Home » » Ibarat ” lembu dok dalam kandang doh tapi lior”

Ibarat ” lembu dok dalam kandang doh tapi lior”

Oleh Rosli Allani Abdul

Nilaikan sendiri .

1)Imam tak dapat diwarisi.

2)Pemuda jangan hanya mengejar jawatan dan gaji lumayan

Isu ceramah Pakatan Rakyat anjuran PAS Kota Bharu di Padang Perdana Kota Bharu pada 10 Mei lepas, yang kehadirannya memenuhi padang dan lebih 5x ganda Program Solat hajat dan Ceramah Saman Hudud dan GST anjuran DUP Kelantan di tempat yang sama, begitu menjadi fokus sehari dua ini. Dan mungkin akan diheret dan ditarikan dengan melodi Islam itu Hudud dan Hudud itu Islam hingga ke pintu Muktamar PAS Pusat awal bulan hadapan.

Saya telah menjangkakannya. Apabila ada pandangan daripada jentera penerangan PAS KB yang meminta saya secara khusus memberitahu saudara Lim Kit Siang supaya tidak bercakap soal hudud, maka saya mengatakan bahawa ahli politik seperti beliau yang telah lebih separuh abad bermandi keringat dengan asakan lawan dan seteru politik beliau khususnya dari BN, termasuk dua kali menjadi tahanan ISA dengan masa tidak kurang 3tahun tempoh pemenjaraannya, beliau lebih arif dengan rentak tari politik semasa. Dan kami yakin, asasnya tetap sama iaitu perkukuh Pakatan dan Hancurkan Barisan.

1) Penegasan oleh Tuan Haji Mohamd Sabu, Timbalan Presiden PAS bahawa Agenda Perlaksaaan syariat Islam tetap menjadi agenda PAS diterima sebagai "Bersetuju untuk tidak bersetuju"di pentas politik yang kami sediakan dan itulah yang seharusnya berlaku di dalam kerukunan Meyuarat PR. Lim Kit Siang tidak memakai baju "Kami Tolak Hudud" sebagaimana sebahagian kita perlu memakai baju "Kami Menyokong TH Presiden dan MSU" sebagai penegasan kepada pndangan rasmi DAP itu, yang asasnta kerana percanggahan dengan Perlembagaan. yang pasti sekali ada ruang untuk diskusi dan toleransi.

2) Saya tidak terkejut dengan respon beberapa pimpinan muda dan juga bekas tahanan ISA yang barangkali terlalu sekejap dicelup dengan mandian seratus bunga oleh sang penguasa ISA, maka nada mereka adalah tiadak lain selain mendambakan wangian yang berterusan menjirus segenap tubuh mereka oleh Sang Pemerintah yang mencandukan mereka dengan agenda hudud dan perpaduan.

3) Ustaz Ahmad Fadhli yang hampir dilantik sebagai Senator, barangkali lupa ‘mainan orang tua” Kelantan yang menyebabkan beliau mengangkapkan kata’ MB Kelantan mungkir/tidak pegang janji’ di hadapan saya.

4)Ustaz Nik Abduh yang pada awalnya menjadi kawan baik saya, namun ungkapan beliau pada tahun 2007 yang mengatakan “Husam upah orang gojoh (Tumbuk) ana” di hadapan seorang lagi sahabat, Ropein Hassan serta mengajak saya untuk merasai keenakan kari Kepala Ikan Restoren Ratha di Raub, hingga beliau menyebut “ kalau ana berjalan dengan pemuda Pengkalan Chepa, ana tak singgah restoren ni, takut jatuh thiqah (keyakinan/kepercayaan) mereka” telah menjarakkan kami kerana saya juga ada prinsip saya.

5) Cukuplah saya katakan, di kalangan sebahagian ahli Pas ini bermuka muka itu perkara biasa, mengadu domba itu menjalar ke segenap tubuh tanpa merasai bias bias pada tubuh dan hubbuddunya/ kecintaan pada dunia itu menghasilkan’ dunia ana yang punya’ seumpama ombak yang telah menghempas pantai menghasilkan buih buihan dan bunyi yang mengganggu keharmonian pantai yang tenang. Barangkali peringatan Rasulullah berkenaan Wahn itu terpakai untuk orang yang mendengar kuliah sahaja. Bukan kepada penerima sampul dan habuan yang diterma untuk ke sekian kalinya.Itu cerita lama. Dulu budaya sampul, sekarang budaya terima wang berkotak pula menjadi impian dan harapan. Kita negeri memerintah.

6) Mengapa tidak mengambil langkah berdialog dan program penerangan secara berkala? Sejauh mana kita mengambil langkah mengurus perbezaan ini secara tertutup? Saya ibaratkan seperti ungkapan seorang anak pimpinan bahawa” lembu dok dalam kandang doh tapi lior” yang akhirnya beliau tidak jadi berkahwin dengan anak seorang lagi pimpinan kerana dirasakan tidak mampu untuk mengurus perbezaan yang ada. Bezanya, berusaha atau tidak.

7) Ketetapan Muktamar sejak dari Mukatamr di Ipoh 2009 yang memutuskan untuk PAS segenap peringkat memperkukuhkan Tahaluf Siyasi ini nampaknya menjadi agenda terakhir dalam kesibukan para pimpinan dan penceramah kita.

8) Bila PAS Kota Bharu mengambil initiatif ini dengan harapan tiada ungkapan perpisahan menjadi agenda utama perwakilan perwakilan selain daripada agenda pemilihan pada tahun ini, maka ianya satu hasrat murni untuk tujuan penegasan akan keperluan pengukuhan itu, kerana nada kita dalam PRk PRk yang baru lepas yang kelihatan’ lari tune’ nya, terhenjut henjut enjin kereta kerana Piston2 yang tidak bergerak seiringan, hampir pasti melarikan penumpang penumpang, bahkan lembu lembu yang berkeliaran di tepi jalan dek terkejut dengan lompatan demi lompatan itu.

9) Kami bersedia berdialog dan bersemuka dengan sesiapa saja yang berasa terhina, namun jangan lah komen komen liar seperti anak derhaka yang menghiasi ruang maya ini mengotorkan jari jemari anugerah Ilahi dan merosakkan tautan hati yang sebelum ini bertaut di atas kalimah dan kekuatan yang selamanya tidak akan terobek, kecuali bila meletakkan kepentingan diri di hadapan.
Ayuh Perbetulkan, Bersama Kita Rapatkan Saf demi Islam dan Perjuangan
Rosli Allani Abdul

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.