Oleh Mohammad Agus Yusoff
Apabila tiba musim pemilihan UMNO atau
pilihan raya umum, ramai dalam kalangan kita minta debat antara calon
atau pemimpin parti diadakan.
Apabila pemimpin UMNO memberi
jawapan debat tidak perlu kerana itu bukan budaya kita, maka kita
mempersendakan jawapan tersebut.
Nah, di hadapan kita sekarang
ialah pemilihan PAS Jun ini. Ramai yang meminta debat diadakan. Ketua
Pemuda PAS pun sudah menyahut cabaran untuk berdebat dengan pencabarnya.
Tetapi ada pula yang menolaknya. Alasan mereka sederhana:
(i)
debat memberi peluang kepada musuh untuk mengambil kesempatan;
(ii) kita
mencari jawatan dalam kepemimpinan PAS, bukannya mencari juara debat;
(iii) banyak lagi perkara lain yang PAS boleh buat pula daripada
menghabiskan masa berdebat;
(iv) kerja dalam PAS untuk mendapat redha
Allah, bukannya berdebat; dan
(v) berdebat tidak perlu kerana ia
memecahkan ukhuwah parti.
Yang menghairankan saya ialah kenapa
jawapan begitu yang diberi. Kenapa semasa kita mendesak pemimpin UMNO
berdebat, kita tidak fikirkan alasan tersebut? Itulah pertanyaan yang
bermain di kepala saya.
*********************************
Sebenarnya berdebat untuk pemimpin yang bertanding dalam pemilihan
parti ini banyak manfaatnya. Berdebat bukannya bererti bergaduh, tetapi
peluang untuk setiap calon mengutarakan idea dan wawasan masing-masing.
Berdebat juga membolehkan perwakilan mengukur tahap keupayaan dan
kepantasan seseorang pemimpin berfikir. Kalau debat politik pun sudah
takut, bagaimana nanti mahu berdebat dan menjawab persoalan rakyat?
Debat adalah wacana ilmu terbaik untuk menentukan hala tuju kepimpinan
seseorang yang menawarkan dirinya untuk memimpin organisasi. Kalau
tidak mahu berdebat, maka itulah sebabnya munculnya pemimpin parti yang
lemah dan tidak memahami aspirasi rakyat.
Atas premis di atas,
wajar jika tiga jawatan utama dalam pemilihan PAS kali ini 'berdebat':
Tuan Guru Haji Hadi vs Tuan Guru Ahmad Awang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan
Man vs Tuan Haji Mat Sabu, dan YB Nik Abduh Nik Aziz vs Suhaizan Kayat.
Selepas itu, barulah perwakilan boleh menilai siapa yang sebenarnya layak untuk dipilih menjadi pemimpin PAS.
Moga cabaran ini disahut oleh calon pemimpin PAS. Beranikah?
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment