Oleh Fakhrulrazi Mokhtar
TERSEBAR sudah sekeping gambar
menunjukkan bertapa akrabnya calon Ketua Pemuda Pas, UstazNik Muhammad
Abduh bersama seorang individu yang dikenali dengan nama seseorang yang
sangat mencurigakan.
Gambar tersebut tersebar dan melalui maklumat disebut pertemuan itu dibuat di Perlis.
Walaupun salah seorang lagi individu yang berada dalam gambar itu
adalah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub namun umum dan ahli Pas tahu
Salahuddin hanya jemputan ke program bersama ahli dan kepimpinan Pas di
Perlis.
Persoalannya bagaimana individu tersebut yang sebelum
ini dikaitkan dengan sebuah parti lawan boleh berada bersama Nik Abduh
untuk ke program itu.
Biarpun pihak tersebut berasal dari Perlis namun penglibatannya dengan Nik Abduh menjadi tanda Tanya.
Andainya isu dan gambar itu adalah fitnah saya selaku ahli dan
pimpinan Pemuda Pas Malaysia mengharapkan Nik Abduh menjawabnya di
pentas wacana bersama seorang lagi calon Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat
yang juga penyandang jawatan.
Bagi saya sebagai anak muda Pas
kami mahu melihat calon KP duduk sepentas untuk berkempen secara sihat
mengemuka hujah dan aspirasi membawa Pemuda ke mercu jaya bukannya duduk
bersama mereka yang boleh menimbulkan keraguan kepada perwakilan untuk
menilai.
Kepada kekanda Nik Abduh saya cadangkan agar pentas
anak muda yang boleh disediakan oleh pelbagai pihak untuk berwacana
bukan bercanda dengan mereka yang bukan bersama kita.
- Bendahari Pemuda Pas Malaysia-
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment