Oleh Muhammad Faiz Fadzil
Sejarah krisis
Perlembagaan di Selangor pada tahun 2014 yang menyaksikan isu penukaran
Menteri
Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Azmin Ali
berlarutan beberapa bulan setelah PAS gagal memberikan persetujuan
kepada calon PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Bantahan PAS bertitik
tolak daripada ketidakpuashatian beberapa pemimpin tertinggi terhadap
langkah Kajang walaupun ia adalah strategi politik yang bijak. Muktamar
Pas yang ke-60 secara majority tanpa usul dan undian mendesak PAS supaya
tidak campurtangan dalam isu penukaran Menteri Besar.
DYMM Tuanku
Sultan Selangor dengan menggunakan kebijaksanaan dan kuasa budibicara
baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959
(Perlembagaan Selangor) telah melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar
Selangor.
2015 menyaksikan sekali lagi kelicikan pemimpin baru
PAS membangkitkan krisis Perlembagaan di Selangor apabila Muktamar ke 61
meluluskan usul menamatkan hubungan politik dengan DAP tetapi kekal
bersama PKR dalam Pakatan Rakyat diterima tanpa bahas.
Walaupun terdapat
perwakilan mendesak untuk dibahaskan usul tersebut, ia adalah satu
tuntutan yang sia-sia kerana keputusan telah dibuat oleh pimpinan
tertinggi
. Di sinilah letaknya kelemahan apabila kuasa dipusatkan kepada
pemimpin dan bukan jemaah samaada Presiden atau Mursyidul Am, sedangkan
Allah mengarahkan bermesyuarat bagi menyelesaikan sesuatu perkara dan
bertanya kepada yang pakar.
Apatah lagi Muktamar adalah badan tertinggi
dalam PAS, sudah pasti keputusan penerimaan usul tersebut tanpa bahas
dan undian tidak boleh diubah dan juga telah menafikan hak ahli melalui
perwakilan.
Inilah yang boleh berlaku sekiranya Perlembagaan party
sendiri gagal difahami dan diamalkan oleh pimpinan tertinggi. Keadaan
menjadi celaru apabila usul aneh tersebut kini cuba diubah dengan
penolakan perletakan jawatan ahli di dalam Kerajaan Pulau Pinang.
Tiada pertikaian tentang Perlembagaa Pas kerana ia adalah syarie kerana
dasar PAS adalah Islam dan 4 sumber hukum utama iaitu al-Quran,
As-Sunnah, Ijma dan Qias juga adalah hukum tertinggi party. Maka setiap
peruntukan Perlembagaan PAS pasti memenuhi hukum syara'. Oleh itu, ahli
dan pemimpin PAS seharusnya menghormati dan mematuhi usul tersebut.
Jadi, PAS sendiri berhadapan krisis Perlembagaan party.
Akibat
usul tersebut, DAP telah mendesak PKR memilih samada DAP atau PAS untuk
bersama yang menunjukkan hubungan politik PAS-DAP telah putus.
Permuafakatan PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat adalah longgar
kerana Pakatan Rakyat tidak berdaftar dan tiada apa-apa Perjanjian
Bertulis dibuat.
Pulau Pinang adalah negeri Pakatan Rakyat 2 party iaitu
PKR dan DAP, sedangkan Selangor melibatkan ketiga-tiga parti.
Dengan
usul tersebut, maka secara konstruktifnya, Pakatan Rakyat di Selangor
telah terbubar, namun tidak di Pulau Pinang.
Menurut Perlembagaan
Selangor yang berasaskan konsep westminster constitutional system,
sesebuah kerajaan dibentuk berasaskan prinsip kepercayaan dan majority.
Asas pembentukan kerajaan di Selangor adalah dengan perlantikan Menteri
Besar yang pada pendapat DYMM Tuanku Sultan mendapat kepercayaan atau
sokongan majority ADUN Selangor. Peruntukan relevan Perlembagaan
Selangor adalah pada:
LIII(2)(a)" Duli Yang Maha Mulia hendaklah
pertamanya melantik menjadi Menteri Besar, untuk mempengerusikan Majlis
Mesyuarat Kerajaan, seorang ahli Dewan Negeri yang pada pendapat Baginda
mungkin mendapat kepercayaan majority ahli Dewan itu".
Dengan
terputusnya hubungan politik PAS-DAP, secara konstruktifnya kerajaan
Pakatan Rakyat tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua party kerana
Pakatan Rakyat hanyalah persefahaman politik tidak berdaftar dan
bergerak secara convention
. Tidak mungkin Pakatan Rakyat bertahan
apabila 2 party dalam pakatan tiada lagi hubungan politik. Mengeruhkan
lagi keadaan apabila DAP menggesa PKR memilih salah satu parti.
Menteri Besar Selangor secara konstruktif juga dilihat telah hilang
kepercayaan majority ADUN kerana perlantikan beliau adalah berpremiskan
permuafakatan party-party Pakatan Rakyat. Sebarang keputusan yang perlu
dibuat melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) juga mustahil dicapai
kerana pertembungan 2 parti wujud dalam mesyuarat EXCO.
Perjalanan
pentadbiran kerajaan negeri yang berpusatkan kepada EXCO pasti menjadi
sukar kerana secara convention, seseorang EXCO adalah lantikan party.
Kepercayaan rakyat pula diberikan kepada Pakatan Rakyat melalui agenda
ABU (anything but UMNO). Perpecahan hubungan politik PAS-DAP pasti
menghilangkan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat
umpama kapal Titanic yang terbelah dua menunggu karam.
Berdasarkan kepada keadaan politik dan kedudukan undang-undang, krisis
kepercayaan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi mungkin lebih baik
diselesaikan dengan pembubaran DUN Selangor dan pilihanraya diadakan.
Menteri Besar menurut peruntukan LIII(6) Perlembagaan Persekutuan boleh
memohon perkenan DYMM Tuanku Sultan bagi membubarkan DUN "Jika Menteri
Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majority ahli Dewan Negeri, maka
beliau hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan melainkan
jika, atas permintaannya, Dewan Negeri dibubarkan oleh Duli Yang Maha
Mulia".
Komposisi party politik di dalam DUN Selangor adalah
PAS:15, DAP:15, PKR:13, UMNO:12 dn Bebas:1. Kedudukan Menteri Besar
Selangor Pakatan Rakyat sekarang daripada PKR perlulah mendapat sokongan
salah satu party samaada PAS atau DAP. Dengan PKR mempunyai jumlah ADUN
yang paling kecil, maka Menteri Besar sudah tiada kepercayaan majority
ADUN kerana perpecahan politik PAS-DAP. Di samping itu, DYMM Tuanku
Sultan menurut peruntukan LXX(2) Perlembagaan Selangor "Duli Yang Maha
Mulia boleh memprorog atau membubarkan Dewan Negeri'.
Maka, jika
keadaan krisis politik Pakatan Rakyat ini berterusan sehingga
menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri, kerajaan negeri tidak lagi
menjadi stabil. Dengan itu, sewajarnya kuasa yang diperolehi oleh
Pakatan Rakyat daripada rakyat kini dikembalikan kepada rakyat untuk
rakyat diberikan hak memberikan mandat baru. Usah jadikan kepentingan
politik mengatasi kepentingan rakyat. Tegakkan demokrasi dengan adil.
Elakkan krisis Perlembagaan yang menyaksikan agenda penyingkiran Ketua
Menteri Sarawak Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan Menteri Besar
Kelantan Datuk Muhammad Nasir berulang menjadi sejarah hitam negara.
~Faiz Fadzil~
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment