Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
MENJELANG muktamar ini, timbul golongan
dan individu tertentu mendakwa kononnya segala
tindakan dan teguran
terbuka mereka adalah untuk menyelamatkan parti termasuklah mereka yang
menyamar di sebalik Facebook tidak dikenali siapa pemiliknya – akan
tetapi, tindakan mereka sekadar untuk menaikkan nama sendiri dan
golongan tertentu tanpa mempedulikan peluru hidup yang diberikan kepada
musuh dan luka parah terhadap parti dan imejnya pada jangka panjang.
Kadang-kadang pemimpin atasan tidak memberi respon balas secara
terbuka, bukan kerana tindakan itu tidak patut ditegur, tapi kerana yang
terluka daripada semua balas-membalas kenyataan ini ialah parti. Luka
sedemikian amat susah dipulihkan.
Contohnya, membuat dakwaan
rambang terhadap masa depan PAS berdasarkan apa yang berlaku di PRK
Permatang Pauh adalah tidak tepat. Jika begitu caranya, mengapa tidak
membuat kesimpulan terhadap kerjasama yang baik di PRK Rompin terhadap
masa depan PAS? Bukankah itu lebih positif?
Dalam keadaan PAS
menghadapi PRK Rompin, PAS sanggup membahagi separuh jentera ke
Permatang Pauh. Apakah ini juga dikira sebagai ekstrem?
Tindakan
melanggar keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat secara terbuka juga
tidak kena. Ia melukakan imej PAS di kalangan rakyat, dan juga
merosakkan konsep ‘wala (taat pada benda yang kita tidak setuju) yang
menjadi teras di dalam parti.
PAS Pusat telah membuat keputusan memberi
sokongan penuh untuk menyokong calon PKR di Permatang Pauh, dan itu
menjadi keputusan yang wajib dipatuh, dan bukannya dengan mengeluarkan
kenyataan yang bertentangan. Jangan buat apa yang kamu sendiri benci
jika orang lain turut membuatnya.
Namun begitu, kita perlu jujur
melihat punca reaksi yang diberikan PAS Kawasan Permatang Pauh dan
Pemuda PAS Pulau Pinang secara keseluruhan dalam kontroversi di PRK
Permatang Pauh. Kita harus ingat bahawa reaksi mereka itu ialah asap.
Kita harus mencari apinya di mana? Di situlah kita harus simbah air.
Pada masa yang sama, kita juga harus bersikap adil terhadap parti
sendiri sebagaimana kita ingin bersikap adil terhadap rakan-rakan pada
Pakatan Rakyat.
Untuk meredakan suasana, semua pihak dalam Pakatan
Rakyat mesti memelihara kenyataan dan saling menghormati dasar parti
masing-masing. Dengan ini, barulah Pakatan Rakyat akan selamat.
Sebagai pemimpin, kita harus mencapai langkah pendamaian dan
penyelesaian, dan bukan memburukkan suasana. Jangan halakan senapang
pada rakan sendiri meskipun senapang itu tiada peluru!
Kalau
sayang parti, jangan lukakan PAS dan imejnya. Sepatutnya, korbankan ego
dan diri untuk parti dan bukan korbankan parti untuk diri sendiri.
Jagalah akhlak Islam yang membawa orang rapat dengan PAS. Ambillah
iktibar daripada insiden membantah tanda salib di satu gereja di Taman
Medan. Yang terluka bukan pendemo tapi nama baik Islam dan penganutnya. -
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment