Home » » Tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran, berjalan terus!

Tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran, berjalan terus!

Oleh Mazlan Aliman
 
Sehari sebelum Sidang Media mengenai perletakan jawatan saya pada 15 jun lalu, Tab saya rosak.
Total loss. Beberapa hari juga kumpul duit untuk memiliki Tab yang baru, walaupun harganya beberapa ratus sahaja. Alhamdulillah.

Pro kontra yang berlegar di alam maya mengenai isu perletakan jawatan sebagai AJK Kerja PAS Pusat saya tidak tahu. Khabarnya, saya dikritik hebat. 30 tahun bersama PAS dan memperjuangkan hak peneroka Felda, saya telah lalui mehnah dalam perjuangan. Saya telah lali mengenainya. Ada yang hubungi saya dan marah2, seolah olah saya 'keluar PAS'.

Sebelum saya buat keputusan, selain kawan kawan, kepada isteri tempat saya mengadu dan berbincang. Bonda tercinta dipohon restu. Inilah insan yang paling saya sayang dan sangat memahami.

Alhamdulillah, awal ramadhan, berbuka puasa di rumah Bonda dan ibu mertua. Solat terawih di Masjid dan lepas Solat subuh berjemaah, bertadarus bersama keluarga. Terasa tenang dan mendamaikan.

Fokus adalah untuk masyarakat. Gerakerja Ngo ANAK sedang di susun. 27 jun ini majlis Iftar dan mengumpul dana di Shah Alam. Permohonan untuk buat kunjung hormat bertemu Tun Dr Mahathir pada 30 jun sedang dilakukan.

Iftar Perdana ANAK pada 4 julai di Terengganu bersama Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Ziarah dan sumbangan ramadhan akan dilakukan seperti biasa. Ia program rutin setiap tahun.

Isu FGV sedang di tangani. Laporan Polis mengenai beberapa salah guna kuasa dan penyelewengan mengenai Isa Samad dan kuncu kuncunya akan di buat minggu depan. Ia mengenai KPF, urusniaga dengan syarikat perladangan Indonesia, Felda Investment Corporation dll.

Samada berjawatan atau ahli biasa, tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran, berjalan terus!

Selamat menjalani ibadah puasa dari kami sekeluarga. Moga puasa dapat meningkatkan ketaqwaan.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.