Home » » Fokuskan gerak kerja parti baharu secara berkesan dan profesional

Fokuskan gerak kerja parti baharu secara berkesan dan profesional

Oleh Ust Hasrizal Abd Jamil

Parti baru itu nanti berpotensi menjadi wadah untuk mengenengahkan pemimpin-pemimpin muda.
Sasarkan ramai muka baru sebagai calon dalam lingkungan usia 30'an. Dalam setahun ini lakukan program grooming yang intensif tentang sistem, aspek sosialnya, 'nature' kerja sebagai MP dan ADUN, tentukan niche masing-masing.

 Misalnya ada kelompok yang fokus pada ekonomi, ada yang pada pendidikan, family unit, trafik, industri desa, kesihatan, media dan yang seumpama dengannya. Beri mereka tugasan untuk menyelidik, bertemu ahli akademik, masyarakat di akar umbi, korek data melalui tesis-tesis Masters dan PhD di universiti dan lakarkan pelan yang hendak diusulkan.

Proses kaderisasi ini lakukan secara terbuka. Generate dana dan tawarkan kepada anak muda yang bakal menjadi calon ini penebusan hutang PTPTN jika ada.

Parti baru ini juga saya rasa berdepan kesukaran di kawasan luar bandar. Maka santuni agamawan yang atas pagar, yang masih bersama PAS tetapi tidak menganut pemikiran eksklusif berkenaan, minta pendapat mereka, namun parti baru ini jangan banyak berceramah atau terpesona dengan skill berceramah semata.

Banyakkan sesi wacana idea, pemikiran di peringkat mahasiswa, cadangkan buku untuk dibaca, galakkan mereka kritis dan dengar suara mereka. Buat masa ini kurangkan aktiviti seperti usrah, banyakkan bengkel terbuka dan berstruktur.

Promosikan akhlaq mulia, bahasa bertamadun, kukuhkan adab diri berbanding 'adab berjemaah' kerana 'adab berjemaah' itu sudah lama dimanipulasi sebagai cara menutup mulut, seseorang itu baik selagi dia patuh kepada jemaah, walaupun adab di peringkat diri bangkrap ke tahap terendah. Kata kuncinya, santuni anak muda dan agamawan yang berintegriti, Insha-Allah.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.