Dua hari sebelum pencalonan pemilihan PAS
ditutup, persaingan kerusi nombor dua parti itu lebih menarik apabila
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula layak
bertanding.
Lebih menarik, penyertaan Mohd Amar - yang mendapat sekurang-kurangnya
tiga pencalonan - buat kali kedua, menghidupkan semula peluang
penyandang Mohamad Sabu, yang ketika ini seperti nyawa-nyawa ikan.
Berdasarkan
keputusan tidak rasmi 134 daripada 191 kawasan setakat ini, Mohamad
hanya mendapat 12 pencalonan, Mohd Amar (3) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man (99).
Justeru senario pertembungan tiga penjuru jika berulang boleh mengulangi
sejarah pemilihan PAS pada 2009 dan 2011, yang membuka peluang kepada
calon dengan sokongan minoriti.
Pada 2009, Mohamad kalah kepada penyandang Nasharuddin Mat Isa ekoran perpecahan undi dengan seorang lagi calon pro-Pakatan Rakyat Datuk Husam Musa.
Dua tahun berikut, keadaan sebaliknya berlaku apabila berlaku perpecahan undi calon proulama, menyebabkan Mohamad merampas kerusi itu.
Ujian sebenar Mohamad dilihat berlaku pada 2013 apabila berlaku pertembungan satu lawan satu dengan Mohd Amar yang menyaksikan beliau menang tipis 98 undi.
Mohamad mendapat 588 undi manakala Amar pula 490 undi.
Bagaimanapun, sebagai seorang tokoh nasional, situasi ketika itu lebih menguntungkannya ketika berdepan Mohd Amar.
Mat Sabu tak pertahan jawatan?
Dalam pemilihan Jun ini, jika Tuan Ibrahim dan Mohd Amar gagal mencapai
kata sepakat ke arah pertembungan satu lawan satu, Mohamad masih
mempunyai peluang mempertahankan jawatan buat penggal ketiga.
Bagaimanapun, jika satu lawan satu menjadi kenyataan, Mohamad mungkin
terpaksa mempertimbangkan keputusan perit tidak mempertahankan jawatan.
Berdasarkan
situasi semasa, di atas kertas, peluang Mohamad dilihat paling genting.
Sebagai seorang penyandang dua penggal, 12 pencalonan diterimanya bukan
petanda baik.
Dalam masa sama, Mohd Amar (kanan) pula bukan lagi 'jaguh kampung' yang dikalahkannya dua tahun lalu.
Amar kini jauh lebih popular di mata anggota PAS apabila ke depan dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Manakala Tuan Ibrahim pula, hari demi hari mula disenangi kedua-dua pihak tidak kira golongan proulama atau pro-Pakatan.
Selamat
dengan undi proulama, pendirian dan pendekatan Tuan Ibrahim, antaranya
ketegasan menyokong PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh walaupun
berbeza pendirian dengan presiden, membuatkannya lebih diterima.
Pada 22 April lalu, tiga hari sebelum penamaan calon, Hadi masih gagal
menyatakan ketegasannya terhadap ulama akar umbi parti itu yang
mengeruhkan hubungan Pakatan dengan fatwa “haram mengundi calon tolak
hudud”.
Hadi malah keberatan menyeru orang ramai menyokong calon Pakatan walaupun dua kali ditanya dalam sebuah forum di Shah Alam.
Namun, pada hari sama, Tuan Ibrahim (atas), yang mengetuai
kempen pilihan raya PAS Rompin, membuka mata banyak pihak apabila tampil
mengarahkan sokongan diberi dan perbezaan diketepi.
Hadi dapat simpati
Dengan itu, Tuan Ibrahim berada di landasan betul untuk "mengambil hati"
pemimpin dari kumpulan profesional - yang dianggap mesra Pakatan.
Bagi jawatan presiden pula Hadi terus mencatatkan pertambahan sokongan
akar umbi kawasan supaya beliau komited mempertahankan jawatannya itu
buat kali keenam berturut-turut, sekalipun diasak hebat daripada dalam
dan luar parti.
Hadi (kiri) sudah jauh di depan dengan 99 undi, tokoh ulama PAS Ahmad Awang yang disebut-sebut calon pencabar terbaik hanya memperoleh tiga undi dan Husam pula lapan undi.
Dengan kontroversi berbulan-bulan siapa sangka Hadi kini mula memperoleh
kembali sokongan akar umbi yang mula simpati kepadanya akibat asakan
hebat terutama daripada DAP.
Di atas kertas Hadi boleh mempertahankan jawatan, apatah lagi apabila pencabarnya masih berteka teki berhubung kesediaan mereka.
Berdasar sejarah PAS, diam sebegitu - ketika menawarkan diri dianggap kurang manis - tidak selalu menguntungkan.
Pada 2009, 'puasa' Husam daripada mengumumkan kesediaannya bertanding tertanya membawa padah.
Terus berteka teki hanya membuatkan jentera kempennya di peringkat bawah lambat aktif.
Ramai juga lupa, pada tahun sama Mohamad menyatakan kesediaan awal untuk bertanding bagi “membantu presiden” dan kejayaan memihak padanya.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment