Home » » Bertoleransi Dan Pengkhianatan terhadap Janji

Bertoleransi Dan Pengkhianatan terhadap Janji

Oleh Mohamed Hanipa Maidin 

1. Perjanjian Hudaibiyah mengandungi banyak 'ibrah ( pengajaran ) untuk diikuti gerakan Islam
antaranya toleransi dan tidak khianat pada perjanjian.

2. Meskipun beberapa terma perjanjian ( nas al mu'ahadah ) dilihat berpihak kepada musuh dan sikap wakil kafir Quraisyh Suhail al 'Amru yang dilihat biadap dengan Rasulullah s.a.w ketika merunding ayat ayat perjanjian ,sikap tasamuh ( toleransi ) Rasulullah s.a.w menunjukkan tahap diplomasi kelas pertama.

3. Sebaik sahaja perjanjian dimeterai Rasulullah s.a.w dan para sahabat diuji dengan ujian berat di depan mata mereka bilamana Abu Jandal ibn Suhail ( yang beragama Islam dan anak Suhail Al 'Amru ) yang digari meminta orang-orang Islam menolong beliau kembali ke Madinah bersama sama mereka.

4. Bila Suhail Al 'Amru yang kafir menyatakan kepada Rasulullah s.a.w " Ya Muhammad qad tamma al ittifaqu 'ala qadiyyati baini wa bainaka qabla an ya'teeka hadza" ( Wahai Muhammad, sesungguhnya telah dimuktamad perjanjian antara aku dan Kamu sebelum datangnya ini ( Abu Jandal , anak Suhail )", lihatlah konsistensi Rasulullah bila Baginda menjawab " anda benar ! ( wahai Suhail ).

5. Konsistensi Rasulullah s.a.w mematuhi perjanjian di saat genting tersebut jelas bila Baginda s.a.w meminta Abu Jandal bersabar dan seterusnya Baginda s.a.w menyatakan "inna qad 'aqadna baina wa baina al qaumi sulhan " ( sesunguhnya kami telah memeterai antara kami dan kaum satu rundingan" ).

6. Rasulullah s.a.w tidak khianat perjanjian hatta dengan musuh dan setia kepada terma perjanjian yang antara lain terma hudaibiyyah menyatakan "wa innahu la Islal wa la ighlal" ( dan tiada Islal ( mencuri secara sembunyi dan tiada ighlal ( tiada khianat ) )

7. Jika berjanji dengan musuh yang lawan Islam pun Islam ajar kita untuk tunjukkan toleransi dan tidak khianat sudah tentu berjanji dengan rakan-rakan yang sama berlawan dengan musuh yang sama sudah tenty kita perlu lebih lebih lagi bertoleransi dan tidak akan mudah mudah khianat. ( rujukan buku " qiraatun siyasiyatun li seerah nabawiyyah oleh Dr Muhmmad Rawwas )

11 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive