OLEH ZULKIFLI SULONG
PAS menerima tamparan hebat selepas muktamar
ke-61 baru-baru ini apabila Pengarah Pilihan Raya
Sarawak Mohd Fidzuan
Zaidi mengambil tindakan keluar daripada parti itu menjelang pilihan
raya negeri tidak berapa lama lagi.
Fidzuan keluar PAS beberapa
hari selepas kumpulan profesional dibersihkan daripada parti Islam dalam
muktamar paling sengit itu.
"Saya juga mendengar mengenainya
tetapi saya akan semak perkara ini dengan pesuruhjaya PAS negeri sebelum
dapat mengesahkannya," kata Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak Abang
Ahmad Kerdi Abang Masagus .
Abang Ahmad sebelum ini dalam
tulisannya juga menolak sebarang pelantikan dalam PAS di peringkat pusat
dan negeri selepas ditewaskan secara "block" oleh kumpulan pro Datuk
Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.
Difahamkan, Fidzuan sudah
menghantar surat peletakan jawatan itu kepada setiausaha agung PAS
secara pos selain menghantar salinannya melalui faksimile Isnin lepas.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata, tidak
tahu mengenainya kerana tidak masuk ke pejabat selepas muktamar kerana
jawatan beliau sekarang masih tergantung.
PAS hanya akan melantik setiausaha agung baharu dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat malam ini.
Sebuah blog daripada Sarawak juga melaporkan perkara ini dalam posting terbarunya semalam.
Menurut blog itu, orang kanan PAS Sarawak itu bukan calang-calang
kerana sudah belasan tahun menganggotai parti Islam itu dan mempunyai
rekod kerja yang baik.
"Pertembungan dalaman PAS Sarawak semakin
rancak sejak baru-baru ini apabila pesuruhjaya PAS Sarawak itu
bertindak menjadi juru kempen atau kepala pengedar “cai” kepada kumpulan
ulama di Semenanjung," tulis blog itu merujuk kepada Pesuruhjaya PAS
Sarawak Adam Ahid.
Usaha untuk menghubungi Fidzuan sehingga kini
masih gagal kerana beliau dipercayai menutup telefon bimbitnya selepas
usaha pujuk memujuk cuba dilakukan.- M/Insider
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment