Oleh Mohd Sayuti Omar
Kira-kira 200 orang yang hadir pada diskusi
dengan tajuk indah, "Mempersadakan Pas di pentas perjuangan" yang
menampilkan Ahmad Awang sebagai panel utama sertak itu juga perluncuran
buku kecil tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa, berjudul: Melakar Agenda: Masa
Depan Politik Malaysia, di Ampang malam tadi saya yakin mereka hadir
bukan sekadar mahu membincang bagaimana hendak mempersadakan perjuangan
Pas, tetapi lebih penting ingin mengintai-intai apakah Ahmad Awang akan
mencabar Abdul Hadi Awang atau tidak.
Persoalan itu lebih membutuhkan jawaban daripada berkongsi idea bagaimana hendak persadakan Pas.
Secara tektikalnya Ahmad sudah pun layak untuk bertanding merebut
jawatan presiden Pas apabila sudah menerima lima pencalonan. Bagaimana
pun pencalonan itu bukan diperolehi secara rasmi melainkan menerusi
maklumat dalam media massa sahaja. Abdul Hadi Awang penyandang jawatan
presiden selama lebih 12 tahun kini jauh meninggalkan Awang dan juga
Husam Musa dari jumlah pencalonan tidak rasmi, sebanyak 83 kawasan
manakala Husam lapan.
Saya yakin walaupun Husam mendapat
pencalonan lebih banyak daripada Ahamd Awang, bekas Exco Kelantan itu
tidak berani mengambil risiko untuk menentang Abdul Hadi. Ke jawatan
mana Husam masih kabur dan beliau kini benar-benar dalam keadaan tidak
menentu dan sedang mambaca arah angin. Silap perhitungan Husam tidak
bertanding apa-apa jawatan penting.
Berbalik kepada mauduk tadi,
kalau bukan untuk melihat atau mengetahui apakah sikap Ahmad Awang itu,
saya jamin tidak ramai yang datang. Kalau hanya sekadar ingin melihat
perluncuran buku kecil Dr Mujahid orang ramai boleh mengikuti menerusi
internet sahaja. Pedas FM sebuah rangkaian radio internet menyiarkan
secara langsung majlis malam tadi.
Beberapa penjelasan oleh
Ahmad apa yang berlaku di sekitar Pas, dan sedikit menjenguk ke dalam
Pas sejak kebelakangan ini memberi kepuasan dan maklumat baru kepada
hadirin. Mereka mendapat maklumat sahih dan cerita sebenar terutamanya
peristiwa di saat-saat penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan
Selangor selepas pilihan raya tahun 2008.
Apa dijelaskan Ahmad
semalam, ia sedikit mengejutkan bagi mereka yang baru mendapat maklumat
fresh. Bagaimana sikap sesetengah pemimpin Pas yang mahu "bercina buta"
dengan Umno kerana mengejar kedudukan. Begitu juga penglibatan Mufti
Perak Harusani Zakaria dalam politik di negeri itu sehingga sanggup
berkereta ke Kota Bharu dalam hujan malam dan memanipulasikan hasil
perjumpaan dengan Allahyaraham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ahmad
juga mendedahkan bagaimana beliau diasak oleh pimpinan tertinggi Pas
agar menerima kerjasama dengan Umno.
Bagaimana pun malam tadi
orang ramai pulang dengan tanda tanya apabila Ahmad enggan menegaskan
apakah dia akan mencabar Abdul Hadi atau tidak. Situasi masih suspen.
Sebenarnya naluri orang ramai malam tadi mahukan penegasan daripada
bekas Pesuruhjaya Pas Perak itu setidak-tidak untuk memuaskan hati,
bahawa kedudukan Abdul Hadi yang disifatkan sesetengah orang menjadi
liabiliti kepada Pas akan dicabar dan tidak menang percuma.
Sebaliknya naluri itu dilayan oleh Ahmad dengan menjawab dia akan tunggu
dan lihat kepada pencalonan. Menurutnya masih ada sekitar 30 kawasan
yang belum membuat keputusan. Tetapi daripada apa yang dibayangkan
semalam menunjukkan sekiranya ada pencalonan sampai 40 kawasan dia pasti
akan mencabar Abdul Hadi. Tampak Ahmad sangat berhati-hati dan
menyerlahkan sebagai sifat al ulama sebenar yang tidak gila kepada
jawatan dan gila glamour.
"Kita tengok pencalonan nanti, sejauh
mana, ada 30 kawasan yang masih belum membuat keputusan dan ada juga
kawasan yang tidak mencalon sesiapa," katanya.
Hurainya apabila
ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa, ia seperti tidak bersetuju
dengan presiden kerana dalam keadaan orang mahukan presiden
mempertahankan jawatan tetapi sesetengah kawasan itu mengambil sikap
berkecuali. Dapat difahamkan yang tidak mencalon presiden itu ialah
kawasan yang tidak mahukan kepadanya?
Sindiran atau gambaran
harapan itu sebenarnya sangat jelas bagi saya, Ahmad sudah bersedia
untuk berdepan dengan Abdul Hadi. Ini dikukuhkan lagi kekerapan beliau
turun padang sejak ke belakangan ini, seperti hadir ke penamaan calon
pilihan raya kecil Rompin dan juga Permatang Pauh. Dalam usia 79 tahun
beliau masih lagi mengagahkan diri dan bersemangat memberi petunjuk
beliau sedia untuk memimpin Pas.
Malam tadi pun Ahmad sanggup
berdiri untuk menjawab pertanyaan hadirin, sikap itu menjelaskan dia
masih kuat dan bersemangat untuk bertanding.
Sekiranya bekas
Naib Presiden Pas itu melawan Abdul Hadi bukan menunjukkan dia membenci
presiden itu, tetapi perlawanan itu sebagai teguran secara demokratik
kerana Pas sebuah parti demokrasi. Jadi tindakan Ahmad itu nanti masih
berpelembagaan. Justeru tidak betullah kalau ada sesetengah budak-budak
hingusan dalam Pas, kalangan ustaz juzu amma, mengatakan Ahmad Awang
jahat dan khianat kepada kepimpinan ulama.
Pandangan dan analisa
Ahmad kepada apa yang berlaku dalam Pas kini juga menarik. Katanya
pertelingkahan yang berlaku dalam Pas kini, bukan disebabkan perbezaan
golongan ulama dan profesional, tetapi apa menyebabkan berlaku
pertelingkahan kini kerana ada yang kesal dan kecewa atas kegagalan
pemimpin termasuk presiden menguruskan parti secara adil dan saksama.
"Bukan soal jalur ulama atau profesional, tetapi amanah dan keadilan
yang sepatut dilaksanakan secara baik tidak berlaku dalam Pas, inilah
menjadi punca wujudnya kekecewaan dan kekesalan, pertelingkahan,"
begitulah kira-kira katanya sangat jelas dan tepat.
Menilai
sosok Ahmad Awang untuk diangkat sebagai presiden Pas beliau memiliki
kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Mungkin bagi mereka yang baru
semalam memasuki Pas atau baru baligh dalam Pas tidak mengenali siapa
dia Ahmad. Beliau tidak dikenali kerana tidak ada yang menobat dan
menjunjungnya macam tapai beras.
Ahmad Awang sebenarnya lebih
luas pengalamannya dalam gerakan Islam, khasnya dakwah Islamiyah
berbanding dengan Abdul Hadi sendiri. Beliau pernah berkhidmat di Pusat
Islam dengan memegang jawatan selaku Pengarah Dakwah, dimana orang yang
bertanggungjawab merangka dan membina modul dakwah di negara ini
menerusi institusi berkenaan. Selain itu juga beliau pernah memegang
jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM), sebuah
organisasi dakwah yang berpengaruh hingga ke peringkat antara bangsa.
Dalam kata lain Ahmad mempunyai ilmu dan pengalaman mengurus secara
sistemetik dan bukan seperti mengurus surau atau masjid sendiri.
Dalam erti kata lain beliau lebih awal menggerakkan aktiviti dakwah
berbanding dengan tokoh-tokoh lain dalam Pas termasuk Hadi sendiri.
Hebat atau tidak, berkesan atau tidak beliau menggerakkan dakwah semasa
menjadi Ketua Pengarah Dakwah, sehinggakan beliau ditekan oleh pemimpin
Umno termasuk Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Seperti ceritanya
bekas Setiausaha Agung Umno (saya percaya Sanusi Junid) mendesak agar
Ahmad Awang meninggalkan Pusat Islam kerana beliau telah menjadikan
Pusat Islam sebagai satu entiti kepada Pas. Dr Mahathir pula tidak
habis-habis memperli dan menekan Ahmad Awang kerana penglibatan beliau
mengembangkan Islam sejajar kehendak Pas di Pusat Islam itu. Bagi Umno
secara diam Pusat Islam tekah ditadbirkan oleh Pas dengan Ahmad Awang
sebagai ketuanya.
Pernah dalam satu perhimpunan agung Umno, Dr
Mahathir menyindir Ahmad Awang yang mengetuai Persatuan Ulama Malaysia
dengan mengatakan di negara ini kalau anda mahu dikenali sebagai ulama
dan menjadi ulama, sertailah Persatuan Ulama Malaysia, anda akan jadi
ulama secara automatik. Sangat mudah untuk anda menjadi ulama. Begitu
sekali Dr Mahathir mengkritik Ahmad Awang dan menghina institusi Islam.
Kenapa Mahathir mengkritik dan menekan Ahmad ialah kerana dari
persepktif Mahathr peranan yang dimainkan Ahmad Awang menerusi
jawatannya itu membahaykan Umno dan menyebabkan Pas makin subur dan
diterima umum. Menyedari hakikat itulah menyebabkan Ahmad Awang akhirnya
dibeku dan diturunkan pangkat sebagai pengarah Dakwah Pusat Islam.
Memahami tindakan kerajaan UBN ke atas Ahmad itu menunjukkan beliau
seorang yang bahaya dari konteks Umno. Ahmad ada keupayaan dan idea
kepimpinan tersendiri bagi mengembangkan Islam di negara ini. Ini sangat
berbeza dengan batang tubuh Abdul Hadi dalam mata Mahathir. Seingat
saya Mahathir tidak pernah sekali pun mengkritik atau menegur Abdul Hadi
seperti mana dilakukan kepada Awang Awang dan juga Nik Abdul Aziz.
Bahkan semasa Abdul Hadi kuat "mengucar" sehinggakan mengeluarkan Amanah
Haji Hadi, Mahathir biarkan sahaja tanpa mengenakan apa-apa tindakan.
Kenapa, ini kerana bagi Mahathir, tahu Abdul Hadi tidak seorang sosok
yang bahaya kepada Umno. Mungkin dengan ilmua psykologis yang tinggi
yang dimiliki oleh bekas PM dia sudah dapat membaca bahawa tindakan dan
corak kepimpinan Abdul Hadi memberi kebaikan kepada Umno kerana itu
baginya beliau tidak dikritik dan terus diharapkan menjadi pemimpin Pas
kerana ia melabakan Umno selagi Hadi menjadi orang nombor wahid.
Apa yang dirasakan itu hari ini sudah menunjukkan bukti dan hasilnya.
Dengan Abdul Hadi menjadi presiden Pas selama 12 tahun, Umno menjadi
lebih mudah untuk mengukuhkan kuasanya dan juga menarik perhatian orang
Melayu supaya bersama dengan Umno. Pas hari ini pun berada dalam keadaan
tidak mantap dan kemas. Dan Terengganu yang tersimbah tsunami Reformasi
1999 dikuasi Pas, tetapi 2008 kalah kembali.
Kelemahan daya
kepimpinan presiden Pas itu sehinggakan ia meresahkan orang ramai,
membuktikan Abdul Hadi telah berjaya melaksanakan harapan dan impian
Mahathir, dimana kenaifan kepimpinan Abdul Hadi itu melemahkan Pas dan
menjadikan Umno tidak perlu berfikir bagi mana untuk mengatasi Pas.
Isu-isu Hudud, pertelingkahan Abdul Hadi dengan PKR dan DAP secara tidak
langsung kerja-kerja Umno telah dibeli oleh Abdul Hadi.
Sebab
itu kalau diperhatikan Umno beriya-iya benar mempertahankan Abdul Hadi
sebagai presiden sampai menggunakan Utusan Malaysia kerana bagi Umno
selagi Hadi berada di kerusi itu Umno tidak begitu bahaya dan tidak
perlu berkerja kuat untuk memasti kemenangan kerana ia telah dibantu
oleh Hadi dan mereka sepagar seteman dengannya.
Berbalik kepada
soal Ahmad Awang tadi saya yakin pada Jun depan, dua anak Awang akan
berentap untuk merebut jawatan utama Pas. Kalah menang bagi Ahmad tidak
menjadi persoalan, yang penting dia menjalankan tanggungjawabnya cuba
mengisalahkan parti yang disayanginya, menerusi kebenaran demokrasi yang
diamalkan dalam Pas. Bagaimana pun bagi anak Awang seorang lagi beliau
harus insaf kalau pun tidak bertaubat, bahawa kepimpinannya sudah mulai
dicabar.
Inilah bahananya Pas tidak terbuka hati untuk
mengamankan Pas (Ahmad) dengan melantiknya sebagai Mursyidul Am seperti
mana saya cadangkan sebelum ini.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment