Home » » Husam dicalon no 1, no 2, no 3 PAS

Husam dicalon no 1, no 2, no 3 PAS

Oleh Malaysiakini 

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kini layak bertanding tiga jawatan tertinggi dalam PAS
selepas pencalonan kawasan ditutup Khamis lalu.

Walaupun masih berteka-teki, Husam kini layak bertanding jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden – jawatan disandangnya sekarang.

Menurut peraturan pemilihan, beliau boleh bertanding semua jawatan itu secara sekali gus, walaupun daripada sudut strategi dianggap tidak bijak.

Sementara itu, dalam pengumuman rasmi jawatankuasa pemilihan PAS hari ini, tidak banyak yang berubah, kecuali penambahan Husam sebagai calon layak untuk jawatan timbalan presiden.

Untuk jawatan naib presiden pula, angka terkini menunjukkan 12 orang layak bertanding, termasuk dua nama baru iaitu anggota jawatankuasa pusat Dr Dzulkifly Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad.

Jawatankuasa pemilihan PAS tidak mengumumkan jumlah pencalonan diterima walaupun tidak menghalang calon memaklumkan perkara itu.

PRESIDEN
(4 dicalon, hanya 3 layak)

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (penyandang)
Ahmad Awang
Datuk Husam Musa

TIMBALAN PRESIDEN
(5 dicalon, hanya 4 layak)

Mohamad Sabu (penyandang)
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Husam Musa

NAIB PRESIDEN
(17 calon, hanya 12 layak )

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (penyandang)
Datuk Husam Musa (penyandang)
Salahuddin Ayub
(penyandang)
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Idris Ahmad
Nasrudin Hassan
Mujahid Yusof Rawa
Datuk Iskandar Samad
Mohamad Noor Mohamad
Mohamad Sabu
Dr Dzulkefly Ahmad

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.