Oleh Abd Shukur Harun
SEJAK puluhan tahun, iaitu sejak zaman bekas
Presiden PAS Allahyarham Haji Yusuf Rawa, Ustaz
Fadzil Mohd Noor, Ustaz
Yahya Othman, Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat hingga kini, pendukung PAS
telah dididik dalam semua program tarbiyahnya dengan menekankan
keperluan membuka seluasluasnya medan dakwah.
Para murabbi ulung
itu mendidik pendukung PAS supaya memperbanyak sahabat, mengurangkan
musuh dan berhujah dengan ilmu. Sebab itu, pendukung PAS diwajibkan
menambah ilmu dan kefahaman Islam dengan segala keluasannya.
Para
murabbi PAS itu juga menekankan supaya pendukung PAS tidak membina
kelompok dan golongan di antara mereka. Pesan para murabbi itu lagi
supaya pendukung PAS tidak membina gelar dan lebel kepada sesiapa pun.
Saya masih ingat akan ucapan Allahyarhamm Ustaz Yahya Othman ketika
memberi kuliah di rumah saya di Subang Jaya pada suatu malam untuk para
sahabat dari Subang, Pucung dan Shah Alam, lama dulu mengenai sifat
gerakan Islam seperti PAS yang juga sebagai sebuah parti politik
berteraskan Islam.
Kedua-dua entiti ini tidak terpisah, bahkan
saling sempurna menyempurnakan. Justeru, dengan tarbiyah yang berterusan
itu, pendukung PAS sudah lama faham bahawa sebagai pendukung harakah
Islam adalah juga petugas parti politk PAS.
Tidak ada pendukung
PAS yang merasakan bahawa PAS hanya sebuah parti pilitik, bahkan mereka
faham bahawa PAS juga adalah sebuah jemaah Islam dengan segala cirinya.
Ini mereka faham sejak menerima tarbiyah berterusan sejak puluhan tahun
lalu. Walaupun suasana berubah, tetapi teras dan konsepnya tidak
berubah.
Tarbiyah yang mereka peroleh, sentiasa menekankan ahli
mengenai kepentingan ukhuwah Islamiyah di antara para jemaah, berkasih
sayang, meruntuhkan sikap prejudis antara golongan dan antara satu sama
lain, tidak lebel melebal, tidak takabbur dan riak yang diistilahkan
“wujubanbinnafsi” atau kagum terhadap diri sendiri.
Inilah ciri
tarbiyah yang kami tekuni sejak puluhan tahun lalu dan alangkah
terkejutnya saya apabila melihatkan suasana di dalam PAS sekarang ini
yang dilihat sangat kontras dengan tarbiyah yang kami terima dulu.
Masih saya ingat pesan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam satu
kuliahnya di Batu Laut, Selangor, 25 tahun lalu bahawa amilin PAS jangan
terlalu syadid (keras) dalam hal-hal yang remeh temeh, yang tidak
melibatkan hukum.
Menurutnya, keluasan ilmu dan kebijaksanaan
dalam berdakwah dan berpolitik sangat diperlukan oleh pendukung PAS,
supaya masyarakat melihat PAS memiliki wajah yang ceria, ramah, terbuka
dan anjal. Dalam masa yang sama, PAS tidak berkompromi dengan dasar
perjuangan Islamnya.
Allahyarham pernah menegaskan dalam satu
ucapan dasarnya bahawa, “Walaupun PAS mengamalkan toleransi, demokrasi
dan terbuka, tetapi PAS tetap berada dalam orbit Islam.”
Suatu kata-kata yang masih saya ingat hingga kini.
Ada pelbagai golongan dalam PAS, katanya, tetapi jangan pandang rendah
antara satu golongan dengan satu golongan, kerana amilin PAS semuanya
adalah mata rantai perjuangan.
Dalam hubungan inilah saya sangat
terkesan dengan pandangan pengasas dan pemimpin gerakan Islam an-
Nahdah, Tunisia, Sheikh Rashid Ghanouchi dalam bahawa gerakan Islam
tidak boleh terpisah dengan realiti politik semasa.
Dalam
pertemuanya dengan Dr. Syed Azman Syed Nawawi, Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat, Sheikh Rached Ghanouchi menyatakan bahawa gerakan Islam seluruh
dunia sedang menghadapi cabaran besar dan berat.
Oleh itu, kata,
Ghanouchi, gerakan Islam mesti sentiasa dilihat relevan lagi, ia tidak
boleh terpisah dengan realiti semasa, lebih-lebih lagi apabila berdepan
cabaran yang amat kritikal.
Menurut Ghanouchi lagi, gerakan Islam
mesti sentiasa melakukan perubahan, bersifat terkini, berubah apabila
berdepan dengan cabaran, khususnya apabila betdepan dengan kuasa di
arena politik dunia.
Seperti seruan murabbi PAS yang disebutkan
tadi, Ghanouchi juga menyeru gerakan Islam supaya meramaikan kawan dalam
proses melibatkan demokrasi, mengurangkan musuh termasuk dari golongan
kiri dan secular walaupun jauh berbeza fahaman yang dianuti.
Beliau juga berpesan supaya tidak bersikap rigid dan dilihat anti
perubahan oleh masyarakat. Ini, katanya, cabaran semasa itu sangat berat
memerlukan kebijaksanaa dalam mengendalikanya.
Di sinilah saya
kira, keserasian pandangan antara Ghanouchi dan Dr Tariq Ramadan seperti
yang disebut dalam bukunya, Beyond Islamism, apabila beliau berkata
bahawa perjuangan gerakan Islam, antara lain, ialah menegakkan keadilan
social dengan keutamaan kepada golongan miskin dan tertindas.
Di
samping itu, katanya, membebaskan masyarakat dari kolonialisme dan
perhambaan, mengembalikan mamsyatkat kepada Islam untuk menentantang
budaya yang berlawanan dengan Islam.
Semua pandangan ini, sama
ada pandangan para murabbi PAS sejak zaman berzaman, hinggalah pandangan
pemimpin dan intelektual Islam terkini menekankan mengenai perlunya
gerakan Islam dan parti politik Islam melakukan perubahan supaya
sentiasa dilihat relevan.
Mereka juga menegaskan perlunya parti
politik Islam mengurangkan musuh, menambah sahabat dan penyokong, tidak
rigid akan masalah pendekatan yang tidak melibatkan kukum, sentiasaa
bersikap terbuka dan menerima pandangan berbeza.
Inilah kunci
kejayaan gerakan Islam dan politik Islam yang sewajarnya dilakukan oleh
PAS. Ciri gerakan Islam ialah menebarkan dakwah, sementara politik Islam
bukan saja untuk mendapatkan kuasa dalam erti yang terbatas, tetapi
juga dengan kuasa yang diperoleh itu boleh melebarkan dakwah dengan izin
Ilahi.
Kejayaan politik Islam melalui tahaluf siyasi telah
terbukti dalam PRU 2008 dan 2013 apabila Pakatan Rakyat dapat berkuasa
di beberapa negeri penting seperti di Selangor dan dapat menafikan dua
pertiga majoriti BN.
Oleh itu pendukung PAS yang telah ditarbiyah sejak puluhan tahun sangat memahami akan paduan gerakan Islam dan politik Islam.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment