Home » » Ahmad Yakob: : Ini suatu sejarah dalam PAS

Ahmad Yakob: : Ini suatu sejarah dalam PAS

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob terkejut dengan keputusan bekas naib presiden parti itu, Ahmad Awang yang memutuskan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan Presiden.

Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan bagaimanapun menegaskan, pada masa ini, tiada tokoh lain yang lebih layak dan berupaya untuk menggantikan Abdul Hadi, lapor Utusan Malaysia.

“Kita sokong presiden dari dulu lagi, dari segala segi, tiada sebab kita nak tukar beliau. Abdul Hadi memang patut (kekal presiden) dan beliau juga merupakan timbalan kepada ketua ulama dunia.

“Kalau ada lebih baik (daripada ketokohan presiden), tiada masalah. Setakat ini yang sesuai dengan dasar parti adalah Abdul Hadi,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Pada masa yang sama, beliau mengulangi pendiriannya dan PAS negeri itu untuk kekal menyokong kepimpinan Abdul Hadi kerana percaya ahli Parlimen Marang itu sangat berkelayakan untuk mengetuai seb
uah parti gerakan Islam.

Minggu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Asmuni Awi mengumumkan Ahmad layak bertanding jawatan Presiden di samping Abdul Hadi dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada pemilihan parti itu bulan depan.

Semalam, Ahmad Awang yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS mengesahkan akan mencabar Hadi atas alasan untuk memperkukuhkan parti.

Ini merupakan kali pertama kedudukan Hadi sebagai pemimpin PAS dicabar dalam masa 13 tahun pentadbirannya.

Sementara itu, Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar bagaimanapun berkata, peluang bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu untuk menang amat tipis berdasarkan jumlah pencalonan yang dibuat oleh para perwakilan di peringkat kawasan.

“Dia (Ahmad) dah sahkan, bolehlah bertanding (berseloroh). Bertanding itu boleh tetapi nak menang itu saya rasa susahlah.

“Walau bagaimanapun, ini dalam sejarahlah, kalau dia betul-betul serahkan borang pencalonan. Ini suatu sejarah dalam PAS kerana sebelum ini tiada pertandingan (merebut jawatan presiden),” Ahmad Yakob dilaporkan sebagai berkata.
 

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.