Home » » Ahmad Awang ada peluang untuk menang.

Ahmad Awang ada peluang untuk menang.

Oleh rakyattimes.com 


Muktamar PAS yang akan berlangsung dari Jun 3-6 ini akan menentukan nasib dan halatuju Pakatan Rakyat. Dan pemilihan parti Jun nanti pasti akan hangat, kerana sudah ada desas-desus bahawa selepas Muktamar, PAS akan keluar dari Pakatan.

Presiden PAS yang akan menentukan halatuju parti dan pertandingan adalah diantara Hadi Awang (berusia 68 tahun) sebagai penyandang kerusi dan orang lama PAS, Ahmad Awang (berusia 79 tahun).

Penulis ini telah mewawancara dua orang ahli PAS untuk mendapat ramalan mereka mengenai pemilihan tersebut, seorang daripadanya adalah ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Ditanya nasib puak profesional kali ini, memandangkan ramalan media arus perdana bahawa mereka akan dikalahkan dengan teruk, beliau berkata, “Mungkin tak berlaku pun kerana puak profesional ada peluang untuk menang walaupun diatas permukaan nampaknya akan kalah teruk. Mereka sedang menyusun strategi secara senyap.”

Beliau memberitahu bahawa 93 buah cawangan telah mencalonkan Hadi, sementara 82 buah cawangan tidak mencalonkan sesiapa pun, dan 22 buah cawangan telah mencalonkan Ahmad ataupun Husam Musa untuk jawatan presiden.

“Proses pencalonan dibuat dengan cara mengira jumlah ahli yang mengangkat tangan untuk pencalonan nama presiden, tetapi proses mengundi pula ialah melalui peti undi.

“Saya menganggar ada agak ramai orang yang menyokong Ahmad Awang, tetapi tidak berani menunjukkan sokongan mereka dengan mengangkat tangan tetapi melalui peti undi pula lain cerita kerana undi adalah rahsia,” sambung beliau.

Seorang ahli PAS yang berusia lebih 70 tahun berkata Ahmad Awang ada peluang tipis untuk menang.

“Terpulanglah kepada perwakilan pada hari mengundi tetapi Ahmad telah berkata secara terbuka bahawa beliau berhasrat untuk menyatukan puak-puak dalam PAS yang sedang berperang dingin,” kata pemerhati politik PAS ini yang berasal dari Kuala Selangor dimana Muktamar akan berlangsung Jun ini.

Berikut ialah nama-nama ahli PAS yang akan mempertandingkan jawatan utama:

Presiden
Hadi Awang vs. Ahmad Awang

Timbalan Presiden
Tuan Ibrahim Tuan Man vs. Mohamad Sabu

Pemuda
Nik Abduh Nik Aziz vs. Suhaizan Kaiat

Tiga kerusi Naib Presiden
Salahuddin Ayub, Husam Musa, Mahfuz Omar, Iskandar Samad, Mohd Nik Amar Abdullah dan Idris Ahmad

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.