Home » » Debat adalah jalan terbaik

Debat adalah jalan terbaik

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

 Sama ada Abdul Hadi, Husam atau Ahmad yang patut tolak pencalonan, aku fikir ia tidak perlu
berlaku dengan begitu mudah. Mereka perlu menghormati kawasan yang mencalonkan mereka. Walau pun pencalonan untuk Husam dan Ahmad adalah kecil, itu bukan ukuran sebenar pencalonan untuk mereka.

  Ada kawasan yang membuat pencalonan tanpa hebahan media. Pencalonan juga bukan kayu ukur pasti tentang undi yang bakal diberi oleh perwakilan dalam muktamar.

  Bagi aku, debat adalah jalan terbaik. Ketemukan mereka bertiga di atas satu pentas, secara rasmi, membincangkan isu masa depan negara dan umat, disiarkan secara langsung oleh media atas talian dan serahkan kepada orang PAS dan perwakilan untuk menentukannya dalam muktamar.

  Selepas debat juga, jika mana-mana individu yang berasa dia tidak lagi punya idea demi masa depan ummah dan jamaah, dia sudah punya alasan untuk menarik diri.

  Moderatornya boleh sahaja daripada kalangan mana-mana tokoh akademik atau tokoh masyarakat yang berwibawa serta dihormati.

  Jika PAS berupaya melaksanakan acara ini, PAS sudah mendahului Umno dalam hal in

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.