Home » » Saya sayang sangat pada PAS, kata Ahmad Awang

Saya sayang sangat pada PAS, kata Ahmad Awang

Calon bukan pilihan dalam perebutan kerusi presiden PAS, Ahmad Awang, 79, yakin boleh memberikan saingan sengit terhadap penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas naib presiden PAS dan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu berkata demikian sewaktu bercakap pada forum "Mampukah PAS Dilonjakkan Pasca Jun 2015?", malam tadi.
"Kalau tengok usaha saya, winning is achievable (kemenangan boleh dicapai)," katanya sambil tersenyum disambut sorakan dan tepukan daripada hadirin yang memenuhi auditorium Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).


Disoal hadirin akan strateginya untuk berbuat demikian, Ahmad sekadar berkata ia satu rahsia yang pastinya tidak akan didedahkan kepada lawannya. Namun terdahulu sebelum itu, beliau yakin tidak akan kalah dengan 100 undi sahaja.

Beliau turut mengunjurkan kesan yang akan berlaku jika beliau memperolehi hampir-hampir separuh daripada undi perwakilan.

Katanya, senario itu akan menyebabkan Hadi atau mereka yang berada di sekelilingnya menyemak semula pendekatan mereka menguruskan parti selama ini.

"Kalau kalah pun, takkan saya kalah dengan 100 undi sahaja. Kalau dia tidak berfikir pun, orang-orang sekeliling dia akan berfikir," katanya.

Beliau turut berjanji tidak akan menubuhkan parti serpihan baru jika kalah.

"Saya sayang sangat pada PAS dan kerana PAS ada kedudukan penting dalam Pakatan Rakyat, kalau saya ditakdirkan Allah menang, saya akan pastikan PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat.
"Kalau kalah pula, saya dan rakan-rakan saya takkan tubuhkan parti baru. Yang salah sekarang bukan PAS, tetapi mereka yang diberikan amanah," katanya

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.