Kpd: Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
T
imbalan Presiden PAS
Dpd: Madah Pujangga
Jawapan kepada posting di dalam Facebook page Tuan sendiri:
Jangan melampau menghina tokoh-tokoh GHB. Kerana merekalah lah PAS dikenali umum.
Jangan melampau menghina tokoh- tokoh GHB. Kerana pada merekalah
ahli-ahli parti melihat contoh golongan yg ditarbiyah berkorban dan
memahami perjuangan Islam.
Jangan melampau menghinatokoh-tokoh GHB ini, kerana merekalah
inilah PAS diberi sokongan bila bertanding dan memenangi di
kerusi-kerusi yg PAS tidak pernah menangi.
Jangan melampau menghina tokoh-tokoh GHB
kerana ramai di antara mereka yg banyak berkorban masuk keluar penjara
sedangkan golongan ustaz hanya bersilat dipentas ceramah dan menjual air
liur serta menikmati elaun, gaji dan pencen.
Jangan melampau menghina tokoh GHB ini kerana bukanlah hak kepimpinan
ulama mempersoalkan keikhlasan berjuang dan golongan ulama sendiri
belum pernah diuji seperti yg telah mereka lalui
Jangan melampau menghina tokoh – tokoh GHB ini,
kerana ukhuwwah dan akhlak Islam tidak mengizinkan kita mencaci,
mencerca dan memfitnah mereka kerana kita tidak tahu siapa lebih mulia
di sisi Allah.
Jangan melampau menghina tokoh-tokoh GHB ini hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepada mereka.
Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu
menerimanya, kamu akan ingat bahawa tokoh-tokoh GHB ini sama – sama
menyumbang hasil jerik perit untuk menolong PAS sebelum ini tetapi kini
kamu mengelabah dgn kekuatan mereka. Ada di antara mereka telah berada
di medan perjuangan ketika sebahagian pemimpin PAS masih di sekolah
lagi.
Jangan melampau membenci tokoh – tokoh GHB ini, kerana rakyat sedang
menilai bagaimana sikap, akhlak dan keterbukaan serta kematangan kita,
dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.
Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. Jangan lupa hisab diri sendiri.
0 comments:
Post a Comment