1. Perbezaan pendapat yang sepatutnya diraikan kini seolah olah satu jenayah dalam organisasi Islam.Ini suatu yang amat malang
.
2.Imam Abu Ishak Al-Syatibi dalam kitabnya "Al-'iktisam" menyatakan telah diriwayatkan bahawa daripada Ibnu Wahab daripada Qassim Ibnu Muhamad yang berkata " telah menghairankan aku kata kata Umar Bin 'Abdul Aziz bila beliau menyebut "Ma Uhibbu anna Ashaba Muhammad s.a.w la yakhtalifun, li annahu lau kana qaulan wahidan la kana al-Nassu fi doyyik " ( Tidak aku menyukai sekiranya para sahabat Muhammad s.a.w tidak berbeza pendapat atau berikhtilaf kerana sekiranya hanya satu pendapat sahaja nescaya manusia akan berada dalam kesempitan".
3. Khalifah Umar Abdul Aziz memberi rasional atas kenyataannya itu
dengan menyatakan bahawa para sahabat Nabi s.a.w adalah para imam yang
membimbing ummah maka atas dasar itu sekiranya seseorang mengambil suatu
pendapat salah seorang para sahabat Nabi s.a.w. ianya kerana keluasan
pendapat pendapat para sahabat ( dalam sesuatu perkara ).
4. Bila perbezaan pendapat sampai melahirkan label label tertentu ia menunjukkan level kefahaman mereka yang selesa melabel itu masih rendah.
4. Bila perbezaan pendapat sampai melahirkan label label tertentu ia menunjukkan level kefahaman mereka yang selesa melabel itu masih rendah.
0 comments:
Post a Comment