1. PAS adalah parti yang baik. Tapi baik biarlah berpada-pada. Hadis Nabi mengingatkan bahawa orang beriman tidak jatuh dua kali dalam lubang yang sama.
2. Apabila UMNO dan Perikatan tewas banyak kerusi dalam PRU 1969, UMNO
bertukar pucuk pimpinan parti. Pengganti Tunku, Tun Razak melihat bahawa
kebangkitan parti-parti pembangkang perlu dikawal jika UMNO/Perikatan
mahu terus berkuasa. Salah satunya adalah mengajak parti-parti
pembangkang menyertai Perikatan.
3. Pada peringkat awal beberapa buah parti pembangkang bersetuju menyertai kerajaan campuran bersama Perikatan. Antaranya Gerakan di Pulau Pinang (bermula Februari 1972) dan PPP di Perak (bermula April 1972).
4. Usaha menarik PAS menyertai UMNO bukan mudah. Dua parti dengan ideologi yang berbeza sudah pasti hampir mustahil untuk bergabung. Justeru UMNO melalukannya secara beransur-ansur dan penuh strategi.
5. Pada 11 Disember 1970, Menteri Muda (kini Timbalan Menteri) Pembangunan Negara & Luar Bandar mencadangkan agar PAS dan UMNO bentuk kerajaan campuran di Kelantan dan Terengganu. (Bunyinya hampir sama dengan sokongan UMNO terhadap usaha PAS melaksanakan Hudud di Kelantan baru-baru ini).
6. Dalam AGM UMNO pada Jun 1972, Tun Razak secara terbuka pertegaskan keperluan kerajaan campuran di negeri Melayu yang kurang maju iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.
7. Dato' Asri Muda mengusulkan kerajaan campuran dalam AGM PAS 1972. Dewan Pemuda dan Muslimat tegas menolak manakala Dewan Ulama’ tangguh perbincangan. Perjumpaan ulama’ PAS pada 14 Disember 1972 yang melibatkan 23 orang ulama’ gagal mencapai kata sepakat. 9 berhujah haram manakala 14 berhujah harus.
8. Sewaktu EGM PAS diadakan pada 21 Disember 1972, Kelantan dilanda banjir. Tun Razak buat pertama kalinya dalam sejarah menyediakan 2 buah kapal terbang khas untuk perwakilan Kelantan ke EGM tersebut. Perdebatan hangat berlaku dan keputusannya 190 undi menyokong PAS membentuk kerajaan campuran dengan UMNO, 94 undi membangkang dan 19 undi berkecuali.
9. Akhirnya pada 1 Januari 1973 kerajaan campuran PAS – Perikatan terbentuk. Manakala pada 1 Jun 1974 Barisan Nasional ditubuhkan.
10. Tidak dinafikan bahawa banyak juga manfaat yang PAS perolehi sepanjang berada dalam Barisan Nasional. Tetapi mudarat dan muslihat UMNO jauh lebih besar dan berbahaya.
11. Pergolakan dalaman yang dicetuskan melalui MB yang lurus tetapi mesra UMNO akhirnya membawa PAS ke lembah kejatuhan yang tidak disangka-sangka.
12. UMNO tahu dia sukar untuk tawan PAS dengan cara biasa. Dalam PRU 1959, 1964, 1969 Kelantan kekal di tangan PAS walaupun pelbagai usaha sama ada bersih atau kotor dilakukan. Tetapi denga memasukkan PAS dalam kelambu, kesempatan menjatuhkan PAS akhirnya membuahkan hasil.
13. Waktu krisis Kelantan 1977 memuncak, UMNO membentangkan Rang Undang-Undang Darurat (Kelantan) untuk mengambil-alih Kelantan yang kononnya huru-hara. Hakikatnya hanya tayar-tayar buruk yang dibakar dan tidak ada satu nyawa pun yang melayang. Ia masih jauh lebih aman berbanding insiden Lahad Datu beberapa tahun lalu. Apabila rang undang-undang tersebut dibentangkan, sudah pastilah MP-MP PAS tidak bersetuju melainkan segelintir yang ingkar arahan parti.
14. UMNO sekali lagi bertindak bijak. Untuk memecat PAS daripada BN, dia akan dilihat jahat dan keji. Justeru helah UMNO adalah memutuskan agar PAS mengambil tindakan memecat semua MPnya yang menentang rang undang-undang tersebut. Jika gagal, PAS secara automatiknya terkeluar daripada BN.
15. Sudah pastilah PAS tidak akan memecat MPnya kerana mustahil PAS mahu memecat pemimpin utamanya termasuk Dato' Asri.
16. Apa yang berlaku dalam isu Hudud baru-baru ini mengingatkan saya pada helah tersebut. Untuk menolak private member's bill tersebut mentah-mentah, UMNO akan dilihat sebagai menolak Hudud. Maka dengan meletakkan ia pada aturan terakhir sehingga menyebabkan ia tidak sempat dibentangkan adalah kaedah yang cukup berseni bagi UMNO.
17. Sebagaimana usul kerajaan campuran Perikatan-PAS pada 1973 dahulu yang berpunca daripada usaha untuk melemahkan parti-parti pembangkang, usaha UMNO yang dilihat menyokong Hudud akhir-akhir ini nampaknya juga berpunca daripada niat yang sama. Dan malangnya, UMNO sekali lagi berjaya.
18. Keputusan mempercayai keikhlasan UMNO telah dibayar dengan harga yang sangat mahal. PAS berpecah-belah manakala Pakatan Rakyat mula terkubur tanpa nesan.
19. Sejarah terus berulang dengan UMNO berkali-kali mengulangi pengkhianatannya pada PAS. Malangnya kita masih juga percaya.
20. Sampai bila mahu terus percaya?

0 comments:
Post a Comment