Home » » Hadi mesti selesai sendiri isu boikot PRK,

Hadi mesti selesai sendiri isu boikot PRK,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini digesa seorang pemimpin parti mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu bantahan Pemuda PAS Pulau Pinang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata, presiden PAS itu perlu turun sendiri ke kawasan Parlimen itu atau membuat kenyataan bagi menasihatkan mereka agar mematuhi keputusan yang dibuat PAS Pusat.

Langkah ini perlu katanya, kerana Pemuda PAS di sana sudah menyatakan dengan jelas yang mereka hanya menerima arahan dari presiden PAS sahaja.


"Memandangkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dengan secara tidak wajar mengheret nama dan imej presiden PAS bagi menjustifikasi sikap, pendirian dan keputusan beliau tersebut, maka elok juga jika presiden PAS dapat turun ke Pulau Pinang dan menasihati mereka supaya menarik balik tindakan memboikot tersebut yang secara jelas memburukkan imej PAS.

 "Jika sekali pun presiden PAS dengan kesibukan beliau selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Dunia perlu memberi komitmen yang amat tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, dan mungkin tidak berkesempatan turut sama berkempen di Permatang Pauh, maka saya percaya kenyataan rasmi presiden PAS meminta mereka menarik balik keputusan boikot tersebut, dan turut sama membantu calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, akan menyelesaikan segera kemelut yang tidak sepatutnya timbul ini," kata Hanipa dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Hanipa mengulas tindakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang mengarahkan semua jentera Pemuda PAS direhatkan dari membantu calon Pakatan Rakyat (PR) dari PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang bertanding di PRK Permatang Pauh.

Kenyataan Yusni disokong satu kenyataan yang dikeluarkan 8 ketua Pemuda PAS kawasan di negeri itu.

Hari ini, isu itu merebak ke Selangor apabila Timbalan Ketua Pemuda PAS Selayang Mohamad Zuhdi Mat Piah pula membuat kenyataan menyokong abangnya, Yusni.

Dalam kenyataannya Zuhdi berkata beliau menyokong pendirian serta ketegasan Yusni berhubung kenyataan media Pemuda PKR Pulau Pinang yang dianggap menghina dan memfitnah Hadi pada 26 Februari lalu.

"Antara kenyataan biadap mereka, kononnya ketika Umno Barisan Nasional (BN)sudah di penghujung nyawa, tiba-tiba presiden ingin muncul sebagai wira yang mahu menyelamatkan Umno BN, juga mendesak presiden undur dari jawatan itu, kononnya beliau tidak lagi selari dengan PR.

"Apa hak kamu atas kenyataan dan desakan tersebut?" soal Zuhdi dalam kenyataannya.

Bagi Zuhdi, Pemuda PKR Pulau Pinang wajib memohon maaf di atas keceluparan tersebut, "tetapi malangnya dengan sengaja mereka abaikan tempoh yang diberikan berlalu begitu sahaja."

Zuhdi dalam kenyataannya juga kesal kerana tindakan akan diambil terhadap Yusni "hanya kerana mempertahan maruah presiden dan prinsip perjuangan PAS."

"Bagaimana dengan mereka yang secara langsung terlibat dengan PasMa dan melanggar arahan Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat?” soalnya.

Timbalan presiden PAS yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu dalam kenyataannya sebelum ini berkata Yusni akan disiasat dan dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin parti ekoran tindakannya melanggar keputusan PAS Pusat.

Ia disokong Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat yang berkata Pemuda PAS akan menyokong cadangan yang akan dikemukakan Mat Sabu dalam mesyuarat PAS akan datang.

Bagi Hanipa, apa yang dilakukan Pemuda PAS Pulau Pinang dan disokong pula Pemuda PAS Selayang, sudah pasti amat mengecewakan ahli PAS.

"Adalah jelas tindakan 'kebudakan-kebudakan' dan tidak matang beliau tersebut bertentangan sama sekali dengan keputusan sebulat suara PAS Pusat yang memutuskan menyokong penuh dan akan bekerja bersungguh sunguh membantu Dr Wan Azizah bagi memenangkan calon PR tersebut," katanya.

Beliau turut mengungkit sikap mereka yang selama ini bercakap soal wala' (taat) tetapi kali ini tidak wala' kepada keputusan PAS Pusat.

"Pemuda PAS Pulau Pinang yang biasa dengan istilah wala' sepatutnya tidak mempunyai masalah memahami yang keputusan PAS Pusat adalah mengikat.

"Maka Ketua Pemuda Pulau Pinang sewajarnya mengarahkan semua jentera Pemuda PAS Pulau Pinang memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada Dr Wan Azizah," kata Hanipa.

Baginya, amat malang apabila Yusni memilih untuk tidak melayan, jauh sekali menghormati, segala kenyataan dan arahan daripada pemimpin atasan seperti timbalan presiden PAS, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Suhaizan

1 comments:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.

    ReplyDelete

My Blog List

Blog Archive

.