Dalam meniti jejak perjuangan yang panjang ini banyak perkara yang mengajar kita menjadi dewasa. Terkadang bukan sahaja mereka yang bergelar tok guru, murabi , pujangga dan cendikiawan mampu mengukir mutiara kata-kata nasihat tetapi ada ketikanya orang biasa yang tak terduga juga mampu memahat arca kenangan.
Almarhum Syed Mohd Syed Hassan (Pak Syed) adalah petugas parti dan staf Pejabat Agong paling setia. Ada sahabat yang mengatakan semua rahsia parti dan pimpinan ada dalam poket Pak Syed.
Dalam kenangan bersama Pak Syed pada awal tahun 1990 masih segar lagi
dalam ingatan sambil k
"Jangan gopoh dalam perjuangan ini, sekiranya diri kita ini ibarat emas,
jauh tersembunyi dalam perut bumi pun orang akan cari. Jangan jadikan
diri kita ini ibarat kaca , bersinar depan mata pun orang tak peduli".
Saya terpegun dengan nasihat Pak Syed. Sangat mendalam maksud tamsil
ibaratnya.
Kami minum teh diwarung Pak Kassim depan Markas Tmn Melewar (sekarang KUIZM) beliau menasihati saya dengan kata-katanya
Pak Syed kembali kerahmatullah berbetulan pada hari Pas menyambut ulangtahun yang ke enam puluh, tahun 2011.
Muktamar Pas Pusat Jun ini akan kembali lagi Pak Syed dengan songkok tingginya dalam ingatan kita semua . Al Fatihah

0 comments:
Post a Comment