Home » » Penamat era PAS dalam politik negara.

Penamat era PAS dalam politik negara.

Oleh Ahmad Mustapha Hassan

Kepimpinan baru PAS seolah-olah telah kehilangan haluan. Adalah menarik untuk disaksikan bahawa
presiden PAS begitu gemarkan Umno Baru sehingga dia mempertahankan parti itu dengan mengatakan bahawa ia tidak seburuk firaun pada zaman dahulu, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Dalam erti kata lain, Umno Baru masih tidak boleh dipercayai. Namun PAS memikat Umno Baru untuk bekerjasama dari segi politik. Ini juga bermakna bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan 'syaitan' demi kuasa.
Sikap tidak mahu berkompromi PAS selepas PRU13, menunjukkan bagaimana terdesaknya parti untuk mendapatkan kuasa. Dalam pilihan raya 2008, ia berjaya menguasai Kedah dengan bantuan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Tetapi ia tidak tahu menguruskan negeri itu. Daripada memberi tumpuan kepada pembangunan, ia memberi tumpuan kepada agama. Ia mengeluarkan beberapa fatwa Islam dan menegaskan bahawa semua fatwa ini tidak boleh dicabar.
Di bawah pengaruh dan hala tuju sayap agamanya, PAS hanya memberi tumpuan kepada melaksanakan apa yang disebut sebagai undang-undang Islam seperti yang diarahkan oleh Allah. Mereka tidak mempunyai rancangan berani untuk membantu orang mencapai tahap hidup yang lebih tinggi. Mereka mengehadkan diri mereka kepada agama, percaya bahawa semua isu akan selesai sendiri sebaik sahaja undang-undang Islam dilaksanakan.
Kelantan di bawah PAS tidak menyaksikan kemajuan. Disebabkan obsesinya untuk melaksanakan hudud atau undang-undang jenayah Islam, ia pasti akan kehilangan kuasa tidak lama lagi.
Umno Baru berminat untuk membantu PAS, menggunakannya sebagai ejen perosak Pakatan Rakyat. Semua pengalaman pahit yang PAS telah alami dengan Umno pada masa lalu, terutamanya ketika mereka berada dalam kerajaan perpaduan, dilupakan kerana kepimpinan agama dalam PAS percaya dengan apa yang dikenali sebagai kejujuran Umno Baru, untuk menyokong hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Fikiran sempit mereka tidak boleh melihat apa-apa lagi.
Saya rasa bahawa ada baiknya pada ketika ini dalam sejarah PAS, jika mereka betul-betul menyertai Umno Baru, dan sekali lagi menjadi sayap Islam Umno Baru.

PAS ditubuhkan oleh sayap agama dalam Umno apabila mereka berpecah pada tahun 1951. Tetapi dengan sendirinya ia tidak dapat meraih kuasa, tidak sehingga tahun 1959, apabila Kelantan dan Terengganu berada di bawah pemerintahannya. Terdapat banyak kekecewaan yang dirasai oleh rakyat terhadap pentadbiran Umno di negara ini selepas pilihan raya 1955.
Janji oleh Umno yang kemajuan akan tiba kepada orang Melayu luar bandar tidak dipenuhi. PAS hanya menang disebabkan penduduk luar bandar menolak Umno.
Tetapi PAS tidak boleh membawa kemajuan yang amat dikehendaki kepada negeri-negeri ini. Ia kehilangan Terengganu kepada Umno dan di Kedah, ia hanya berjaya mentadbir negeri ini selama satu penggal, kalah kepada Umno Baru dalam PRU13.
Setelah menjadi sebahagian daripada Umno satu masa dulu, PAS tidak boleh menjauhkan dirinya daripada daya tarikan Umno.
Cara PAS sedang cuba memikat Umno Baru mencerminkan tingkah laku pasangan bercerai yang sangat kepingin untuk kembali rujuk dengan bekas pasangannya. Ini dipanggil "gila talak" dalam bahasa Melayu, yang menunjukkan penderitaan seseorang yang diceraikan pasangannya.
Selepas perceraian itu, ia cuba untuk berkawan dengan rakan-rakan baru, tetapi rasa rindu untuk kembali dengan rakan lama telah menyebabkan ia berpisah dengan kawan-kawan baru, terlupa bahawa kawan-kawan barulah yang telah membantunya mendapatkan semula kuasa.
Oleh kerana keinginan yang kuat untuk kembali dengan rakan lama, ia langsung terlupa mengenai pengalaman pahit yang ia lalui dengan pasangan itu, yang melayannya dengan amat buruk dan sanggup menghalaunya keluar rumah.
Jika perasaan ini begitu kuat, maka satu-satu cara penyelesaiannya adalah untuk membubarkan PAS dan kesemua ahli-ahlinya menyertai Umno Baru.
Itu sudah tentu akan menjadi penamat era PAS dalam politik negara.
Ini pasti akan membawa kebaikan kepada negara. 
Ahmad Mustapha Hassan merupakan bekas setiausaha akhbar perdana menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Beliau juga penulis buku berjudul, "The Unmaking of Malaysia"

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.