Home » » Almarhum Fadzil Noor tidak pernah melabel sesiapa

Almarhum Fadzil Noor tidak pernah melabel sesiapa

Oleh Muhd Faiz Fadzil~

Almarhum fadzil noor adalah seorang pemimpin yang penuh dengan kasih sayang sesama pimpinan dan kepada ahli.

Ucapan akhir hayat beliau semasa muktamar 2002, beliau menyatakan yang beliau sedih untuk meninggalkan perwakilan dalam muktamar.

Hubungan baik dan mesra sesama pemimpin dijalinkan dengan cara bermesyuarat di rumah dan tumpang bermalam di rumah.

Di akhir hayat beliau, beliau mengajak saya menziarahi beberapa orang ahli biasa pas yang rapat dengan beliau sehingga mereka terkejut. Pakdin (pengawal anwar ibrahim) diajaknya naik kereta bersama. Pakdin sehingga sekarang tidak pernah putus menziarahi kami, begitu juga pakcik latif. Banyak lagi nama jika mahu disebut.

Almarhum fadzil noor sering ketawa dengan ahli dan rakyat, tidak pernah melabel sesiapa dan memarahi mana- mana ahli atau pemimpin yang mengkritik beliau.

Memandangkan begitu banyak strategi politik yang dicaturnya, sudah pasti beliau dikritik selalu sepanjang menjadi presiden. Segala kritikan dijawab dengan hujah yang mematikan kritikan.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.