Oleh Mohd Sayuti Omar
Seperti
mana dijanjikan di sini saya kemukakan ulasan dan pandangan luaran saya
mengenai
kekalahan teruk golongan prolib dalam pemilihan PAS minggu
lepas. Alasan yang saya beri ini adalah semata-mata dari sudut pandangan
saya dan apa yang saya lihat sendiri.
Sebelum saya menurunkan ulasan atau post mortem kekalahan mereka, saya
hendak jelaskan; saya sudah menyebut kepada beberapa pimpinan prolib dan
dicadangkan agar mereka jangan bertanding. Mereka hendaklah serahkan
jawatan itu kepada golongan "sinu", yang mengakui mereka ulama dan ustaz
itu. Saya membuat cadangan itu kerana arus yang berlaku saat itu begitu
kencang sekali dan perancangan untuk menumbangkan golongan prolib
sangat tersusun.
Saya hendak jelaskan kenapa saya sering menulis dan menyebut "mereka
menganggap diri mereka ulama", sebab sesetengah daripada mereka tidak
pun layak untuk mendapat gelaran itu, baik daripada segi ilmu, amalan
dan juga sahsiahnya. Sebahagian daripada mereka hanya menumpang naungan
saja atau pakai name tag ulama atau ustaz. Atau setakat hafal juz amma,
seperti juga yang boleh dilakukan puak prolib. Bahkan dalam prolib ada
yang ilmu agamanya lebih tinggi dan mendalam.
Berbalik kepada cadangan saya tadi, agar jangan bertanding dan serahkan
saja jawatan secara sukarela, mereka tidak setuju. Setengah memberi
alasan mereka perlu bertanding kerana hendak pertahankan jawatan. Saya
kata kepada mereka kalau hendak bertanding mesti berbuat sesuatu,
persiapan melawan serangan mendatang perlu dilakukan.
Jangan bertanding
dengan tangan kosong dan bermodalkan air liur sebab ia bakal memberi
kesan buruk.
Mereka tidak peduli, dan tidak mahu bermain secara jantan bagi
mempertahankan kedudukan mereka. Saya percaya dalam firasat mereka,
mereka kira penolakan secara segerombolan itu tidak akan berlaku. Ada
yang berfirasat, mungkin orang lain kalah tetapi mereka masih dipilih
secara tunggal. Ternyata tanggapan mereka itu meleset. Mereka juga turut
bungkus.
Saya tahu mereka tidak mahu membuat persiapan melawan serangan, kerana
menghormati dan menjaga maruah PAS. Mereka tidak tergamak membawa PAS
seperti parti-parti lain, panas semasa pemilihan yang kemudiannya
menyebabkan parti jadi "kucar lembel". Dalam erti kata lain mereka
berlawan secara beretika. Tetapi soalnya lawan mereka sudah hilang akal?
Justeru saya berhujah, tindakan itu salah dan bakal memakan diri kerana
di pihak "sinu" sudah mabuk dan hilang identiti diri sebagai parti PAS
yang zuhud dan tawaduk. Mereka sudah kerasukan dan ghairah untuk
menguasai PAS. Mereka lupa kepada adab dan peraturan. Lupa kepada
sahsiah parti yang mereka dokong. Mereka sudah ratib dan zikir yang
golongan sebelah sini sebagai pengkhianat dan jahat. Dan paling bahaya
apabila "ghanimah" sudah membayangi mata mereka.
Lihat kepada bentuk mereka berkempen, khasnya melalui media baru yang
tidak tergamak untuk disaksikan atau pun dilihat. Kerakusan dan kebuasan
puak sinu tergambar dalam pelbagai bentuk kempen. Logistik kempen
mengalahkan Umno semasa kempen pemilihan pemimpinnya. Selepas ini
mana-mana orang dalam Umno hendak bertanding bolehlah memajak mastermind
kempen untuk golongan sinu itu kerana ia ternyata berkesan.
Bukan itu saja, saya mencadangkan agar puak prolib juga sepakat
menentang perlawanan daripada puak sinu. Mereka hendaklah membentuk
kumpulan secara rasmi dan menyediakan manifesto perjuangan tersendiri
dalam PAS. Kemukakan wawasan dan iltizam mereka yang bersesuaian dengan
perjuangan parti. Hujah saya kalau di pihak sinu, boleh buat majlis,
semata-mata untuk menuba ahli dan perwakilan agar menolak mereka, kenapa
tidak dengan puak sini. Tetapi sekali lagi tidak dihiraukan. Mereka
tetap mahu bertanding secara bersendirian, pro, bukan berpasukan seperti
di sebelah sinu kerana mahu mengawal parti menjadi sebuah parti yang
dimuliakan.
Akhirnya tindakan bersendirian dan secara masing-masing itu memakan diri. Mereka ditelan satu persatu oleh sang naga api.
Kesimpulan kekalahan itu ialah:
1. Berlaku perlawanan yang berat sebelah.
2. Kempen yang jahat dan sadis oleh pihak sinu.
3. Sikap sambil lewa puak prolib yang masih menghormati parti dan bacaan politik yang salah.
4. Terlalu bersangka baik dengan apa yang dilakukan kepada mereka.
5. Tidak ada manifesto atau agenda khas seperi mana puak di sebelah
sinu yang berniat hendak menguasai PAS bagi menolak puak prolib.
6. Tidak mendapat sokongan moral daripada awam, seperti media kroni PB dan lain-lain.
7. Tidak membuat persediaan, menguasai cawangan dan mesyuarat kawasan.
8. Tidak ada gerakan tersusun (bawah tanah) untuk mempertahankan kedudukan, secara berpuak.
9. Gagal menjelaskan tuduhan (fitnah) yang dilemparkan oleh puak sinu,
walaupun ia tidak betul tetapi diterima oleh perwakilan yang cetek
pemikiran.
10. Awal-awal lagi puak prolib menjadi inferiority complex kerana
apabila mereka dituduh sebagai bukan orang agamawan dan ulama, daripada
segi moralnya mereka sudah tewas.
11. Penubuhan PasMa yang berjaya digambarkan sebagai kumpulan PAS baru untuk menentang golongan ulama.
Itulah antara sebab dan faktor mengapa puak prolib kalah dalam
pemilihan tempoh hari. Apa yang berlaku proses pemilihan dalam PAS juga
sudah berubah menjadi advance, berbanding dengan parti lain, tetapi
malang kecanggihan itu gagal ditangkis prolib, kerana itu kejayaan
dicapai puak "sinu" hampir 100%. – msomelayu.blogspot.com
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment