Oleh Muhaimin Sulam
1. Hujung minggu lepas, di kebunku yang menghijau terpercik darah merah ke daun daun yang meliputi lantai tanah.
2. Terkulai sekujur jasad mati terbunuh di hadapan orang Kampung
Sepening Lalat. Semua berbisik sesama sendiri. Satu demi satu, jasad
yang terkulai layu bertambah. Bukan satu!
3. Mereka mesti dibunuh. Secara terbuka atau sulit. Jangan ditinggalkan bakanya.
4. Mereka semua musykil mengenai status makhluk yang terbunuh itu.
Apakah makhluk itu mamalia, amfibia, reptilia ataupun belum dipastikan
jenisnya.
5. Lalu seorang Pak Lebai yang lilitan serbannya
sepemeluk tong drum mengingatkan bahawa peristiwa hujung minggu lepas
sebagai amaran dari langit.
6. Salah seorang ahli kariah Kg. Sepening Lalat bertanya pada Pak Lebai tentang bagaimana makhluk itu terbunuh.
7. Lalu dijawab oleh Pak Lebai, mereka dibunuh dengan santau terkini: media sosial.
8. Bahkan kerja pembunuhan itu sangat mulia kerana disempurnakan dengan
bacaan mentara suci semasa leher mereka disembelih hidup-hidup.
9. Pembunuhan ini adalah usaha mulia. Ini saringan dalam sayembara
untuk mendapat bidadari dan air syurga. Lalu, anak monyet yang belum
berbulu kulitnya telah mendaftar diri sebagai pembunuh berlesen.
10. Siri pembunuhan itu telah disempurnakan dengan jayanya. Semua makhluk yang tiada bernyawa disimpan
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
Bhai Muhaimin Sulam...
ReplyDeleteTerbaek la metafora kali ini.
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot