Oleh DR DZULKEFLY AHMAD
SETELAH
menerbitkan “PAS mengundang kegagalannya se kali lagi?”, penulis ingin
memenuhi
janji untuk berkongsi pengamatan seterusnya dengan judul
“Agenda Selamatkan PAS.”
Sebagai sebuah gerakan Islam yang
memilih jalan Muwajahah Silmiyah atau Persaingan Aman secara demokrasi,
Parti Islam Se- Malaysia, PAS sangat berhajatkan kemenangan bagi
melunaskan impian dan cita-cita murninya.
Benar kemenangan bukan
segala-galanya, namun tidak siapa pun dapat menyangkal bahawa “segala-
galanya menantikan ke menangan untuk kita mampu laksanakan citacita
perjuangan.”
Bagi sebuah gerakan Islam yang sejak penubuhannya
mengambil pendekatan sebuah parti politik, PAS sentiasa menghitung
sokongan dan prestasinya dalam setiap pilihan raya. Keputusan dalam
pilihan raya ditanggapi se bagai kayu ukur menilai penerimaan dakwahnya
dan tawaran dasar-dasar siasah atau politiknya, serta visi cadangan
pembangunannya untuk rakyat dan negara.
Bagi PAS, dengan
kemenangan, terbentang luas segala ruang untuk kita lak sanakan ibadah
dan ubudiy yah serta amal-amal taat kepada Allah, dalam se luruh
pentadbiran tatakelola negeri dan tadbirurus negara. Sekali gus dengan
kemenangan, ruang mencari reda Allah terbuka luas buat kita, bukan
sahaja terbatas dalam aspek-aspek ibadah khusus dalam rukun- rukun
Islam.
Justeru agenda memelihara parti dan perjuang an, dengan
segala sifat cemburu atau ghirahnya, adalah lambang dan cermin an sa
yang dan kasihnya pemimpin, aktivis serta pendukung kepada jemaah, parti
dan perjuangannya.
Pada renungan dan bacaan politik penulis, PAS
sebenarnya berdepan dengan lima cabaran besar sekali gus menjadikan PAS
wajar diselamatkan dari kelimalima gugatan ini.
Dalam penulisan
lalu, telah dipertegaskan andainya kepimpinan gagal mem pastikan PAS
terus dikemudi dengan baik dan bijak, maka PAS bakal kembali ke tahap
prestasinya, pada paras atau baseline PRU ke-11 (2004).
Dengan kata lain juga, ahli boleh membayangkan suasana suram dan muram, sekiranya PAS berada di takuk pencapaian itu.
Contohnya, di Dewan Undang an Negeri (Dun) Selangor, Perak, Johor,
Negeri Sem bilan dan Melaka, PAS akan tidak punya wakil rakyatnya.
Di Parlimen, PAS punya hanya 6 wakil rakyat yang hampir keseluruhannya datang dari negerinegeri Pantai Timur dan Utara.
Lakaran atau gambaran senario itu adalah sangat menakutkan sebagai
sebuah parti politik yang telah bertindak dengan baik dan berkesan dalam
dua sesi parlimen ke-12 dan ke-13 dan sebelum sesi parlimen ke-10.
Telah juga dirakamkan penulis bahawa PAS dalam keluk meraih dan menempah
tambahan 13 kerusi parlimen, serentak menjadikan kerusi parlimen PAS
berjumlah 34 seluruhnya dalam PRU ke-14 akan datang, dengan izin Allah
jua.
Ini bakal dimenangi PAS, seandainya parti Islam ini terus
memperkukuhkan kedudukannya dalam kesepaduan muafakat politik Pakatan
Rakyat.
Maka, apakah yang bakal mengancam PAS dan menghampakan
cita-cita yang disasarkan dalam waktu jangka pertengahan dalam
perjuangannya? Penulis mengenal pasti lima cabaran sekali gus tunggak
ancaman buat PAS.
PAS mesti diselamatkan dari terjebak dalam kancah kemusnahan ini.
Dinamika luaran dan dalaman parti adalah sangat berbeza kini dan sangat
kom pleks, serta tidak semudah untuk diurus dan ditangani.
Sangat mustahak supaya ia diperhatikan dengan cermat, matang dan rasa penuh tangungjawab.
Pertama:
Selamatkan PAS dari penularan fitnah dan perseteruan sehingga wujud
keberantakan akibat permusuhan dalam saf di semua peringkat kepimpinan
sehingga ke akar umbi.
Ingat pesanan Rasulullah s.a.w.: “Akan
menimpa ke atas kamu penyakit yang telah memusnah kaum terdahulu kamu...
hasad dan perseteruan.”
Kedua: Selamatkan PAS dari
menjadikan institusi Ke pimpinan Ulama sebagai sumber permasalahan parti
dan polemik tidak berkesudahan sehingga ia dil ihat menjadi liabiliti
kepada PAS. Umumnya sangat menyanjungi kepimpinan ulama PAS apabila
terserlah kebolehan ilmu dan hujah mereka. Tegasnya, institusi
Kepimpinan Ulama mesti se gera dikembalikan peranan dan autoriti
sebenarnya seperti termaktub dalam peruntukan perlembagaan parti.
Ketiga:
Selamatkan PAS daripada fenomena mengalami penghakisan sokongan undi
baru non-tradisi dari kalangan orang Melayu- Islam di bandar-bandar dan
pinggir bandar, serta bukan Melayu (Cina dan India khususnya) di seluruh
pelosok negara, khasnya Pan tai Barat dan mempastikan sokongan tradisi
atau tegar Melayu-Islam, terus mendukungi perjuangan parti Islam ini.
Keempat:
Selamatkan PAS dari segala tipu-daya dan makar jahat Umno-BN dengan
pelbagai pendekatan dan tawaran serta janji mereka. Sementara kita ber
sedia untuk berurusan dengan pendekatan G to G, atau melunaskan
perhubungan antara kerajaan Persekutuan-Negeri, PAS wa jar mengamalkan
tuntutan hazar (berwaspada) yang diingatkan oleh Allah SWT dalam
al-Quran dan pesanan Rasulullah s.a.w. supaya tidak dipatuk ular, dua
kali dari satu lubang.
Kelima: Selamatkan PAS dari
terhindar mendapatkan maslahah dan manfaat pendekatan At-Tahaaluf
As-Siayasi sebagai satu pendekatan siasah yang bijak diamalkan oleh
Rasulullah s.a.w. dengan tidak pula per lu PAS mengorbankan
prinsip-prinsip perjuangannya.
Penulisan seterusnya akan
menghuraikan ba gaimana, seandainya PAS terperangkap dalam suasana
ghairah merebut kuasa dan jawatan dalam parti, sehingga membelakangkan
perhitungan besar perjuang an seperti tertera dalam lima ancaman dan
tunggak penting di atas tadi, maka PAS bakal menempah kejatuhannya serta
kemusnahannya.
Penulis mengingatkan dirinya, sememangnya telah
nyata persaingan paling sengit sedang berlaku, yang dikatakan tidak
pernah terjadi dalam pemilihan parti ini, kecuali zaman tribulasi
kepimpinan Dato’ Asri.
Walau apa pun kesudahan dan keputusan
selepas muk tamar nanti, umum ber harap kepimpinan merapatkan saf dalam
se mangat ukhuwah yang sebenar nya. Seumpama peribahasa “carik-carik
bulu ayam, lama-lama bercantum juga.”
Ataukah kali ini, ia tidak
akan berakhir begitu? Berpandukan rentetan per golakan dalam parti,
sejak sedari berakhirnya Muk tamar ke-60 di Batu Pa hat tahun lalu,
riak-riak perte lingkahan lantas menjadi ribut dan sehingga kini menjadi
semacam taufan yang bisa sahaja memusnahkan keutuhan dan kesepaduan
tanzim serta organisasi meskipun siapa atau kelompok mana yang menang.
Apakah itu yang dimaksudkan kata-kata pujangga “menang jadi arang dan kalah jadi abu”?
Apakah kita bakal menyaksikan kesudahan seperti itu di penghujung muktamar nanti?
Ataukah masih ada kewarasan dan kebijaksanaan di kalangan kepimpinan
dan perwakilan di semua peringkat dan ahli akar-umbi, untuk tidak
mengizinkan perpecahan atau penyingkiran seluruh lawan dalam satu
cleansing pihak yang berbeza pandangan.
Di sini letak penentuan
kematangan parti yang bakal bermuktamar untuk kali ke-61. Jangan sampai
terjadi seperti peribahasa “menang sorak kampung tergadai.”
Sangat sukar untuk meramalkan senario yang ter paling buruk ini dalam
persaingan yang semakin panas ini dan sukar diduga dinamikanya.
Penulis akan terus merungkaikan perincian setiap lima tunggak ancaman ini dalam edisi akan datang.
>> Dr Dzulkefly Ahmad ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment