Oleh Subky Latif
RATA-rata orang memerhatikan pemilihan pimpinan PAS Jun ini pada pertandingan presidennya justeru ada cabaran buat pertama kali.
Tetapi
pertandingan sebenarnya dan sepatutnya diperhatikan ialah timbalan
presidennya terutama antara penyandang Haji Mohamad Sabu dan pencabar
Tuan Ibrahim Tuan Man. Mat Sabu adalah orang jutaan ringgit bagi PAS,
manakala Tuan Ibrahim berada di depan dalam pencalonan oleh
kawasan-kawasan.
Pertandingan timbalan itu kali ini
boleh dikira isyarat pada pimpinan masa depan PAS. Faktor usia dan
kesihatan presidennya TG Haji Abdul Hadi Awang menjadikan semua pihak di
dunia – dalaman dan luar negari – memberi perhatian kepada calon-calon
timbalan presiden itu.
PAS sebagai satu-satunya parti Islam
yang stabil dan tersohor di Asia Tenggara adalah menarik perhatian semua
– Pantagon, Tel Aviv, China dan terutama Singapura.
Pertandingan
presiden tidak dikira susah kerana TG Haji Hadi dilihat sebagai
Muhammad Ali di gelanggang tinju berdepan peninju bukan pilihan. Orang
masuk membeli tiket bukan untuk melihat pertandingan presiden tetapi
hendak melihat perlawanan timbalan presiden.
Sekalipun ada calon lain tetapi pertandingan sebenar adalah antara dua yang utama itu.
Saya
tidak bercadang dan tidak pernah mempromosikan Tuan Ibrahim, dia telah
membina kedudukan tanpa memburu jawatan itu, tetapi dari segi pencalonan
dia telah memintas lawannya. Tetapi Mat Sabu adalah calon popular yang
diharapkan oleh banyak pihak untuk perubahan. Tuan Ibrahim tidak dilihat
bercakap tentang perubahan dan tidak bercadang untuk mengalih arah tuju
PAS, cuma mahu membantu memperkukuhkan apa yang sudah dalam parti,
meneruskan tafsir kepimpinan ulama seperti yang difikirkan oleh
pimpimanan ulama sejak konsep itu dicetuskan tahun 1982 dulu.
Mat
Sabu adalah penglima dan pendekar PAS yang keluar masuk ISA, jadi
seperti Khalid Ibni Walid dan Saidina Hamzah Abdul Mutalib di medan
tempur. Jika mati dalam tempur itu mungkin boleh dinobatkan sebagai
penghulu orang syahid Melayu. Kalau PAS mahu satu lagi Panglima Jihad
selepas Hassan Adli, Mat Sabu calon terbaik.
Tuan Ibrahim
ada ilmu tapi tidaklah alim sangat seperti Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil
Noor, TG Nik Abdil Aziz dan TG Haji Hadi. Jika orang PAS selepas ini
mahu jenazah diimamkan dan ditalkinkan oleh pemimpin PAS, orang suka dia
menyempurnakannya. Bukan Mat Sabu tak boleh tapi orang suka biar Tuan
Ibrahim buat kerja itu.
Kehebatan politiknya mungkin tidak
sepintar Husam Musa dan Mustafa Ali, tetapi mengikut ukuran Sir Winston
Churchil, kelayakan politik seseorang ialah apabila dia bercakap, orang
dengar. Ceramah Tuan Ibrahim orang suka dengar. Kalau bagi kuliah orang
tak faham, orang ngantuk dan tak berminat, untuk jadi ketua cawangan pun
kurang sesuai.
Sebelum akif dalam PAS dia sudah jadi Datuk.
Apa kelebihannya. Agaknya Sultan Pahang pun minat dengan ceramahnya.
Jika cakap Sir Winston dijadikan ukuran, Tuan Ibrahim ada kelayakan.
Tetapi Mat Sabu pun diminat ramai. Pemuda India dan belia Cina yang
tidak faham sangat dengan perjuangan PAS, tak bergerak mendengar ceramah
Mat Sabu.
Tuan Ibrahim adalah ulama lulus UKM saja,
tetapi lebainya belum tentu kurang daripada orang lulusan Mesir. Seperti
Almarhum Datuk Haji Ibrahim Said bekas Mufti Sabah dan Imam Masjid
Negara. Dia memondok di Semenanjung dan di Jambi saja. Tetapi dia boleh
betul baris dan nahu lepasan Azhar dan Mekah.
TG Haji Hadi
sudah berusia dan selalu ada gangguan kesihatan. Pencabarnya pula lebih
tua daripadanya dan dipercayai ada masalah kesihatan juga. Maka, masa
depan PAS bergantung pada pemilihan timbalan presiden, antara Mat Sabu
dan Tuan Ibrahim. Siapa yang Allah pilih antara keduanya?
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment