Petikan Malaysiakini
Seorang exco Pemuda PAS berkata debat atau
wacana calon Ketua Pemuda PAS perlu menjadi realiti demi menyata
aspirasi mereka khususnya untuk membantu golongan muda selepas muktamar
tahunan parti itu Jun ini.
Ahli jawatankuasa Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar turut
menyifatkan tindakan calon Nik Abduh Nik Aziz menolak acara itu sebagai
"satu pendekatan yang kurang bijak" sedangkan penyandangnya Suhaizan
Kaiat mennyatakan kesediaannya.
"Anak muda hari ini mahu melihat idea-idea yang boleh membantu mereka
berdepan dengan massa ekonomi serta politik yang caca merba.
"Jika Suhaizan sudah bersedia, mengapa Nik Abduh tidak mahu sepentas," katanya yang juga bendahari Pemuda PAS.
"Apalah salahnya medan wacana ini dijadikan medan tautan ukhuwwah
setelah sebelum ini masing-masing sangat sukar untuk duduk bersama
sepentas walaupun pernah bekerjasama semasa Pemuda PAS bawah Yb Ustaz
Nasrudin Hassan," katanya lagi.
Dalam kenyataannya, Mohd Fakhrulrazi bagaimanapun berkata kesediaan
Suhaizan berdebat atas satu pentas bersama dengan Nik Abduh dianggap
"amat membanggakan".
"Pentas muktamar antara pentas terbaik, namun lebih baik jika pentas
persaingan jawatan ini diharmonikan dengan wacana aspirasi Anak Muda
yang mempertemukan Suhaizan dan Nik Abduh.
"Saya mengharapkan dalam masa seminggu dua ini hal ini menjadi realiti," katanya Mohd Fakhrulrazi dalam satu kenyataan.
Nik Abduh dilapor menyambut baik cabaran debat Suhaizan namun mengambil
sikap berdiam diri dan mahu penilaian daya kepimpinan itu dibuat
berasaskan rekod prestasi dan sumbangan kepada parti.
Beliau dipetik sebagai berkata ini kerana pertandingan merebut jawatan
itu berlangsung semasa sendiri yang dianggapnya tujuan yang sama tetapi
berbeza dari sudut cara kepimpinan.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment