Home » » Pemilihan PAS : Sah, Ahmad Awang Cabar Hadi

Pemilihan PAS : Sah, Ahmad Awang Cabar Hadi

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang
bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS berkata alasan beliau menawarkan diri adalah untuk memperkukuhkan parti.

"Parti ini mengamalkan demokrasi dan kami mahu memperkukuhkan parti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat untuk bertanding, di ibu pejabat parti itu hari ini.

Dalam 13 tahun pentadbirannya, ini kali pertama kedudukan Hadi sebagai pemimpin nombor satu PAS dicabar.

PAS khususnya kumpulan proulama yang dipimpin Hadi berdepan kritikan sejak akhir-akhir ini kerana membuat keputusan kontroversi menggugat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.-Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.