Home » » Bukan baru Bang Mat cakap macam ni

Bukan baru Bang Mat cakap macam ni

Sapa yang tak kenai dengan Abg Mat, Timbalan Presiden PAS. Ada orang kenai sungguh, ada org
kenai gitu-gitu, ada org kenai dari jauh.

 Kalau yang kenai sungguh2 sapa dia Abang Mat maka depa akan faham setiap patah yang Abang Mat ucap dalam setiap ceramah Abang Mat.

 Ceramah Abang Mat selain daripada fakta, dia akan selang seli dengan sindiran, perli-perlian, jenaka, senda gurau, pantun seloka tetapi semuanya dihalakan kepada musuh utama iaitu Umno/BN. 

Abang Mat tak akan sindir, perli atau kutuk parti dia sendiri atau mana-mana pimpinan dalam parti dia secara terbuka.

 Kerap sangat Abang Mat ucapkan dalam ceramah bahawa PAS adalah parti paling kuat di Malaysia. 

PAS tak perlu ada hubungan kerjasama dengan parti2 lain dalam Malaysia. Tetapi kekuatan PAS secara berseorangan hanya mampu menakluk Kelantan, mempertahankan Kelantan, mungkin boleh menang di Terengganu dan beberapa kerusi di Kedah.

 Itu kekuatan PAS. PAS mampu berdiri sendiri tapi hanya setakat itu saja. Bukan baru Abang Mat bercakap mcm tu. 

Kalau sapa2 yang ikuti ceramah Abang Mat, silap2 naik cemuih dgn isi ceramah dia sbb dok ulang benda tu jugak. 

Maksudnya apa yang Abang Mat cakap ialah berdasarkan fakta yg mmg nyata dan tak boleh diubah. Itulah kekuatan PAS jika bersendiri. Kelantan, Terengganu, Kedah.

 Tapi bila PAS bekerjasama dengan parti2 lain yg musuhnya juga ialah Umno/BN, PAS mengorak langkah ke negeri2 lain yang dulunya asing bagi PAS. 

PAS diterima di Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan mula memasuki Sabah dan Sarawak. 

Apabila Abang Mat kata Presiden PAS hebat kuliahnya, ceramahnya berpuluh ribu org datang tetapi gagal tawan Terengganu atau pertahan Terengganu, itu adalah fakta bahawa jika PAS bersendiri, jika Presiden bersendiri, PAS tidak ke mana. PAS perlu kepada kawan2 lain. 

Kalau PAS hanya bergantung kepada ahli PAS sahaja, bolehkah PAS menang pilihanraya? 

Itu yang Abang Mat maksudkan. Yang menuduh Abang Mat sindir Presiden, kritik Presiden tu, mereka samada tidak cerdik, tidak kenal Abang Mat atau komen tentang apa yang mereka tak dengar dan tak tahu. 

Bila kena pada depa, keluarlah ayat quran bertabaiyun itu ini, tapi bila kena pada orang lain..... tak ada tabaiyun tapi terus tibaiyun saja.

 Apa punya teruk la lebih buruk sangka pada sahabat & berbaik sangka dengan musuh.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.