Oleh Zin Mahmud
Aku kenal Ahmad Awang pada tahun 1983. Masa itu dia jadi Presiden
Persatuan Ulama Malaysia dan bekerja di Unit Penyelidikan, Bahagian Hal
Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri dengan pejabatnya di Pusat Islam.
Aku selalu menghubunginya dengan telefon untuk meminta komen mengenai
makanan halal.
Aku kenal Abdul Hadi Awang pada tahun 1985 dan menghadiri kuliah bulanannya di Masjid Mujahidin, Damansara Utama.
Masa itu dia Naib Yang Dipertua PAS. Pada tahun 1987 aku selalu meminta komennya apabila dia datang ke pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat.
Pada tahun 1988 aku pergi ke Rusila, Marang, Kuala Terengganu
untuk interviu beliau bagi disiarkan dalam majalah Al-Ummah.
Pada tahun 1988 juga aku sering berurusan dengan Ahmad Awang sebab aku
diminta menguruskan penerbitan risalah mengecam Salman Rushdie untuk
Persatuan Ulama Malaysia
Pada tahun 1989 aku menyertai satu
rombongan Malaysia yang diketuai Abdul Hadi Awang ke London untuk
menghadiri satu persidangan mengenai peranan haji dalam politik sejagat
umat Islam anjuran Muslim Institute.
Di London aku timggal sebumbung dengan beliau sebelum persidangan itu diadakan.
Pada tahun 1992, aku dari masa ke semasa bermesyuarat dengan Abdul Hadi kerana beliau adalah Pengarah Urusan Harakah.
Pada tahun 1994, aku ada menemui Ahmad Awang di pejabat
percetakannya di Petaling Jaya bagi membincangka hal perniagaannya.
Kalaulah aku seorang perwakilan Muktamar Agung PAS yang akan
bersidang dalam masa bebetapa hari lagi, aku akan berdepan untuk memilih
sama ada Abdul Hadi Awang atau Ahmad Awang sebagai Presiden PAS.
Maka aku akan memilih Ahmad Awang.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment