Home » » Hangpa tak boleh buang semangat perjuangan Abang Mat.

Hangpa tak boleh buang semangat perjuangan Abang Mat.

Oleh Zulhazmi Shariff

Abang Mat @ Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS bukan orang baru setahun dua dalam PAS. Bukan orang yang hidup senang di dalam PAS. Bukan orang yang gila dan seronok nak jawatan dalam PAS.

 Ada jawatan, tak ada jawatan, Abang Mat tetap Abang Mat. Abang Mat tetap infaqkan seluruh jiwa raga kepada PAS. Segala tenaga, wang ringgit dan idea hanya untuk PAS dan masyarakat.

Sejak dari Pemuda, Abang Mat ada jawatan kemudian tak ada jawatan. Abang Mat tetap bekerja untuk PAS dan masyarakat. Kemudian memasuki kepimpinan tertinggi menjadi Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden kerjanya, tenaganya, wang ringgitnya, masanya hanya untuk PAS dan masyarakat. Keluarga nombor 2.

Pernah menjadi Ahli Parlimen kemudian kalah, bertanding merata tempat, menang... kalah... diarah memimpin gerakan itu, diamanahkan menggerakkan himpunan atau demo itu ini, Abang Mat tetap tunaikan amanahnya.

Semasa PRU13, Abang Mat bertanding Parlimen Pendang. Ramai yakin Abang Mat menang, Abang Mat dengar Presiden mungkin kalah di Marang, maka Treler Negara berkebajikan dikerah ke Marang dan Abang Mat ceramah

 Di Temerloh, Abang Mat turun juga ceramah kempen untuk Ust Din Tantawi. Selama 2 minggu kempen PRU13, boleh bilang berapa hari saja Abang Mat berkempen di Pendang. Banyak Abang Mat keluar berkempen untuk pastikan orang lain menang tapi Abang Mat sendiri disabotaj di Pendang hingga kalah.

Bertanding Timbalan Presiden mencabar Ustaz Nasharuddin Mat Isa, kalah... tiada jawatan, kemudian dilantik menjadi AJK... Abang Mat tetap istiqamah bekerja untuk PAS dan masyarakat. Abang Mat tak lari macam Ustaz Nasha bila kalah dengan Abang Mat.

Kecik hati, terasa hati, marah, tersinggung.... semua manusia akan alami tapi Abang Mat tak simpan dalam hati kerana bagi Abang Mat semua ahli PAS adalah kawan, adik beradik dan keluarga. Aku ni bukan kata puji, kutuk Abang Mat depan2 dia pun dia sengeh ja. "Hang kata lah apa pon loyar oi......" Aku kritik dia di rumah dia pon dia khenyeh jugak.....

Tak dak duit nak buat kerja untuk PAS?? Tak pa.. jangan risau.. Abang Mat tolong.. Kalau Abang Mat tak dak duit.. Abang Mat tolong cari duit bagi...

Aku dengan kawan2 aku dulu kendalikan Treler Negara Berkebajikan PAS. Masa baru dilancarkan oleh Presiden di depan Pejabat Agung, jadualnya ialah ke Kedah. Kami semua crew tak ada duit. JPP di bawah dr Hatta kata "hang guna duit hang dulu la Zul....." Aku yang tak berapa ada duit ni pusing pi pusing mai terus nampak Abang Mat... Bisik kat Abang Mat... Esok jumpa di Kedah, nah Abang Mat bagi duit operasi kami semua.

Apa saja untuk PAS, insyaAllah Abang Mat ada.

Ditakdirkan pemilihan kali ini Abang Mat kalah kepada Tuan Ibrahim, hangpa jangan harap Abang Mat akan tinggalkan PAS atau duduk diam tak buat kerja untuk PAS. Abang Mat tetap akan terus dengan PAS, bekerja untuk PAS.

Menang atau kalah, berjawatan atau tidak, Abang Mat tetap Abang Mat kami dan Abang Mat kita. Jenoh cari la orang yang sama mcm Abang Mat. Tobat tak jumpa.

Hangpa nak pilih atau nak buang Abang Mat?? Itu semua hak hangpa tapi hangpa tak boleh buang semangat perjuangan Abang Mat.

ZULHAZMI SHARIFF
01062015

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.