Oleh Abdul Rahim Sabri
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar
bimbang kerajaan PAS Kelantan tumbang jika kepimpinan parti gagal meraih
semula sokongan rakyat selepas berlangsungnya muktamar bagi menghadapi
pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan drastik untuk memperbaiki
"kerosakan dan imej PAS yang tercalar" dengan melihat secara menyeluruh
kesan pemilihan parti - yang menyaksikan tersingkirnya pemimpin
progresif - kepada masyarakat dan anak muda.
Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kepimpinan PAS tidak
beretorik dengan "kata-kata manis" dengan menyembunyikan masalah
termasuk ketidakpuasan hati rakyat dan penyokong seperti tiada apa-apa
yang berlaku dalam PAS, sedangkan pada hakikatnya rakyat menuntut
tindakan PAS mengenainya.
"Ya, kalau gagal (atasi masalah pasca muktamar) sokongan akan merosot.
Apatah lagi dengan sokongan kewujudan parti baru, sudah pasti, ia akan
memberikan implikasi yang buruk. Yang sangat menjadi kebimbangan saya
ialah kehilangan Kelantan.
"Kita boleh kata tak (ada) apa. (Tapi) jangan sampai orang kita
menyembunyikan sesuatu, yang tidak sepatutnya kita sembunyikan (seperti)
menyembunyikan ketidakpuasan hati rakyat, penyokong dan sebagainya,"
katanya.
Dengan mengandaikan pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal sama
dengan Sarawak atau pada 2017, Mahfuz berkata kepimpinan PAS perlu
segera dan drastik mencari jalan penyelesaian dan menunjukkan rasa jiwa
besar serta merendahkan ego masing-masing demi kebaikan parti.
Beliau menjawab soalan berhubung harapan beliau kepada kepimpinan baru
PAS dan implikasi jika gagal menyelesaikan masalah dalaman parti
menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ketika diwawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata faktor
kewujudan parti baru juga perlu ditangani kerana menurutnya boleh
memberi "implikasi yang sangat tidak sihat" dan PAS perlu memperlihatkan
sikap lemah lembut dan kasih sayang sewaktu mengadakan rundingan dengan
mereka.
"Keutamaan kita ialah PAS meletakkan matlamat Islam. Jadi bagaimana nak
menyelamatkan imej Islam? Imej Islam mesti diselamatkan supaya oran
lihat Islam agama yang baik dan lemah lembut, kasih, sayang, bukan
dilihat," katanya.
Sokongan 'tak menggembirakan'
Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas kepimpinan PAS yang dikuasai
kumpulan pro-ulama malah menasihatkan mereka agar meneliti maklum balas
dan komen rakyat terhadap PAS selepas muktamar, yang disuarakan dalam
media online yang mesra parti itu.
Beliau berkata berdasarkan rumusan seorang ahli akademik yang juga
sahabatnya kepadanya, menunjukkan maklum balas yang diberikan kepada PAS
selepas muktamar "tidak menggembirakan" beliau.
"Kalau sebelum (pilihan raya umum) 2008, Datuk Rohani Ahmad membuat
andaian rambang berasaskan komen dalam media online, dia buat satu
rumusan bawa BN akan kalah.
"Tapi bila kawan saya dari universiti buat rumusan dengan mengambil
(maklum balas) media online macam Harakahdaily, Tranungkite, dan satu
dua tiga lagi, yang memperlihat peratusan (sokongan) yang tidak
menggembirakan kepada PAS.
"Saya tidak lihat sangat keputusan muktamar, tapi orang yang komen hasil
daripada, bagaimana perjalanan kempen (dalam pemilihan), yang dilihat
tidak sihat," katanya.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment