OLEH YASMIN RAMLAN
Bakal
calon presiden, Ahmad Awang, bersetuju dengan cadangan ahli
jawatankuasa (AJK) PAS Pusat
Mohamed Hanipa Maidin agar PAS menganjurkan
debat terbuka antara calon presiden dan timbalan presiden bagi
pemilihan parti dalam muktamar yang akan berlangsung bulan depan.
Ahmad berkata, cadangan tersebut merupakan cara yang efektif, bersifat
demokrasi dan dapat mengelakkan salah faham sesama pemimpin parti.
"Cadangan itu memang baguslah. Macam di Amerika, diadakan debat, tetapi
masing-masing menyatakan dia punya perancangan dan wawasan mereka.
"Memang itu antara satu cara yang elok sekarang ini. Di Malaysia ini
belum ada budaya atau amalan seperti ini. Jadi, elok diperkenalkan.
"Ia bersifat demokrasi. Supaya tidaklah nanti orang ini mengata orang
ini, orang ini mengutuk orang ini. Jadi perwakilan boleh pilih dan orang
ramai boleh menilainya," katanya
Bekas naib presiden itu turut menyatakan kesediaannya berdebat sekiranya disahkan menjadi calon presiden parti itu.
"Saya akan bersedia (debat) kalau sah dicalonkan. Nak memperlihatkan
kedua-dua calon. Tapi bukan tujuan untuk tunjukkan perbalahan," kata
Ahmad.
Setakat ini, calon presiden lain - penyandang Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang mendapat 99 pencalonan dan naib presiden Datuk Husam Musa (8)
- masih belum menyatakan pendiriannya.
Ahmad sehingga kini menerima 5 pencalonan untuk kerusi tersebut.
"Kalau ada tawaran daripada ahli jawatankuasa siapa yang bersetuju menerima tawaran itu, barulah timbul soalan debat itu.
"Tetapi, tiba-tiba kalau yang menerima itu seorang sahaja, nak debat apa?" soalnya.
Bagaimanapun, ketika The Malaysian Insider menghubungi pengerusi
jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi, beliau enggan mengulas lanjut
sama ada akan membantu menguruskan debat tersebut atau tidak.
Pada masa yang sama, beliau berkata, rancangan itu sepatutnya diuruskan oleh individu yang mencadangkannya.
"Cadangan itu memang tiada halangan dan tidak menjadi kesalahan dalam peraturan. Saya tak nak ulas mengenai perkara itu.
"Siapa yang usulkan nak buat tu, anjurkan sendirilah. Saya kena
neutral. Tapi kalau mereka nak berdebat atau apa, tak menjadi masalah."
Semalam, Hanipa mencadangkan PAS menganjurkan debat terbuka antara
calon presiden dan timbalan presiden bagi membolehkan perwakilan menilai
tahap pencapaian, disiplin kerja, sikap pertanggungjawaban, amanah dan
keupayaan calon-calon tersebut.
Menurut Hanipa, melalui debat, para perwakilan yang mengundi boleh
menilai keupayaan setiap calon termasuklah kemampuan menguasai dengan
baik isu-isu negara dan antarabangsa dan keupayaan untuk meyakinkan
rakyat pelbagai agama dan kaum di negara ini untuk menerima parti Islam
itu bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) untuk menerajui Malaysia.
Untuk jawatan timbalan presiden pula, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
unggul di depan apabila mendapat 94 pencalonan berbanding penyandangnya
Mohamad Sabu (12) dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (3).
Menurut Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, pemilihan PAS kini tidak lagi menjadi agenda dalaman semata-mata.
"Saya percaya ramai orang di luar PAS yang meneliti dengan mendalam
perkembangan PAS muktakhir ini khususnya di dalam suasana kerancakan
'demam' muktamar PAS yang akan diadakan di awal bulan Jun ini," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment