Oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil
Saya (insan biasa), ada secubit pengalaman mengendalikan perkaderan PAS di sepanjang milenia pertama kita.
Antara kesulitan kami dahulu ialah untuk memberitahu pimpinan tertinggi bahawa mahasiswa/i ketika itu bermasalah. Fikrah mereka sangat lemah.
Misalnya apabila rakan saya Dr Maszlee melontarkan idea Ummah Centric tahun 2006, hampir seluruh kampus pening hingga terpaksa dihimpunkan pimpinan kampus seluruh negara di Taman Melewar untuk diberi taklimat bagaimana nak faham isu tersebut.
Mengapa serapuh itu pemikirannya? Masalah perkaderan yang lemah cuba diatasi dengan penubuhan Jawatankuasa Penilaian Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat tetapi ia tidak ke mana.
Pimpinan kurang mengendahkan aduan ini. Apa yang lebih diutamakan ialah adakah anak muda menyokong PAS atau tidak.
Selepas 2008, pemikiran berpatah balik ke belakang masuk kembali ke perkaderan. Ketika itu saya berkeras menolak idea Kepimpinan Ulama bukan kerana ada kepentingan berkaitan siapa, sebaliknya kerisauan saya tentang cara idea Kepimpinan Ulama diolah di peringkat kaderisasi.
"Jika ulama memimpin, Allah membantu mereka. Jika profesional memimpin, mereka hanya bergantung kepada logik akal semata!"
Pemikiran sebegini merosakkan cara berfikir anak muda. Pimpinan pusat berkata bai'ah saya terbatal kerana mengkritik hal ini.
Keputusan muktamar baru ini bukan sahaja di belakangnya ada percaturan tidak beretika hatta di peringkat kawasan, tetapi ia adalah MANIFESTASI IDEOLOGI yang diburukkan oleh krisis akhlaq dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi.
Pemimpin mentololkan ahli, dan ia disambut dengan takbir! Ini bukan jemaah yang dibai'ah dahulu. Idea hanya ulama yang boleh memimpin adalah simptom PAS semakin mendukung paradigma sekular bernuansa agama, dan dengan itu, menjadi kesalahan untuk membiarkan politik Islam diwakili oleh PAS semasa. Membentuk parti baru bukan mudah.
Penggeraknya mesti menyenaraikan hasil kajian tentang do's and don'ts agar wadah baru tidak mengulang kesilapan PAS sebelum ini.
Juga menyelesaikan dilema meninggalkan PAS itu seperti meninggalkan Islam.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment