OLEH KC NAZARI
Perwakilan
ke Muktamar Tahunan Pemuda PAS yang mula berlangsung hari ini disapa
“tetamu istimewa” sewaktu mengesahkan kehadiran mereka di kaunter
pendaftaran.
“Tetamu” yang diletakkan di tepi senarai kehadiran di atas kaunter itu
merupakan kain samping berlambang bulan yang menjadi logo PAS, yang
ditenun dengan benang berwarna emas dan perak.
Lambang itu ditenun di atas petak-petak berwarna hijau gelap dengan
sebahagian besar kain bercorak kotak-kotak berwarna hijau muda, putih
dan kelabu.
Perwakilan yang mengesahkan kehadiran mereka di kaunter pendaftaran
sebahagiannya kelihatan membelek kain itu dan bertanyakan soalan kepada
petugas.
Menurut petugas kaunter, Anas Zainal dari Pemuda PAS Kota Raja, kain
samping yang dijual dengan harga RM80 sehelai itu mempunyai corak sama
seperti yang pernah dipakai bekas presiden PAS, Datuk Mohamad Fadzil
Noor.
"Kain samping arwah Ustaz Fadzil Noor kita ambil semula jadikan kenangan.
"Idea (jualan) ini pula dicetuskan naib ketua Pemuda kawasan Kota Raja, Zaeim Zainal dan Imran Satiman," katanya.
Fadzil adalah presiden parti dari tahun 1989 hingga 2002.
Kain samping itu didatangkan sebanyak 1,000 helai untuk dijual pada
muktamar kali ini, kata ketua lajnah ekonomi Pemuda PAS Kota Raja, Ahmad
Omar Mohd Rashid yang bertanggungjawab membuat pesanan.
Menurut Omar, kain samping yang dikenali juga sebagai kain tenun Pahang
itu pernah dipakai pimpinan parti pada satu masa dahulu.
Jualannya kali ini diharap dapat memberikan rupa seragam kepada muktamar Pemuda dan muktamar tahunan PAS, katanya.
"(Idea ini dibincangkan pada) awal bulan Mac lalu dan kami hidupkan
semula suasana muktamar yang dahulu dan juga seragam," katanya.
Mungkin, kehadiran “tetamu istinewa” ini akan meniup semangat
perwakilan untuk "Mempersiap Generasi Kemenangan" sepertimana tema
muktamar Pemuda PAS kali ini.- TMI
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment