Home » » Kempen kotor: 'Tanya lembaga disiplin PAS'

Kempen kotor: 'Tanya lembaga disiplin PAS'

Oleh Anne Muhammad

Tidak seperti selalu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi hari ini menyerahkan isu k
empen kotor kepada lembaga disiplin parti untuk mengulasnya.

“Tanya pada lembaga disiplin,” katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang media pemilihan PAS di Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun menegaskan sudah tidak menerima sebarang laporan baru mengenai keadaan itu selepas mendedahkan perkara itu sebelum ini.

“Selepas itu (kenyataan sebelum ini) saya sudah tidak terima laporan.

“Saya hanya komen kalau ada laporan,” katanya.

Asmuni sebelum ini mengakui mengakui proses pemilihan PAS dicemari kempen kotor, walaupun ia bercanggah dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Asmuni juga tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.