Oleh Abd Shukur Harun
Politik bukan sebuah dunia angan-angan dan khayalan atau sebuah mimpi indah untuk mendapatkan kuasa tetapi politik ialah sebuah dunia yang sangat dinamik, hamparan realiti dan pragmatik sifatnya.
Sebab
itulah mereka yang mahu melibatkan diri dalam politik mestilah
bersedia untuk menghadapi dunia realiti, menerima hakikat bahawa
politik itu – yang tentunya mengenai kuasa – bukan boleh dirancang
hanya berdasarkan khayalan dan jangkaan menurut emosi serta khyalan.
Maka
itu mereka yang menjadi pemimpin politik atau aktivisnya perlu bersikap
realistik, menerima hakikat bahawa politik itu sangat dinamik, berubah
mengikut keadaan.
Bertahun-tahun Nellson Mandela sebagai
tahanan politik di Afrika Selatan kerana perjuangan aparthednya,
kemudian ia dibebaskan dan menjadi presiden negaranya.
Di tanah
air kita, sejak merdeka, parti politik dan pemimpinnya datang dan pergi
silih berganti, menang dan kalah atas kehendak masa dan keadaan. Sebab
itu Winston Churchill, bekas perdana menteri Britain yang terkenal itu
pernah berkata:
“Politics is almost as exciting as war and quite as dangerous. In war you can only be killed once, but in politics many times.”
(Politik
adalah hampir menyenangkan seperti perang dan cukup berbahaya. Dalam
perang, anda hanya boleh dibunuh sekali, tetapi dalam politik banyak
kali.)
Oleh itu dalam politik, parti dan pemimpin serta
pendukungnya boleh kalah dan menang, kalah lagi dan menang lagi, begitu
seterusnya.
Dalam hubungan inilah, saya kira pemimpin dan
pendukung Gerakan Harapan Baru (GHB), yang akan menjadi parti politik
tidak lama lagi sangat memahami realiti dan dinamika politik ini dengan
segala risikonya.
Kalau tidak masakan pendukung GHB ini (nama sementara), dengan penuh tekad hendak menubuhkan badan politik baru.
Bukan semata-mata kerana dikalahkan dalam pemilihan di muktamar PAS Jun
lalu, tetapi lebih jauh dari itu kerana didorong oleh kesedaran mereka
bahawa sebuah badan politik baru yang progresif, dinamik, terbuka dan
peduli rakyat sangat perlu ditubuhkan untuk mendepani cabaran yang ada.
Langkah ini sebagai respons kepada kehendak majoriti rakyat negara ini
yang sudah sangat kecewa dengan situasi politik kuno yang ada sekarang
yang sangat melemaskan.
Dengan dasar Islamnya yang membawa
pendekatan sebagai agama Rahmatan Lil Alamin, wadah baharu ini sangat
peduli rakyat, bukan saja kepada umat Islam, tetapi juga kepada bukan
Islam.
Ia benar-benar berusaha memahami masalah rakyat dan
berusaha menyelesaikannya menurut pendekatan Islam yang berpaksikan
keadilan.
Inilah hasrat pemimpin wadah baharu ini dengan sikap keterbukaan mereka.
Saya amat kenal dengan para penggerak GHB ini. Mereka pernah menang dan
kalah dalam pelbagai pertandingan parti dan pilihan raya negara sebelum
ini, tetapi ketika itu mereka belum terpanggil untuk menubuhkan parti
politik baru disebabkan ketika itu masih melihat ada harapan untuk
perubahan.
Tetapi dengan apa yang berlaku sekarang ini,
menyebabkan para tokoh progresif ini mengambil keputusan menubuhkan
parti baru justeru tidak ada pilihan lain kerana tiada lagi harapan
berubah dari keadaan yang wujud sekarang.
Secara kebetulan, Pakatan Rakyat menghadapi krisis hingga berakhir hayatnya dengan penuh duka.
Maka itu menguatkan lagi keazaman para tokoh progresif ini untuk
menubuhkan parti politik baharu yang sangat dinantikan oleh rakyat.
Kehadiran mereka di tengah pentas politik negara menghamparkan harapan
kepada masyarakat sivil dan golongan anak muda serta golongan prihatin
lain untuk menyaksikan suatu perubahan dari politik beku seperti yang
wujud sekarang kepada wadah politik peduli rakyat.
Di sinilah politik harapan baharu kelihatan menjanjikan suasana ini.
Adapun ahli parti lama, kiranya mereka berhasrat menyertai GHB ini
terpulang kepada mereka. Jika mereka mahu menyertainya dialu-alukan.
Tidak ada pujuk rayu dengan linangan air mata, justeru semua itu hak demokrasi mereka untuk memilih.
Bahtera baharu ini bukan lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua
masalah. Tetapi sekadar mengambil bahagian penting dalam usaha
menyelesaikan masalah negara, sesuai dengan tuntutan Islam yang menyeru
umatnya kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Bahtera baharu ini sangat sedar akan cabaran besar yang dihadapinya dari segenap penjuru.
Oleh itu saya yakin pendukung GHB ini mampu untuk menghadapi semua cabaran ini.
Pengalaman mereka yang selama ini berjuang dalam politik dengan penuh
integriti, keintelektualan dan prestasi yang cemerlang serta konsistensi
mereka memperjuangkan sebuah cita-cita besar, Insya Allah, memungkinkan
mereka terus berjuang melalui wadah baharu ini.
Saya amat kenal
dengan mereka ini, antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly
Ahmad, Mohamed Hanifah Maidin, Khalid Samad, Datuk Dr Mujahid Yusuf
Rawa, Suhaizan Kayat, Izham Hashim, Dr Siti Mariah Mahmud, Asmuni Awi,
Datuk Seri Nizar Jamaludin dan Aiman Athirah al-Jundi dalam senarai yang
panjang. Mereka adalah tokoh emas tempawan yang tinggi nilainya.
Saya yakin di tangan mereka ini wadah baru ini akan berkembang subur dengan sokongan pelbagai pihak.
Sementara itu, penyokong parti politik baru ini nampaknya gembira
dengan sikap pemimpin mereka yang ‘tidak membalas serangan dengan
serangan’ dari pihak yang menentangnya.
Mereka kelihatan terus tabah, sabar dan tenang kerana yakin kepada kebenaran yang mereka miliki.
Justeru mereka yang memiliki kebenaran, seperi kata Ibnu Khaldun, mampu
berdiri teguh kerana kebenaran itu sendiri adalah sebuah kekuatan luar
biasa.
Lebih-lebih lagi mengingat pesan pemimpin Ikhwanul
Muslimin, Almarhum Imam Hasan Al Banna: “Kamu sebagai pejuang Islam
hendaklah mempunyai sifat seperti pohon yang berbuah. Orang melemparnya
dengan batu, ia membalasnya dengan buah yang ranum.”
Maka itu,
masa-masa mendatang cabaran akan lebih pahit, panas dan tajam. Inilah
tanda bahawa kehadiran Gerakan Harapan Baru itu sudah dirasakan oleh
masyarakat.
Kini pendukung wadah baru ini perlulah segera
menyusun rancangan yang benar-benar menggambarkan peduli rakyat kerana
rakyat sungguh-sungguh sedang memerhatikan mereka.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment