Oleh Abd Shukur Harun
Muktamar
Tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bermula hari
ini akan menjadi penentu sama ada PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat
atau sebaliknya.
Walau apa pun hujah dan pandangan pelbagai pihak, ia menjurus kepada penentuan ini dan inilah mimpi ngeri sebenarnya.
Semuanya ini terletak kepada keputusan perwakilan yang mengundi yang
akan memilih dan menentukan siapakah bakal saf pimpinan yang akan
mengemudikan PAS di masa akan datang.
Menurut situasi terkini dan mood yang ada, golongan dari jalur keras
dilihat beberapa pihak mungkin akan mendominasi keputusan pemilihan
pucuk pimpinan yang sangat penting itu.
Bagaimanapun, semuanya belum pasti lagi, kerana hari penentuan akan tiba bermula 4 Jun ini.
Persoalan yang berlegar ialah sama ada selepas muktamar ini, PAS akan
terus kekal bersama Pakatan Rakyat atau akan bersendirian mengharungi
cabaran politik tanah air.
Persoalan ini tidak boleh dielakkan kerana ia berlegar sejak beberapa tahun lalu dan muktamar kali ini akan menentukannya.
Benar, beberapa pemimpin PAS memberi jaminan dengan kata-kata PAS akan
terus bersama Pakatan Rakyat. Namun sesetengah pihak berpendapat itu
adalah jaminan kata-kata, sementara perbuatan belum tahu lagi atau
bagaimana, mungkin berlainan dengan apa yang dikatakan.
Sebab itu, pelbagai pihak meramalkan jika golongan jalur keras yang
sangat kritikal terhadap Pakatan Rakyat mendominasi keputusan pemilihan
nanti, maka kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyaat menjadi tandatanya yang
amat besar.
Namun saya teringat apa yang dikatakan oleh Nik Omar, anak Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di satu forum di Shah Alam, yang
ayahandanya sangat mempertahankan Pakatan Rakyat, bahkan sebelum
meninggal dunia dia masih mengingatkan kami supaya pertahankan Pakatan.
Ayahanda, katanya, menatang Pakatan Rakyat kerana besar faedah PAS berada dalam Pakatan.
Pada forum tersebut, tiga anak bekas pemimpin utama PAS – Dr Mujahid
Yusuf Rawa, Faiz Fadzil Mohd Noor dan Nik Omar Nik Abd Aziz ketika
berucap turut mempertahankan Pakatan Rakyat kerana melihat banyak faedah
yang diperoleh PAS bersama Pakatan Rakyat.
Ketiga-tiganya juga menekan perlunya PAS meneruskan hubungan rapat
dengan orang bukan Islam. Bahkan menurut mereka ketiga-tiga ayahnda
mereka sentiasa memelihara hubungan baik dengan orang bukan Islam.
Bahkan, kata mereka, ayahnda mereka sentiasa mengadakan hubungan rapat bukan saja dengan PKR tetapi juga dengan DAP.
Sikap keterbukaan ayahanda mereka menyebabkan ahli PKR dan DAP turut
bertungkus-lumus membantu calon PAS dalam PRU 2008 dan 2013.
Kata Faiz, hubungan baik PAS dengan PKR dan DAP jangan dirosakkan.
Kalau ada isu berbeza pandangan boleh dibawah ke meja rundingan.
Menurut Faiz, PAS sebagai parti politik moden tidak boleh bersendirian
kerana ia perlukan sokongan kalangan bukan Islam. Bukan saja untuk
kemenangan politik, tetapi juga untuk kepentingan dakwah.
Seperti yang saya katakan, memang ada jaminan kata-kata dari sesetengah
pemimpin PAS untuk terus bersama Pakatan Rakyat, tetapi ada kenyataan
berlainan dari sesetengah sesetengah pemimpin PAS sendiri.
Malah ada kata dua, amaran dan sebagainya yang boleh mengancam perpadduan dalam Pakatan Rakyat.
Kini dengan isu perbalahan PAS-DAP yang meruncing, ada kecenderungan di
kalangan sesetengah pendukung PAS yang berlumba-lumba untuk turut
‘menyerang’ DAP dengan hebatnya.
Iaitu melebihi serangan balas pemimpin PAS sendiri. Iaitu untuk
menunjukkan mereka lebih ke depan sebagai ‘pendekar ulung’ PAS yang
berani dengan lantang ‘membelasah’ DAP, terutamanya pada ketika musim
pemilihan pimpinan.
Ahli memang berhak mempertahankan parti dan pemimpin, tetapi jangan lebih sudu dari bubur.
Pemerhati menjangka keadaan PAS akan menjadi lebih buruk nanti jika
sekiranya golongan yang kritikal terhadap Pakatan mendominsi keputusan
pemilihan parti itu.
Pada waktu itu, kata mereka, kedudukan PAS dalam Pakatan, terutamanya di Selangor akan benar-benar tercabar.
Ada yang berpendapat, sekiranya PAS keluar Pakatan Rakyat, Selangor
kemungkinan berdepan dengan situasi di mana Dewan Undangan Negeri (DUN)
tergantung.
Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala
PKR mempunyai 13, tidak termasuk ADUN bebas yang juga bekas menteri
besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan
untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Sekiranya PAS tidak lagi
berada dalam Pakatan, maka DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi.
Tetapi sekiranya Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul
Baharuddin menyokong terus Pakatan maka PKR dan DAP boleh membentuk
kerajaan negeri dengan majoriti mudah dengan 30 kerusi.
Demikianlah serba kemungkinan boleh berlaku dan inilah mimpi ngeri bagi menjelang muktamar PAS bermula Khamis ini.
Saya tertarik dengan pandangan Dr Mujahid, Faiz dan Nik Omar yang PAS
perlu terus menerus mengadakan hubungan dengan kalangan di luar PAS,
terutama dengan kalangan bukan Islam.
Ketiga-tiganya menyebut bagaimana hebatnya sokongan kalangan bukan
Islam terhadap PAS terutamanya ketika kempen PRU 2008 dan 2013 hingga
ada yang menyelimutkan badan mereka dengan bendera PAS.
Ini, kata mereka, menyebabkan Pakatan Rakyat menang besar dalam kedua-dua pilihan raya umum tersebut.
Oleh itu muktamar PAS bermula Khamis ini, dengan Muktamar Dewan Ulama,
Pemuda dan Muslimat sehari sebelumnya akan menentukan hala tuju masa
depan PAS.
Mereka yang terpilih dalam pemilihan pucuk pimpinan nanti mestilah
berusaha memulihkan kembali imej PAS, memperlihatkan PAS sebagai parti
politik yang terbuka, toleransi, bukan fanatik dan ekstrem, memulihkan
semula hubungan dengan kalangan di luar PAS, terutama dengan bukan
Muslim, bahkan juga melakarkan road-map masa depan PAS yang boleh
meyakinkan rakyat.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment