Home » » Tuan Ibrahim sah tanding timbalan presiden PAS

Tuan Ibrahim sah tanding timbalan presiden PAS

Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan
presiden PAS dalam pemilihan parti itu bulan.

Beliau merupakan pemimpin kedua PAS mengumumkan bertanding jawatan tersebut.

Sebelum ini, penyandangnya, Mohamad Sabu mengumumkan beliau akan mempertahan  jawatan itu dalam muktamar parti itu.

Manakala dua lagi yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden - Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah- belum membuat sebarang pengumuman.

Menulis di Facebooknya, Tuan Ibrahim berkata, keputusannya itu sebagai menghargai kepercayaan PAS Kawasan yang mencalonkannya bertanding jawatan tersebut.

"Saya bersedia menggalas amanah yang berat ini bersama-sama kalian sekiranya diberi peluang oleh perwakilan di Muktamar PAS ke-61 untuk membawa PAS ke persada yang lebih tinggi," katanya.

Semalam, Mohamad mengesahkan akan mempertahankan jawatannya atas alasan akan terus berkhidmat sekiranya diberikan kepercayaan.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.