Home » » Kalau Ustaz Hadi, Guan Eng memancing bersama di Laut Andaman

Kalau Ustaz Hadi, Guan Eng memancing bersama di Laut Andaman

Oleh Salahuddin Hj Ayub

 Pengalaman dalam dunia politik, saya dan rakan-rakan seringkali minum kopi dengan pimpinan DAP khususnya apabila keadaan menjadi kritikal dan iklim Pakatan Rakyat menjadi tidak menentu. 

Minum kopi atau teh adalah forum biasa bagi ahli politik berbincang dan menyelesaikan masalah. 

Bagi yang berduit maka padang golf adalah pilihan terbaik. 

 Bagi seorang Tok Guru, minum kopi atau teh dikhalayak umum mungkin bukan premis yang sesuai. 

Tok Guru Nik Aziz pernah membawa kek untuk menyambut hari jadi di rumah Karpal Singh.

 Upacara itu simple tetapi memberi seribu erti dan isyarat. 

 Terkadang saya terfikir apa salahnya Tok Guru Haji Hadi pergi bersama Guan Eng memancing ke laut Andaman. 

Mungkin idea ini lucu tetapi boleh di cuba kerana laut Andaman bukan sekadar menjanjikan hasil tangkapan yang bagus terkadang hembusan bayu segarnya mungkin mampu mendinginkan suhu Pakatan Rakyat.

 Laut Andaman terkenal dengan deras ributnya. Percayalah ribut tidak sepanjang zaman. 

 Salahuddin Hj Ayub

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.