islamic views then that particular person should in my humble opinion let go of the religious title and adopt a more Malaysian title.

“Progressive Islamism must be rooted back to the people. It must be of the nature that people from different religion look up to it as the true reflection of the religion and I believe that it should stem within a multi-religious political party,” he opined.

People's agenda

Kalai's opinion was mirrored by his UM compatriot, Khairol Najib Hashim who said that while it is needed for a new progressive party to be initiated, the party must place the people's agenda as the party's main priority.

Khairol, who is the chairperson of Kesatuan Mahasiswa Malaysia, added that the progressives in PAS dubbed as the G18 should charge into action immediately to create a new political platform for Malaysians.

“People's agenda must be their first priority and then only the party's agenda. It can't neglect the promise that the opposition have given to the people.

“In my view, they must act fast and it must be now. Two years away from the next general election and it is not long before it comes. They have to get the platform ready for Malaysians. It is evident in the last GE that Malaysians are hungry for a change,” he said.

'Ustaz muda' pegaruh Hadi jadi tertutup

Oleh Yap Jia Hee

Kemasukan kumpulan ustaz muda ke dalam PAS mengubah sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi lebih tertutup kata anak lelaki bekas presiden PAS Muhammad Faiz Fadzil.

Kata Faiz, golongan tersebut menyertai dan aktif dalam PAS selepas wujud kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Mereka, katanya, kemudian memencilkan perjuangan Islam PAS hanya kepada isu hudud sahaja.

"Kebiasaannya mereka memegang jawatan dalam PAS dan mula menyingkir golongan profesional dengan melancarkan pelbagai isu, seperti menolak DAP dan pada masa sama, mengabaikan slogan PAS for All (PAS untuk semua).

"Golongan ini melihat islam terhad kepada hudud saja semata-mata dan manu pecahkan pakatan rakyat," katanya di forum anjuran Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan semalam.

Forum itu turut dihadiri Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz berkata beliau melihat perubahan strategi politik Abdul Hadi yang dulu terbuka kini tertutup ekoran pengaruh gelombang ustaz muda dalam PAS.

Faiz Fadzil berkata demikian sebagai menjawab soalan diajukan Timbalan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan Lau Chee Boon.

Panggil Abdul Hadi berdialog

Kata Lau, pihaknya pernah berdialog dengan Abdul Hadi sebelum pilihan raya umum 2013 dan Abdul Hadi kelihatan berfikiran terbuka ketika itu.

"Mengapakah pendirian Abdul Hadi boleh bertukar begitu cepat? Sebelum 505 (tarikh pilihan raya umum ke-13), dia memang berfikiran terbuka. Dia kata PAS mempertegaskan perjuangan negara berkebajikan.

"Saya sangat hairan, selepas pilihan raya, dia tukar begitu cepat. Dia berdegil nak melaksanakan hudud," katanya.

Faiz berkata Abdul Hadi perlu diajak berdialog bagi mendapatkan penjelasan mengenai perubahan sikap berkenaan.

"Kita kena panggil Abdul Hadi berdialog lagi untuk tanya, sebab saya pun mahu tanya dia," kata Faiz.

Sementara itu Teo (kiri) berpendapat sikap Abdul Hadi bertukar berikutan pergolakan dalaman UMNO.

"Semasa video (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebar, saya tahu inilah sebab mengapa Hadi Awang bertukar sikap.

"Jika orang nombor dua ini membawa sebilangan ahli keluar dari UMNO, mereka yang pro-UMNO atau prokerajaan perpaduan mungkin dapat mengisi jawatan kosong tersebut," dakwa Teo.

Video dimaksudkan Teo adalah rakaman ucapan tertutup Muhyiddin mengenai isu 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

menjadi lebih tertutup kata anak lelaki bekas presiden PAS Muhammad Faiz Fadzil.

Yap Jia Hee

Sekiranya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz masih ada perkara ini tidak berlaku

PASIR MAS: Ahli PAS terutamanya anggota akar umbi kini mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan dan ketetapan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan berhubung kemelut dalam Pakatan.

Menurut Ketua PAS kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, ahli PAS kini menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti yang baru dipilih membuat keputusan yang bijak samada keputusan itu menguntungkan parti dalam pilihan raya atau sebaliknya.

 “Jadi rakyat yang memerhati ini akan melihat samada keputusan terakhir yang dibuat ini menguntungkan parti untuk pilihanr aya,” beliau berkata.

 Menurut Abdul Fatah lagi, PAS tidak mampu berseorangan dalam strategi untuk memenangi pilihan raya.

 Tambahnya lagi, walaupun soal hubungan dengan DAP telah dibangkitkan sebelum, semasa dan selepas muktamar oleh ahli PAS, namun sehingga kini pucuk pimpinan masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

 Katanya pada ketika dulu untuk mewujudkan Pakatan Rakyat ini bukan satu perkara mudah namun atas dasar hormat kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka pemimpin DAP dan PKR serta PAS duduk semeja dan dapat bermuafakat.

 Katanya dalam Pakatan tiada sesiapa yang berhak menjadi ketua kerana segala persoalan dan masalah dalam Pakatan dibincangkan dalam Majlis Permuafakatan Presiden yang diwakili oleh ketiga –tiga presiden parti.

 Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) dimana UMNO menjadi kepala dan memimpin parti komponen. Beliau yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan percaya, sekiranya DAP berpecah dalam Pakatan ketika ini, DAP akan kembali mencari PAS apabila tiba pilihan raya nanti.

 Katanya sekiranya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz masih ada perkara ini tidak berlaku kerana Allahyarham Nik Abdul Aziz cukup sayang kepada Pakatan.

Pemikiran pemimpin PAS bahaya kepada parti, negara, kata Mat Sabu

OLEH LOOI SUE-CHERN 

Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.

PAS kini mula mengikut trend “bahaya” di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin “progresif” dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan “takfiri” itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.


“Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik. “Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka,” katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.

“Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.

“Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga,” katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

“Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

“Mereka lihat Hanipa dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal,” katanya merujuk kepada peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang turut gagal mempertahankan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

“Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini,” kata Mat Sabu.

Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.

Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

“Sudah tentu saya kecewa. Ini parti saya, darah daging saya... terlalu banyak yang diusahakan untuk parti. Bukan mudah untuk meninggalkan parti, walaupun ini satu keadaan yang ganjil,” katanya.

Pengakhiran PR bermula dengan usul yang diterima dalam muktamar tahunan PAS awal bulan ini, yang hasilnya memutuskan hubungan dengan DAP, pihak yang bertelingkah dengan Hadi dan beberapa pemimpin konservatif lain.

Kini ada kemungkinan pemimpin progresif PAS yang digulingkan membentuk parti mereka sendiri, tetapi Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.

“Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baharu atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.

“Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya,” katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.

Ini kerana PAS berjaya menawan sokongan bukan Islam dengan slogan “PAS untuk semua” yang digunakan pada pilihan raya umum 2013. Konsep negara berkebajikan juga menerima sokongan daripada bukan Islam, kata Mohamad.

“PAS diterima masyarakat Cina. Kita pernah nampak orang Cina pakai kemeja T dengan logo PAS pada masa itu.

“Islam bukan masalah. Masalahnya ialah cara pemikiran pemimpin (PAS),” katanya.

Jika satu parti baharu dibentuk barisan pemimpin sepertinya yang tersingkir daripada kepimpinan PAS, Mat Sabu berkata ia akan meneruskan cita-cita yang kini diabaikan parti Islam itu.
Cita-cita itu ialah untuk memperjuangkan nilai seperti keharmonian pelbagai bangsa, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bersih.

“Lihat ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Mereka yang bercakap mengenai rasuah, tadbir urus kerajaan yang baik dan nilai adalah orang seperti (Ahli Parlimen Parit Buntar) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad, (Ahli Parlimen Sepang) Hanipa dan beberapa lagi yang seperti mereka,” katanya.

Semua nama disebutkan itu turut kalah dalam pemilihan parti.

“Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

“Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka,” katanya.

Pakatan sudah mati, kata PKR

PKR hari ini mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) secara rasmi tidak lagi wujud berikutan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, dan parti demokratik itu sendiri mengisytiharkan berakhirnya gabungan yang berusia 7 tahun itu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti utama dalam pakatan pembangkang itu kesal dengan tindakan kedua-dua parti sama ada PAS dan DAP yang menyatakan PR tidak boleh berfungsi lagi.

“Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal," kata Dr Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang dalam satu kenyataan petang ini.

“PKR menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di Muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan penamatan riwayat PR yang kami anggap tindakan tergesa-gesa,” kata Dr Wan Azizah sambil menambah pendirian parti itu diluluskan pada mesyuarat biro politik parti itu malam tadi.

Beliau merujuk kepada usul yang diterima tanpa bahas pada muktamar PAS awal bulan ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Usul itu dicadangkan Dewan Ulama parti Islam itu, dan dipersetujui sehingga mendatangkan kemarahan beberapa perwakilan akar umbi.

Pemimpin PAS bagaimanapun berkata, usul itu tidak mewakili keputusan muktamad, kerana perkara itu masih perlu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama parti itu.

Namun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya mengatakan bersedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya 5 ahli sudah berbuat demikian, termasuk dari kumpulan progresif PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas timbalan presiden Mohamad Sabu.
DAP kemudian mengisytiharkan PR sudah berakhir dan keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat pada malam Isnin.

Kenyataan Dr Wan Azizah itu sekali gus melenyapkan teka-teki berhubung pendirian PKR sama ada mahu terus bekerjasama dengan DAP atau tidak.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mendesak PKR supaya "memilih" untuk bekerjasama sama ada dengan DAP atau PAS dalam mentadbir negeri terkaya Malaysia yang juga permata PR sebagai model kerajaan bagi mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan satu hari nanti.
PKR mengetuai kerajaan negeri Selangor dan mempunyai 3 Exco PAS.
Daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN), PKR mempunyai 13 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) mempunyai 12, manakala satu kerusi lagi wakilBebas.

Bagaimanapun, presiden PKR itu hari ini berkata, parti itu berterima kasih terhadap "semangat dan kerjasama" PR di Selangor di bawah pentadbiran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang juga menteri besar, manakala Lim Guan Eng sebagai ketua menteri di Pulau Pinang.
“Dalam semangat yang sama, dan tertakluk kepada Dasar Bersama PR, PKR akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob," katanya merujuk kepada kerajaan PAS di negeri pantai timur itu
Beliau berkata PKR masih akan berusaha untuk membina satu gabungan, tidak terhad kepada mana-mana parti politik untuk mengalahkan parti pemerintah BN. –

PAS Kedah akan keluar parti beramai-ramai ?

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mendakwa ahli PAS Kedah akan meninggalkan parti
Islam itu secara beramai-ramai dalam masa terdekat dan akan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) pro Pakatan Rakyat (PR) itu.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, ahli PAS yang keluar parti akan memberi sokongan kepada PasMa dan ia dapat direalisasikan tidak lama lagi.

“Nanti akan ada majlis keluar parti PAS beramai-ramai dan saya akan maklum kepada pihak media,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.


Phahrolrazi berkata, ahli PAS berhak meninggalkan parti Islam itu dan menyertai PasMa dalam usaha membentuk sebuah parti baharu yang cenderung kepada pakatan pembangkang.  “Kita sebuah negara demokrasi dan penubuhan sebuah parti baharu yang menyokong perjuangan pakatan pembangkang juga merupakan satu alternatif kepada rakyat.

“Kita tidak boleh tuduh penubuhan parti politik baharu ini membuatkan rakyat berpecah belah kerana ia merupakan satu proses dalam negara demokrasi,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor itu berkata, ahli PAS kini terbuka untuk menyertai PasMa memandangkan selepas muktamar, parti Islam itu diwakili pemimpin yang bercirikan autokratik.

“Kita lihat selepas Muktamar Tahunan ke-61 baru-baru ini, PAS dikuasai pimpinan ulama yang pimpinannya bercorak autokratik.

“Sekarang terpulang kepada ahli sama ada mereka mahu kekal bersama PAS atau menyertai sebuah parti baharu dan bersedia untuk bersama-sama pakatan pembangkang,” katanya kepada akhbar itu.
Sementara itu, Dewan Ulama PAS berkeyakinan parti Islam itu akan tetap berdiri kukuh walaupun terdapat kemungkinan segelintir ahli yang berhijrah ke parti baharu anjuran PasMa.

Ketua penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan berkata penubuhan parti baharu yang akan digerakkan PasMa selepas Hari Raya Aidilfitri ini, tidak akan menggugat langsung kedudukan PAS.

“Saya tak risau (penghijrahan ahli PAS). Dalam perjuangan Islam, kita yakin seorang keluar, berpuluh lagi datang kepada kita.

“Allah akan hantar satu puak lain yang mereka sayangkan Allah, dan Allah sayangkan mereka. Itu biasa dalam perjuangan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Khairuddin berkata, sejarah menunjukkan PAS tidak pernah terjejas dengan kemunculan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang merupakan serpihan daripada parti itu pada 1977.
- themalaysianinsider.com

Mengapa orang miskin cari Arul PSM, tak cari ulama ?

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, akidah dan akhlak Islam kini terbahagi dua dan tidak lagi dilihat di negara Islam sebaliknya negara bukan Islam.

Beliau berkata, mengambil contoh isu kemiskinan dan alam sekitar di negara ini, rakyat Malaysia tidak mencari ulama, tetapi bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

"Di dunia Islam sekarang pertahan akidah beli kereta. Ertinya, akidah lain, akhlak lain. Kita tak mahu orang mengatakan, nak melihat akhlak Islam kena pergi England, nak melihat orang Islam pergi timur tengah.

"Kenapa misalnya, bila kita bercakap soal kemiskinan membela orang miskin kita cari Arutchelvan, kenapa tak cari ulama, pensyarah Universiti Malaya, kenapa soal membela alam sekitar kita cari Wong Tack, kenapa tidak orang Islam," katanya dalam ceramah pertamanya di Kuala Lumpur malam tadi selepas kalah dalam muktamar lalu.

Klip video ceramah ini turut dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas kepada bekas penceramah Forum Perdana, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor, awal bulan lalu.

Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, perjuangannya hari ini adalah untuk mengembalikan akidah dan akhlak umat Islam.

"Kita bercakap syariat, bercakap hudud, kaya miskin paling ketara di Pakistan, negara Arab. Sedangkan agama kita amat menitik beratkan soal keadilan sosial.

"Sebab itu perjuangan abang Mat, bersama kita semua, kita perjuangkan akidah dan akhlak. Barulah orang Islam boleh pimpin dunia semula," katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin sekitar 300 orang.

Mat Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan.

"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya


"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.

"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya.

Mat Sabu berkata, beliau hairan melihat pimpinan parti terang-terangan membuang undi berpandukan satu senarai nama yang membariskan semua golongan ulama atau pro ulama. - themalaysianinsider.com

Amirudin pula tolak jawatan pesuruhjaya PAS Kedah

Selepas Mazlan Aliman melepaskan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, seorang lagi pemimpin Datuk Amirudin Hamzah menolak jawatankuasa pesuruhjaya Kedah yang ditawarkan kepadanya.

Menurut sumber, Amirudin sudah menghantar surat memaklumkan perkara itu kepada Ibu Pejabat PAS yang beliau tidak menerima tawaran itu.

Amirudin yang juga bekas AJK PAS Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan baru-baru ini apabila perwakilan hanya memilih calon dalam 'cai' kumpulan konservatif.

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan, mesyuarat pertama AJK Pusat yang baharu melantik Amirudin sebagai pesuruhjaya Kedah menggantikan Datuk Mahfuz Omar.

Amirudin mendapat perhatian apabila sedia bertanding merebut jawatan yang dipertua PAS Kuala Kedah melawan presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Namun Phahrolrazi tidak mempertahankan jawatannya yang dipegang sejak sekian lama itu menyebakan Amirudin menang tanpa bertanding.

Pagi tadi, pada sidang medianya Mazlan, satu-satunya anggota kumpulan progresif yang menang, meletakkan jawatan sebagai AJK PAS Pusat yang dimenanginya dalam pemilihan baru-baru ini.
Sementara itu di Johor, mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor hanya berjalan dengan dihadiri 11 ahli daripada 26 kawasan di Johor.

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.

Mesyuarat pada 13 Jun itu  diteruskan dengan melantik dua timbalan pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah pilihan raya masih belum dilantik

Akhirnya ,Mazlan Aliman umum lepaskan jawatan AJK PAS Pusat

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka  Felda (Anak) Mazlan Aliman hari ini membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Mazlan berkata, rakan-rakannya yang tidak terpilih dalam AJK PAS Pusat bukanlah satu-satunya sebab peletakan jawatannya tetapi untuk membuka lebih ruang dalam penglibatannya dalam Anak.
"Saya mengambil keputusan meletak jawatan serta merta bermula hari ini. Saya memohon maaf atas keputusan ini.


"Saya tetap bersama PAS walaupun ahli biasa. Saya tetap akan menegakkan kebenaran," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS hari ini -

My Blog List

Blog Archive

.