Home » » Saya sedia berdebat tetapi bukan dengan Facebook HANTU

Saya sedia berdebat tetapi bukan dengan Facebook HANTU

Oleh Salahuddin Haji Ayub

Tahun 2003 saya pernah berdebat dengan Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Bahasa dan Pustaka isu Sekolah Agama Rakyat (SAR). Tahun 2012 saya berdebat dengan Dato' Saifuddin Abdullah secara 'live' anjuran Sinar Harian berkaitan isu BERSIH.

RTM dan Astro Awani banyak kali menjemput saya dalam program Debat Perdana dan saya hadir. Saya suka berdebat secara sihat dan tak pernah melepaskan peluang untuk mempertahankan dasar dan perjuangan parti.

Sekarang ini setiap hari saya diserang dengan fitnah terlibat dengan 'Hawai Five O' oleh Facebook HANTU, TUC dan El Haraki. Saya juga di fitnah menghalang penyiaran berita Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden dan Ulamak dalam HARAKAH.

Paling baru saya di fitnah lagi, membuka ruang fitnah pada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kebetulan kami berjumpa di dalam Konvensyen PAS Perlis.

Saya sedia berdebat tetapi dengan syarat debat dengan manusia bukannya Facebook HANTU, Saya harap ada ustaz atau bomoh yang boleh pulihkan dan keluarkan manusia dari Facebook HANTU atau makhluk yang bertopeng hantu kembali menjadi manusia.

Setelah kembali menjadi manusia, sediakan pentas debat, InyakAllah saya hadir. Jangankan debat, mubahallah pun saya sanggup.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

Follow by Email

.