Seminggu sebelum pemilihan PAS, kumpulan
pendukung status quo dalam parti itu mula menyerang keras pencabar
Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki hari ini memberi amaran jika berlaku perubahan kepimpinan utama, parti itu pasti akan menjadi “budak suruhan DAP”.
“Sekiranya
cubaan mereka menyingkirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan
kumpulan yang mendukung kepimpinan ulama berjaya, PAS selepas ini akan
menjadi 'budak suruhan DAP' dalam Pakatan Rakyat,” kata Zuhdi.
Beliau juga mendakwa calon presiden Ahmad Awang mengetuai “kumpulan yang
lunak dengan DAP” di samping “blok kepimpinan ulama” yang mendukung
Hadi.
NGO lantang digerakkan ahli PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PasMa), turut dispekulasi terlibat dalam sebuah “rancangan besar” untuk
mempengaruhi keputusan pemilihan parti itu kali ini.
Hadi yang mewarisi kerusi presiden daripada presiden sebelumnya Datuk
Fadzil Noor buat pertama kali dicabar dalam 13 tahun pentadbirannya.
Walaupun suara tidak puas hati terhadap anggota Parlimen Marang itu mula
kedengaran sejak timbul idea kerajaan perpaduan beberapa tahun lalu,
tiada calon dilihat layak mencabarnya sebagai pemimpin parti yang
terlalu sinonim dengan idea kepimpinan ulama.
Justeru, Ahmad, bekas naib presiden dan presiden 17 tahun Persatuan
Ulama Malaysia (PUM), dilihat calon terbaik mencabar Hadi walaupun tugas
digalasnya dilihat amat sukar.
Sementara itu, Zuhdi juga hari ini terus menuding jari terhadap PasMa
yang dipimpin oleh bekas exco kerajaan kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Jenama baru kumpulan 1998
Zuhdi mendakwa PasMa sebagai “jenama baru” terhadap kumpulan yang mahu
membawa wajah baru dan progresif PAS, yang didakwa wujud sejak tahun
reformasi 1998.
“Kemunculan PasMa semasa pelancarannya di Pustaka Zahra, Kota Bharu,
tahun lalu hanyalah kemunculan satu pertiga daripada kumpulan ini,
manakala dua pertiga lagi masih tersembunyi.
“Dengan erti kata lain, PasMa ini seumpama bongkah ais,
yang muncul di permukaan air hanyalah satu pertiga, sedangkan dua
pertiga lagi tenggelam di bawah air.
“Bagaimanapun, menjelang muktamar PAS yang bermula minggu hadapan, dua pertiga yang tenggelam itu mulai muncul,” katanya.
Zuhdi mendakwa PasMa menjadi pihak di belakang Ahmad.
Malah, katanya lagi, terdapat tokoh kumpulan itu mengiringi beliau
sewaktu menyerahkan jawapan kesediaannya bertanding jawatan Presiden PAS
baru-baru ini.
Zuhdi mendakwa program Ahmad banyak dianjurkan oleh anggota PasMa atau yang “mesra PasMa”.
“PasMa dalam muktamar kali ini, dilihat melakukan cubaan nekad untuk
mencorakkan siapakah pimpinan PAS yang perlu dinaikkan dan siapa pula
yang perlu diturunkan,” dakwanya dalam kenyataan hari ini.
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Ahmad dan PasMa berhubung dakwaan itu.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment